Sunday, August 16, 2009

hina atau mulia

Assalamualaikum..

Seperti yang telah saya janjikan pada masa lepas, kali ini saya akan menceritakan tingkah laku Muslim Malaysians terhadap golongan ilmuan Islam, tak kiralah sama ada dia itu 'local malaysians' atau 'foreign scholars', pro-pembangkang, neutralis atau pro-kerajaan dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Tujuan saya adalah sebagai pembuka minda. Sebagai pelajar universiti (sekiranya anda mahasiswa/i) maka perlu kepada kita semua berlapang dada, membuka minda lantas mencanang idea yang terbaik bagi kebajikan dan kebaikan sejagat.

Fanatisme
'Fanatism' ditafsirkan sebagai 'excessive intolerance of opposing views'. Melihat kepada definisinya, rasanya kita semua faham dan bersetuju bahawa elemen fanatisme itu tetap wujud dalam setiap kelompok dan individu, termasuklah diri saya sendiri. Bahkan seringkali saya melihat perkara ini terjadi kepada mereka-mereka yang terlalu taksub terhadap seseorang ilmuan Islam.

Salahkah untuk 'loyal to the leader'? Jawapannya tidak. Tapi salah jika 'loyal' itu membawa maksud membenarkan segala perkataan yang dilafazkan, menghalalkan setiap perkataan yang dituturkan dan senantiasa mempertahankannya walaupun jelas dia bersalah/tersilap.

'Ignorant'/'Tidak-pedulisme'
Ini pun satu daripada sikap ramai di kalangan masyarakat kita. Ada yang berpendapat, tidak perlu kepada mengenali ulama Islam kerana bakal membawa kepada perpecahan. Tidak kurang yang menyatakan bahawa 'kenal ulama Islam tidak menguntungkan'. Mungkin ada yang tidak bersetuju, tapi itulah kenyataannya dan boleh dikatakan agak popular pendapat ini dikalangan muda-mudi Melayu di negara kita.

Perlukah kita ambil tahu tentang golongan ustaz/ustazah/mufti/kadi/imam dan sebagainya? Ya, saya katakan 'WAJIB'. Alasan saya, merekalah sumber rujukan kita dalam mengharung hidup seharian, jika kita benar-benar ingin redha Allah.

'Hostility'
Satu lagi sifat yang gemar diamalkan kita. Apabila tidak suka, perangai kita tak ubah seperti kanak-kanak yang berkelahi. Pantang ada sebarang kenyataan, pasti dibangkang. Asal ada perbuatan yang dilihat, pasti dikeji. Langsung tidak melihat secara menyeluruh, melulu 'judgment' dibuat tanpa ada usul periksa. Natijahnya, pelbagai keburukan terjadi, hingga ada yang menyebabkan Islam itu dilihat sebagai suatu gaya hidup yang menghinakan orang-orang alim, tiada kemuliaan dan kasih sayang diamalkan dalam Islam.

Salahkah menidakkan dengan sekeras-kerasnya pendapat atau apa-apa yang tidak dipersetujui oleh diri sendiri? Pendapat saya, ya memandangkan kita tidak tahu apakah kita dan keputusan kita itu benar-benar betul manakala mereka dan keputusan mereka itu salah. Benar, kita tidak akan mencapai persamaan dalam pendapat, tapi capailah titik persetujuan atau persefahaman.

Natijahnya
Sebenarnya ketiga-tiga elemen yang tersebut di atas adalah sikap yang paling jelas terlihat pada kita. Disebabkan keadaan inilah, kita terperosok dalam suatu kancah yang amat dahsyat. "HINA ULAMA". Kita muliakan ulama yang kita kenal kerana fanatik kepadanya, kita hina ulama yang bertentang dengan kehendak kita kerana 'pertentangan idea' antara kita dan mereka. Hasilnya muncul perkataan makian dan cacian yang tidak layak dan tidak patut sama sekali dilontarkan kepada golongan ini. "Ustaz gila perempuan", "Babi", "Takdak otak!!", "Penakut", "Munafik", "Gila wang/harta/pangkat" dan banyak lagi. Apa semua ini? Mana hormatnya kita pada mereka yang telah bertahun-tahun mendalami ilmu Islam semata-mata untuk kita? Mana adab kita terhadap mereka yang tanpa segan silu, berpenat lelah menjadi otak buat maslahat kita? MANA??!!

Ada yang kata, ulama yang sertai politik gila kuasa. Apa mereka gila kuasa atau mereka gilakan diri, korban kesenangan dan kelapangan masa dengan mencebur politik, cuba mencari jalan untuk berkuasa semata-mata untuk mencegah maksiat, menegakkan hukum Allah?

Ada yang kata, ulama yang membuat kenyataan dan fatwa bertentangan dengan keselesaan kita, maka mereka adalah penghalang kemajuan. Apakah mereka halang kemajuan kita di dunia atau membantu memacu kemajuan kita di akhirat?

Ada yang kata, ulama yang jadi pemimpin masyarakat tidak pandai mengurus dan mentadbir masyarakat. Adakah mereka tidak pandai mengurus masyarakat di dunia ini atau mereka bijak mentadbir masyarakat demi mendapat lot-lot syurga, hak-hak istimewa abadi dan keselesaan berkekalan di akhirat?

Penyelesaian
Bagaimana berdepan dengan hal ini? Bagaimana mencari penyelesaian terbaik? Pelbagai perkara boleh dicadangkan, macam-macam boleh dilakukan. Kita hendaklah belajar menjadi rasional, belajar menyelidik terlebih dahulu, belajar menimbang baik-buruk sesuatu perkara dan membuat kesimpulan darinya. Jika kita bersetuju dengan ulama A, maka janganlah terlalu fanatik kerana ulama B ada rasional sendiri. Namun jika ulama B sememangnya tersalah terus dalam memberi pendapat, tegurlah ia dengan cara yang paling baik sekali, kerana mereka pun manusia. Ada perasaan. Sebagaimana kita gemar ditegur (secara berhikmah), mereka juga begitu. Jangan dimaki, dihina. Sedar diri kita siapa, dan sedarlah Allah akan membalas segalanya di Akhirat kelak.

Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Wassalam..

Saturday, August 15, 2009

kehilangan 2

Assalamualaikum...

Tahun ini adalah tahun kehilangan buat diriku.. Kesedihan menyelubungi diriku. Kegelisahan hati meningkat dalam hati. Kegusaran menoda pemikiran.. Adakah aku bakal menyusuli mereka yang telah pergi? Adakah sempat untukku menyempurnakan segala hasratku sebagai seorang hamba Allah, seorang pengikut Rasulullah, seorang anak kepada ibu bapa, seorang adik dan seorang abang, seorang ahli masyarakat dan lain-lain lagi peranan yang sedang aku pikul.

Sedih melihat mereka yang telah Allah jemput, mereka pergi dalam keadaan tenang, terkorban ketika sedang menyumbang tenaga buat faedah dan maslahat ummat. Mereka tinggalkan 'legacy' perjuangan kepada orang-orang yang tetap dan teguh berdiri demi agama. Mereka berupaya membina insan-insan bercirikan mujahid sejati. Mereka menasihati sahabat dan pengikut supaya kekal kuat bersama Islam. Mereka tidak gentar berhadapan kematian. Mereka tahu masa tidak mencukupi tapi tidak mereka berputus asa, apatah lagi kecewa.
Aku bagaimana? Apakah aku telah selayaknya seperti mereka? Apakah aku telah bina kelompok pejuang yang gagah berani menegakkan agama di kala Islam dipandang hina dan jijik? Apakah aku telah terapkan semangat juang yang jitu dalam diri mereka yang kukenali? Apakah aku kan bahagia melihat mereka membangun bersama Islam pada masa akan datang? Atau aku menjadi punca kerosakan yang teruk lagi merosakkan?

Cemburunya aku mengetahui akan kemuliaan akhlak seorang insan bergelar anak kepada kedua ibubapanya. Tidak sekalipun meninggi suara kepada ibu bapa. Tidak sekalipun menyakitkan hati mereka. Selalu memberi khabar gembira kepada mereka. Gemar bermanja dengan mereka. Selalu bertanya khabar berita. Hebat perkataan di kala bertutur dengan mereka. Rendahnya diri semasa berdepan mereka.
Terlalu hebat dibandingkan aku. Oh, tak termampu aku. Tak terdaya aku. Sempatkah aku sekurang-kurangynya beri keselesaan pada mereka? Mampukah aku muliakan mereka dengan penghargaan yang sewajibnya aku berikan? Sedih, aku langsung tidak seperti anak yang soleh. Aku bagai anak derhaka. Aku bagai anak yang biadap. Aku bagai bebanan ibubapaku.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku. Berkatilah umurku. Beriku kesempatan dan kekuatan untuk kubaiki diri. Tunjukkan daku jalan yang perlu kuambil bagi memperoleh redhaMu. Tetapkan diriku dalam agamaMu ini. Percantikkan daku dengan akhlak mulia. Ilhamkan padaku jalan yang terbaik buat menjadi penahan kepada godaan dunia yang melalaikan. Berikan daku kekuatan untuk terus menerus memperjuangkan Islam. Janganlah Kau paling daku dari landasan agamaMu dan janganlah kau lalaikan daku dari segala kerosakan yang meyesatkan.
Semoga aku sempat membina generasi pejuang Islam sejati.
Semoga aku sempat menggembirakan kedua ibubapaku.
Semoga aku beroleh keampunan dariMu, mati dalam ketenangan dan kembali kepadaMu sebagai hamba yang bersyukur.

Wassalam..

Menghayati Al-Quran (episode 2)

Assalamualaikum

Setinggi-tinggi pujian yang selayaknya bagi Allah, pencipta dan pemelihara alam serta segala isi-isinya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad saw. Juga bagi sahabat-sahabatnya, serta para pengikutnya yang setia dan terus menerus berjuang demi menegakkan kebenaran (hak) serta meruntuhkan yang batil.

Kali ini saya akan mengutarakan beberapa persoalan yang berlegar-legar di dalam kepala sejak sekian lama. Dan insyaAllah sama-sama kita menyusuri setiap isu ini dengan keterbukaan dan kelapangan minda.

Sikap manusia
Telah beberapa kali saya mendengar getusan perasaan ustaz yang saya kenali, menyatakan kegusaran hati mereka terhadap penerimaan dan pemahaman masyarakat Malaysia mengenai alQuran dan isi kandungannya. Kebanyakannya mengatakan yang alQuran di Malaysia hanya bertaraf buku-buku novel yang hanya dihabiskan bacaannya kerana ingin melepaskan diri dari bahana tertentu, bukan bertujuan menambah pemahaman dan keyakinan terhadap alQuran. Ada juga yang menyelar sikap 'meninggikan' alQuran di atas rak-rak buku, di atas almari dan di tempat yang tinggi hingga tak tercapai oleh sesiapa untuk mengambil lantas membacanya. Sehingga habuk memenuhi ruang yang terdedah pada alQuran itu. Ada juga dikalangan kita yang mengambil berat tentang kewajipan memberi pendidikan alQuran. Namun, apabila tugasan ini hanyalah berbentuk menyuruh anak-anak ke rumah guru-guru alQuran, terjadilah bermacam ragam. Cukup lucu dan memenatkan jika kita sendiri yang terpaksa berdepan dengan mereka. Namun ragam sebegini jika tidak dirawat, bakal memperlihatkan permasalahan yang lebih besar pada masa hadapan.

Antara lain, alQuran itu dianggap satu liabiliti kerana kita seperti terpaksa dan dipaksa membacanya hingga habis walaupun sepatah haram tidak difahami maksudnya. Maka maksud penurunan alQuran itu kurang dipenuhi. Ini kerana alQuran itu bukan sahaja berfungsi sebagai buku cerita (kisah-kisah Rasul dan umat terdahulu, kisah Akhirat), tetapi juga mempunyai maksud-maksud lain seperti flyers informasi (pengenalan dan penerangan mengenai sifat-sifat Allah), teks rang undang-undang (hukum-hukum dan undang-undang) dan juga berkeupayaan sebagai sumber pengubatan dan motivasi yang sejati. Akibatnya, lahir ketidakmahuan mendalami dan memperbaiki makna-makna dalam alQuran itu. Malah, ada yang setelah mengkhatam alQuran, langsung tidak mempunyai keinginan membelek helaian-helaian alQuran itu. Habis khatam, terus hitamkan alQuran dari pandangan, disorok-sorok di celah-celah almari, dalam rak buku dan sebagainya. Tidak lagi dibelek, dihayati mahupun mengambil sebarang pengajaran daripada apa yang telah tertulis di dalam alFurqan itu.

Ada juga yang menganggap alQuran sebagai sumber pendapatan. Mereka mengeksploitasi alQuran untuk memperoleh wang, pangkat dan nama. Apakah mereka tiada rasa malu kepada Sang Pencipta dan RasulNya? Benar, kita perlu kepada memperelok bacaan alQuran, namun bila ia telah menjadi suatu bentuk 'seni tampak' yang bersifat indah pada luarannya, tapi kosong pada pengisiannya, maka lebih baik bacaan kalimah-kalimah suci itu dibuat dengan kadar sederhana dan tenang. Tidak perlu kepada tarik-tarik suara yang melampau dan menyeksakan. Sebaliknya, jika kita mampu mengungkap sebarang mesej yang terdapat pada setiap ayat-ayat dan frasa-frasa dalam alQuran dengan alunan suara yang sesuai, maka itu adalah yang terlebih baik. Cuma masyarakat Malaysia tidak begitu mengambil berat akan hal ini. Lantas terhasillah qari yang hanya berfungsi pada majlis-majlis keraian dan keramaian, mengalunkan bacaan alQuran tetapi tidak membawa sebarang mafaat pun kepada dirinya mahupun golongan pendengar. Rugi lagi merugikan.

Beroleh pengajaran dan menyampaikan kebaikan.
Maka seharusnya saya dan kita semua perlu mendampingi alQuran. Perlu hadir jiwa tulus ikhlas untuk mendekati perkataan yang diungkap dengan begitu indah sekali. Kita harus memberatkan tentang penghayatan alQuran. AlQuran adalah tinggalan yang masih utuh, sumber kekuatan umat Islam. Sekiranya kita tidak ambil pusing tentangnya, maka rugilah kita. Selamanya kita akan terkebelakang. Selamanya kita akan tertindas. Selamanya kita akan terhina di bumi ini. Apa kita mahukan semua itu? Sudah tentu jawapannya adalah TIDAK. Jadi marilah sama-sama kita mulakan hari dan minggu kita dengan meneliti terjemahan ayat-ayat Allah itu. Semoga kita diberi kefahaman dan beroleh hidayah untuk terus menerus menambah pemahaman terhadap Islam melalui pembacaan alQuran.

InsyaAllah setakat ini dulu coretan saya. Pada siri akan datang saya akan kupas serba sedikit mengenai adab-adab terhadap alQuran (antara adab ADAT dan adab HUKUM). Semoga coretan yang serba kekurangan ini mampu menyedarkan kita, sekaligus memperbaiki kita di masa akan datang. Permohonan maaf atas sebarang perkataan yang menyakitkan hati, kerana sememangnya perbuatan itu adalah disengajakan, kerana memandang kepada keperluan semasa.

Wassalam..

Friday, August 14, 2009

Awesome Blog Buddy

Tak minat aih buat menatang nih..

Tapi da kwn mtk n insist on doing it..

NAH!!

Nyatakan 5 fakta menarik mengenai si pemberi award: (Ku Mardiana Ku Azhar)

1. garang but friendly..

2. clean..

3. daughter of famous doctor in Sungai Petani..
4. fiancee of a friend of mine..

5. need to gain more WEIGHT!!! don't say u can't!!


Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya~

1. is planning to start my own business soon.
2. will have to organise things..banyak benda nk kena settle by this coming wednesday..
3. a very quiet guy.
4. recently finished year 2 of MPharm in IMU..still 4 more to go..
5. needs a very long time to find tranquility. it really hurts...i am on a process of recovering..
6. is trying to put in more efforts in building skills, photography, communication skills...
7. parents and close relatives say i'm fat, so on a move to reduce weight..
8. i love thinking about the past n future, changes n improvements, the need to contribute..
9. suka men bola, futsal, comp games..
10. sleep early, wake up not so early...xtau nk tulih pa dah...tu ja kot....

I won't choose anyone, tp sapa2 yang terasa nk buat silakan..
TQ!!

Thursday, August 13, 2009

bila ia sudah berlalu...

Assalamualaikum...

hari ini, atau pada pagi khamis 13 Ogos 2009, telah berlalu EOS 4. Alhamdulillah berjaya juga kuharungi walaupun terpaksa menempuh banyak dugaan. tapi kuharap ia bakal menjadi suatu kenangan yang memberi pengajaran.

Peralihan Kuasa IMU Muslim Society
Telah berlalu tempoh perkhidmatanku secara rasmi dalam salah satu daripada banyak persatuan yang tertubuh di IMU. Sebagai presiden, begitu banyak kelemahanku. Aku akui terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki. Harapanku agar barisan kepimpinan yang baru dapat memberi khidmat yang terbaik dan akan berterusan hingga akhir hayat.

Berakhirnya penderaan akademik
End of Semester 4 exam kali ini lebih mencabar, akibat kelalaian diriku yang terbiasa dengan kemalasan untuk menelaah pelajaran akhirnya memakan diri. Secara keseluruhannya, aku dapat rasakan inilah yang paling teruk pernah kuhadapi. InsyaAllah akan kuusaha baikinya pada masa hadapan.

Permulaan baru
InsyaAllah akan kubuka lembaran baru bagi mengisi kekecewaan, kegusaran serta kegelisahan hati. Akan kupaksa diri ini menjadi seseorang yang tidak lagi menjadi mangsa tipu daya dunia. Akan kurelakan agama menjadi pemilikku, menggunakan daku sepenuhnya bagi meningkatkan martabat hidupku ini.

Perancangan masa depan
Kekecewaan kurasakan. Kini perlu kucari bagaimana menebusnya. Kuperlu beritahu keluarga. Kuharus menjelaskannya kepada mereka. InsyaAllah semuanya bakal menjadi suatu kebahagiaan buat mereka. Kemudian kan kuperhebatkan diri ini dengan ilmu, perbanyakkan diri ini dengan amal soleh, persibukkan diri ini dengan dakwah, percantikkan perilakuku dengan akhlak. Kuharus terus melangkah ke depan. Mendongak ke langit sambil menadah tangan, merayu padaNya agar ditetapkan iman.

wassalam...

Monday, August 3, 2009

berpaut pada sabdamu


Berpaut Pada SabdaMu - Rabbani

ya rasulallah
ya habiballah
ya nabi Allah
ya shafi Allah

(selawat)

demi risalah sucimu
menerangi kegelapan
aku kembali terarah
punyai hala dan maksud

(selawat)

berpaut pada sabdamu
mengenggam pada talinya
walau gelora melonda
di hati hembusan tenang

wahai rasul yg mulia
rinduku makin mendalam
mendamba saat bertemu
menatap indah santunmu
resahnya aku mengandai
akankah aku terima
cukupkah apa ku laku
sebagai umatmu ya rasul

Saturday, August 1, 2009

keterbukaan media...

Assalamualaikum dan salam perjuangan..

Sedang surf www.thestar.com.my tiba-tiba ternampak top hit di laman tu, "Brothers, be just to your sisters". Klik dan baca!!

Bila dibaca, maka huraian Mr Eurofile Choi Tuck Wo ini, dapat dilihat cedokan rujukan dan hujah yang dihuraikan berdasarkan pendiriannya yang 'bias' kepada menolak hukuman rotan itu. Namun, bukan tujuan saya menghentam dia atau sesiapa yang ingin menulis mengatakan isu kemanusiaan, kesama-rataan hak lelaki dan wanita atau yang sewaktu dengannya.

Namun di akhir tulisannya, tercatit "Compelling obedience to God in this manner could suggest a failure in the way Islam is taught in this country." Sememangnya saya amat bersetuju dengan pandangan ini kerana jelas penerapan nilai-nilai Islam hanya pada kertas-kertas jawapan peperiksaan dan bukan lagi pada hati dan budi manusia itu sendiri.

Kemudian terjumpa satu laman web, yang pasti laman ini adalah laman anti-Hadith atau laman yang menolak kepenggunaan Hadith yang telah dikumpul oleh para sahabat dan tabi'in. Hujah mereka amat menarik bagi sesiapa yang ingin mencari ilmu perdebatan. Namun, ini tidak bermakna saya antiHadith. Cuma saya kagum dengan keberanian mereka mengutarakan pendapat yang sememangnya MENIMBULKAN KETEGANGAN PADA SENSITIVITI UMAT MELAYU ISLAM di Malaysia ini.


Maka saya rasa adalah amat perlu bagi kita yang serba 'kurang' ini, cuba mencari salah dan silap sendiri, selidik dan jana idea untuk mengatasi kesilapan yang telah kita temui agar kita mampu mengubah keadaan MUSLIM di Malaysia pada masa sekarang ini. Seterusnya kita suarakan dengan laungan sekuat mungkin. Moga kita mampu berubah dan menghasilkan perubahan KE ARAH KESEJAHTERAAN SEJAGAT.

Wassalam..