Sunday, March 13, 2011

untitled

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata :

‘Wahai hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai.’

‘Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut.’

‘Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri.’

Wednesday, March 9, 2011

the clocks keeps on ticking..

Assalamualaikum..



sedar tak sedar

..musafir di bumi Scotland dah melebihi 10 bulan..

..perjuangan 4 tahun MPharm akan berakhir lebih kurang 3 bulan lagi..

..telah berlalu pergi selembar lagi episod kehidupan..

..mendekat detik ajal menjemput selangkah lagi..


tapi

..banyak lagi yang tak tercapai..

..banyak lagi yang tak terbuat..

..banyak lagi yang terjejak..

..banyak lagi yang belum terbina..

..banyak lagi rahsia belum terungkai..

..ini belum sempurna, itu belum lengkap..

..amat banyak yang belum..




tapi

..masa yang berlalu pergi itu takkan kembali..

..masakan ada kemungkinan untuk berpatah balik..

..tiada guna mengharap yang sudah terlepas..




maka

..tetapkanlah arah tujumu itu..

..teruskan melangkah kepada tujuan tersebut..

..perkemaskan langkahan itu..

..kuatkan diri gagahkan hati..




berharaplah

..agar tak terkandas di persimpangan yang mengelirukan..

..supaya terus maju dan maju menghampiri destinasi..

..tujuan itu tergapai dalam dakapan..



kerana

..ajalmu tiadakan pasti bila hadirnya..

..nasib dan masa depanmu manakan ada jaminannya..

..yang tahu hanya Dia yang Maha Bijaksana..


oleh itu

..hindari keburukan..

..cerailah dari kepuraan dan kelekaan..

..selalulah munajat..

..lazimilah kebaikan..







1920 GMT
March 09, 2011
5 Rabi'ul-Akhir 1432