Wednesday, February 2, 2011

Muktamar Wehdatul Islamiah [Copy dari Laman ePerjuangan]

Lihatlah wajah - wajah bersih berseri para alim ulama' Islam yang bersidang bagi mencari arah penyatuan Ummat Islam berdepan konspirasi musuh - musuh Islam antarabangsa yang senantiasa menanti peluang untuk pecah belahkan ummah .


Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.

Persidangan muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun keputeraan Nabi kita Muhammad saw . Suhu pula seperti menghormatinya apabila salji mula mencair dan cuaca mula menampakkan cahaya matahari .

Persidangan ini menggunakan 3 bahasa . Pertama bahasa Arab , kedua bahasa Parsi dan ketiga ialah bahasa Inggeris kecuali dua pembentang menggunakan bahasa Rusia dan Perancis dan diterjemah ke dalam bahasa Arab .

Sejurus Muktamar ini dirasmikan oleh Ayatullah Asy Syeikh Al Hasyimi Ar Rafsanjani , majlis pembukaan turut diberi penghormatan kepada ulama' - ulama' berikut untuk berucap :

Prof. Dr Burhanudin Rabbani Bekas Presiden Jumhuriyyah Afghanistan ,
Al Maulavi Muhammad Ishak al Madani Pengerusi Majlis Tertinggi Majma' Taqribd
Ustaz Dr. Abdel Aziz At Tuwaijiri Mudir ISISCO
Al Ustaz Dr. Adil Al Falah wakil Kementerian Auqaf Kuwait .
Al Ustaz Dr. Nuur Ali Adam Menteri Awqaf Somalia .
Hujjatul Islam Asy Syeikh Mohd Hassan Al Akhtari S/U Agung Majlis Ahli Bait
Al Ustaz Asy Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

Pembentang Kertas Kerja :

Al Ustaz Asy Syeikh Mukhtar As Salaami
[ Bekas Mufti Kerajaan Tunisia ] : Jalan Keluar dari Pengaruh Negatif Kepuakan
Al Ustaz Dr. Jaafar Abdus Salaam
[ S/U ar Rabitah Jaamiat Al Islamiyyah ] : Fenomena Hidup dan Keperluan al Ijtihad
As Syed Sadruddin Al Qabanji
[ Imam Najaf al Asyraf ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah An Nabawiyyah
Al Ustaz Dr. Taufiq Ali Wahbah.
[ Presiden Markaz Al Arabi Lid Diraasaat - Mesir ] : Ummat Islam dalam Memerangi Taasub dan Cabaran Masa kini.


Asy Syeikh Zafar Najar .
[ Presiden Majlis Al Islami Afrika Selatan ] : Syubhat yang wujud sekitar Sunnah
Al Ustaz Dr. Quraisy Syihab .
[ Penulis dan Pemikir Islam Indonesia ] : Pidato Umum
Al ustaz Dr. Fuad Al Barazi.
[ Presiden Rabitah Al Islamiyyah Denmark ] : Sebab Ikhtilaf Fuqaha'
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim As Saayih.
[ Pensyarah Univ. Al Azhar ] Ummat Islam : Keperluan segera untuk Taqrib
As Syed Muhd Hadi Al Hadi.
[ Mudir Muassasah Ar Rasul As Saqafiah Afghan ] Menangani Pegangan Mazhab dan Peranannya dalam Mengembangkan Ilmu .

Asy Syeikh Taajudin Al Hilali
[ Bekas Mufti Australia ] : Pidato Umum
Ustaz Dr Abdul Wahid
[ Pengkaji dan Pemikir islam Denmark ] : Problems in the Muslim ummah .
Ustaz Dr. Othman Jaah
[ Pengerusi Majlis Taqrib Zambia .

Al Ustazah Dr. Lina Al Humsi
[ Pensyarah Univ. Damascus ] : Realiti sebuah Penyelewengan bagi Kelompok
Al Ustaz Dr. Muhammad Al Aasi
[ Al Imam marKaz Al Islami Washington ] : Rasionalism Vs Sectarianisma
Al Ustaz Dr. Abdur Rahim Umar Mahyudin
[ S/U Agung Markaz Pengajian Al Wehatil Islamiyyah ] Kesan Negatif bagi Riwayat Sejarah terhadap Penyatuan Ummat Islam .

Tentunya ramai lagi pembentang kertas kerja yang tidak sempat saya catat , sementara ada juga beberapa kertas kerja yang saya tidak sempat menghadhirinya kerana mempunyai program lain di Tehran . Namun keseluruhan perbincangan dan perbahasan para ulama' dipersidangan ini [ antara yang BOLEH ] saya simpulkan seperti berikut :

[ Kesimpulan yang saya buat ini tidak mengambil kira resolusi rasmi yang akan dikeluarkan oleh Muktamar dipenghujung sidang pada malam ini . Saya tidak boleh menyertainya kerana terpaksa pulang 6 jam lebih awal kerana ingin menghadhiri Konvensyen Jabatan Amal di Terengganu pada pagi 6 hb nanti .]

Kesimpulan Pertama : Ummat Islam digesa supaya merapatkan jurang perbezaan antara aliran pemikiran dan anutan Mazhab .

Kesimpulan kedua : Tumpukan perhatian kepada faktor - faktor penting yang membawa kepada penyatuan ummah dan pastikan elemen - elemen perpecahan dapat ditangani dengan bijak.

Kesimpulan ketiga : Awasi propaganda barat dan spekulasi media - media mereka untuk meretak dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam antarabangsa .

Kesimpulan Keempat : Perkasakan peranan para ulama' Islam dalam usaha memahamkan ummah akan peri pentingnya kesatuan dikalangan mereka tanpa prejudis antara satu sama lain biarpun berbeza aliran pemikiran.

Kesimpulan Kelima : Wujudkan sikap saling hormat menghormati terhadap perbedaan pandangan mahupun perlaksanaan Feqhiyyah selama mana ia berdasarkan hujjah dan nas yang asal iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw .

Kesimpulan Keenam : Ulama' - ulama' Islam digesa agar sering duduk semeja antara satu sama lain dalam usaha mempertautkan hubungan ummat Islam di peringkat antarabangsa terutama saat berdepan dengan musuh - musuh Allah swt.

Kesimpulan Ketujuh : Elemen taasub dan Jahil mesti diperangi secara jujur oleh para ulama' agar mereka tidak melahirkan ummat yang melampau dan keterlaluan dalam tindakan dan amal.

Kesimpulan Kelapan : Menggesa kerajaan - kerajaan Ummat Islam supaya memanafaatkan segala keupayaan , kuasa , pengaruh , harta untuk membangunkan Islam sebagai satu kuasa alternatif bagi menggantikan kezaliman , penindasan dan korupsi di semua peringkat .

Kesimpulan Kesembilan : Ummat Islam mesti bergerak ke arah mewujudkan zone antarabangsa yang selamat dengan peranan ulama' yang gigih dan cekal berjuang serta mengangkat izzah Islam di mata dunia dengan membersihkan persepsi buruk serta menghadapi propaganda jahat dari barat .

Kesimpulan Kesepuluh : Ummat Islam seharusnya tidak lagi terperosok dalam sempadan daerah masing - masing , sebaliknya mula melihat masaalah ummat Islam yang lain sebagai masaalah bersama dan ditangani secara berkesan atas semangat agama yang satu .








Wednesday, January 26, 2011

jom berimaginasi

Assalamualaikum..


Let's imagine the above stuff, safely in a box.... suddenly crushed into small pieces until none to be recognised as what it was before..

Dear ParcelForce,

If you are really dignified and full of responsibility, claiming to give the best service to customers, will you take responsibility for your negligence and ignorance?

If not, I'll see you in court.

Thank you.

[nota bawah2]
kan bagus, berjuang untuk Islam, macam mana kita sungguh-sunguh berjuang untuk kamera.. peace no war.. hehe =)

Saturday, January 1, 2011

antara nak dengan tak-hingin

Assalamualaikum..

Kesah durjana muda mudi Malaysia yang gemar 'buat dan buang' anak mutakhir ini memang dirisaukan. Banyak pihak mengambil langkah yang difikirkan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah tersebut.

Bukan bertujuan menidakkan usaha proaktif menangani musibah tersebut, tapi tindakan reaktif dalam mencegah juga penting bagi mengurangkan beban dan masalah ini.

Tertarik dengan entri Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dalam laman blog beliau yang bertajuk Nikah Khitbah Satu Alternatif. Jom kita hayati tulisan beliau.



Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawaldan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu merekabertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya ,jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .