Tuesday, March 30, 2010

Walau Siapa Dirimu, Jangan Dilupakan Tugas Ini

Assalamualaikum...

A good article to read, worth spending a few minutes of your long life reading it..


Have a nice day..

Wassalam =)

Friday, March 19, 2010

mari menjawab soalan..

Assalamualaikum..

Saya ada beberapa soalan dan persoalan yang ingin dikemukakan kepada semua Muslim. Soalannya mudah, ringkas dan 'straight-forward'.

Kenapa anda seorang yang beragama Islam? Apa yang buatkan anda fikir Islam agama yang terbaik? Apa bagusnya Islam berbanding agama lain?

Andai ada jawapan, boleh kita kongsikan bersama? Jangan disimpan di hati ya, kerana Islam itu milik semua insan. Kasihan mereka yang salah faham dan tidak faham tentang Islam. Apatah lagi mereka yang langsung tidak pernah mengetahu tentang Islam. Kan? Kan?

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
(al Baqarah 2:159)

Jadi jom kita kongsikan buah fikir dan pendapat masing-masing. Tak salah mengutarakan pendapat, walaupun pendapat itu kita rasakan seperti kecil dan tidak signifikan, tapi mungkin tidak pada orang lain.

Wassalam =)

hargai mereka

Assalamualaikum..

Pernahkah terdetik di jiwa, akan jasa dan bakti orang sekeliling kita yang membolehkan kita menjalankan rutin dan kerja-kerja harian dengan baik, kalaupun tidak sempurna. Setiap yang dilakukan membawa kebaikan yang terkadang kita sendiri pun tidak menyedarinya.

Seorang pemandu lori sampah serta 'cabin-crew' lori tersebut tanpa banyak soal membantu mengangkut longgokan sampah dan 'sampah' yang kita buang setiap hari. Membantu menghilangkan kebusukan dan kejijikan daripada menghantui diri kita.

Tapi, pernahkah kita, walau sekali mengucapkan 'terima kasih' kepada mereka? Atau mungkinkah kita membantu mereka, dengan mengikat bungkusan sampah yang dibuang itu, bagi memudahkan kerja mereka? Pernah atau tidak?

Makcik 'cleaner' yang seharian sibuknya mengelap cermin tingkap, menyapu sampah, menyedut habuk. Pernah kita tunjukkan penghargaan kepada mereka?

Pak 'Guard' @ Mak 'Guard'. Memang mereka 'duduk-duduk' saja. Memang mereka 'tak buat apa pun'. Tapi merekalah juga yang mengawasi 'our valuables' semasa di 'exam hall'. Mereka jugalah yang membantu mengesan kunci motorsikal yang hilang.

Librarian. Kita sibuk mengulangkaji, ambil buku itu dan ini. Dah habis, kita tinggal buku-buku tersebut berselerakan di atas meja, sedangkan ada rak buku disediakan. Kita sepahkan ruang 'private study' dengan botol-botol kosong, helaian tisu kotor. "Librarian ada, nanti diorang susunlah buku tu. Cleaner pun ada, nanti diorang bersihkan. Kalau senang kerja diorang, nanti makan gaji buta pulak."

Buruknya akhlak, sedang itu bukanlah sepatutnya ada pada seorang insan yang mengaku dirinya Islam.

"Alah kecil je tu. Kalau diorang takde pun takde hal punye"

Ya, kecil saja apa yang mereka sumbangkan itu. Tapi jasa sekecil itulah yang sebenarnya besar bagi mereka yang tahu bersyukur.

Marilah kita bersyukur, ucaplah 'terima kasih'. Walaupun kecil, tapi percayalah ucapan itu memberi makna yang sangat besar kepada mereka.

Wassalam..

rindu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah EOS 5 sudah selamat diharungi. Cuma keputusannya saja yang belum kunjung tiba, melahirkan kegelisahan yang teramat sangat. Pun begitu sedikit kelegaan di hati kerana berpeluang merasa sekelumit gelisah. Mungkin gelisah ini tidak d

apat menandingi keresahan seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah, juga tidaklah semulia kegelisahan Pesuruh Allah itu yang gelisahnya ke atas nasib dan keadaan ummatnya. Baru kini, dapat difahami bagaimana keresahan yang dirasai menyebabkan terganggu tidur, terbantut selera makan, terhapus keseronokan dunia. Mungkin inilah yang menatijahkan Baginda mengungkapkan lafaz berikut:-

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Mungkin juga inilah sebabnya Baginda berdialog tentang perkara berikut dengan Jibril ketika menghadapi saat putusnya nyawa dari badan:-

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."


Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."


Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"


Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.


Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.


Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"


Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."


Oh hinanya aku. Gelisahku hanyalah untuk duniaku. Sedang Rasul-Mu resah akan nasib ummatnya. Kelegaan Baginda adalah pabila mendengar jaminan syurga buat ummatnya. Itu 'Panadol' untuk pening kepala Baginda.

Salawat dan salam buatmu Rasulullah, moga diri ini berpeluang menemui dirimu di sana nanti.

Thursday, March 11, 2010

ketenangan

Assalamualaikum

Alhamdulillah EOS5 dah selamat dihadapi. Dalam masa 3 minggu keputusannya akan diumumkan oleh AAD. Doakan saya berjaya.

Replay Rabbani - Mana Milik Kita (album Nostalgia Nadamurni)