Friday, December 31, 2010

memandang dengan sisi pandang yang tepat

Assalamualaikum..

Seorang kenalan pernah menegaskan yang beliau menolak PAS sebagai satu identiti gerakan jemaah Islam yang berjuang demi menegakkan ad-Deen. Aku kurang bersetuju namun tiada jawapan tepat dan padat pada pengetahuan diriku untuk diutarakan demi mempertahan pendapat sendiri.

Alhamdulillah kini ada terbentang jawapan sebagai rujukan diri, andaikata ada lagi kalangan mereka yang berpendirian sedemikian yang inginkan jawapan dariku.


Mungkin ini hanya bacaan umum bagi rakyat kebanyakan, tapi dengan hadirnya kertas kerja ini, dapat menangkis tanggapan yang kurang tepat bahawa "PAS hanyalah semata-mata parti politik" bahkan PAS lebih, dan lebih dari itu.

Sungguh, Allah itu Maha Luas IlmuNya lagi Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Wassalam =)

Monday, November 1, 2010

bukalah hati ini, isi dan penuhkanlah ia...




selepas kesulitan ada kemudahan..


Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanaannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan). Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amalan soleh yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa sahaja yang kau gemar dan ingini).

(al-Insyirah 94:1-8)


Tuesday, August 24, 2010

PROMO RAMADHAN!! [Komuniti Melayu Glasgow]

Assalammualaikum,


Sahabat2 yang dikasihi sekalian semoga Saudara-saudari masih terus beristiqamah menjayakan Ramadhan sebaiknya mencari ketaqwaan dan kasih cinta Allah SWT. Dijemput sahabat2 memanfaatkan saluran media berikut dengan program2 yang telah disusun sepanjang Ramadhan al-Mubarak.

Marilah kita menambah amal dengan memanjangkan iklan ini ke lokaliti atau sahabat2 dikawasan masing2 insyaAllah


PENUHI RAMADHAN ANDA DENGAN BUDAYA ILMU DAN AMALAN
Dengarkan saluran NUR RAMADHAN



Antara menarik minggu ini:


POSTER6-final.jpg


Menarik minggu hadapan:

- Sesi Kuliah bersama Ustaz Elfino Johari
- Bicara Ramadhan dari Kaherah (sedang diusahakan)
- Bicara Ramadhan daripada 'Risalah el-Nur' di bawa khas dari sahabat di Turki
- Bimbingan Rohani bersama Ustaz Jufitri Joha

Wednesday, August 18, 2010

muhasabah Ramadhan

Assalamualaikum..

Sudah seminggu Ramadhan, mari sama-sama periksa keadaan diri kita. Usah toleh kiri kanan pandang orang lain. Cukuplah sekadar meneliti diri sendiri.

1. Cukupkah puasa kita, dengan erti dan makna sebenar-benar puasa?


2. Bertambahkah semangat untuk beramal soleh, dan bertambahkah amalannya?


3. Terkesankah diri kita dengan amal ibadah yang kita lakukan?


4. Tercapaikah sasaran pada fasa pertama Ramadhan?


5. Masihkah kita di landasan yang membawa kepada tingkatan 'TAQWA' yang telah dijanjikan?


Periksa dan perbaiki..

Wassalam..

Monday, August 16, 2010

munajatku di kala ramadhan yang mulia tiba


excitednye!!

Assalamualaikum and Salam Ramadhan Mubarak..

Alhamdulillah dah dua bulan berlalu, dan Ramadhan pun dah menjelma. Syukur sangat-sangat masih dapat bertemu dengan bulan ini. Walaupun jauh dari ummi, abah dan sanak saudara yang lain, tetap juga rahmat Ramadhan itu menjadi suatu kesukaan yang menenangkan fikiran.



Ramadhan di sini lebih tenang dan senyap, atau boleh juga dikategorikan sebagai lebih 'bosan' berbanding apa yang sekian lama dirasai di Malaysia. Di sini, tidak ada dendangan lagu raya di pasaraya, gedong beli belah mahupun di dalam media massa seperti televisyen dan radio. Di tanah Union Jack ini juga tidak ada fenomena biasa di Malaysia, 'Bazar Ramadan' sungguhpun bilangan penduduk yang beragama Islam di sini agak ramai hingga ada satu kawasan itu digelar 'Kashmir Glasgow' kerana terlalu ramai penduduk etnik Pakistan di situ.

"Budaya mereka tidak sama," kata seorang kenalan di sini, dan menyambung "diorang tak biasa dengan bazar-bazar ni. Kita ja yang ada."

Pun begitu, suasana iftar di sini mungkin ada persamaan dengan apa yang pernah dirasai di Malaysia. Kemeriahannya sama. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh hadith Rasulullah,

"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya."

Alhamdulillah.


Timur (Malaysia) vs Barat

Waktu berada di sekolah dulu, ada senior datang dan bercerita tentang pengalaman beliau tentang Barat. Banyak sungguh positifnya. Hebat sungguh adab dan susila mereka.

Kemudian, ada lagi sahabat yang membawa skrip cerita yang lebih kurang sama, hingga tampak mereka ini seperti lebih Islam dari orang Islam sendiri. Dan banyak lagi cerita-cerita yang memperlihatkan kehebatan masyarakat di Barat seolah-olah tiada cacat celanya. Hingga terkesan di hati dengan cerita-cerita tersebut.

Tapi..

Bila dah sampai dan berada di Glasgow selama dua bulan, banyak juga sangkaan hati telah terbukti salah. Barat juga MANUSIA. Mereka dan kita sama saja, spesies pun sama. Memang apa yang diceritakan itu benar. Tapi Barat bukanlah sangat efisyen dan mantap.

Urusan perbankan sebagai contoh, memang amat menghormati pelanggan yang tidak mahu dibayar dengan faedah/riba. Mereka juga hormat pilihan pelanggan memindahkan akaun ke bank lain. Tapi tempoh masa satu-satu urusan itu nyata lebih menyakitkan hati berbanding urusan bank di Malaysia. Jauh berbeza.

Pasaraya dan gedung beli belah, banyak yang mengamalkan polisi 'GOODS SOLD RETURNABLE', dan akan memberi pilihan kepada pelanggan sama ada memulangkan wang atau menggantikan produk. Khidmat pelanggan yang diberi juga amat baik. Tapi di Glasgow, rata-rata pusat tumpuan manusia di siang hari ini ditutup seawal jam 5 petang. Malamnya sunyi sepi bagai pekan tinggal yang tak berpenghuni.

Teringat kata-kata sahabat dari Sri Lanka, "..there are two things that I like about Malaysia, one is the road.." Bila tiba di Glasgow, baru faham apa maksudnya. Jelas dan nyata kualiti jalanraya di Malaysia secara kasarnya, jauh lebih baik berbanding di sini melainkan di beberapa tempat. Tapi keadaan itu tidak menghalang perkhidmatan pengangkutan awam di Glasgow daripada menjadi tidak efisyen. Ketepatan masa amat berbeza dengan apa yang lazim diperkatakan tentang pengangkutan awam di Malaysia.

Buruknya akhlak mereka

Tapi ada beberapa perkara yang memang bukan sebahagian dari kebiasaan kita dan lari jauh dari norma kehidupan masyarat Malaysia. Arak dan mabuk adalah kebiasaan mereka di sini. Lagi-lagi di hujung minggu.

Juga ada satu yang amat perit untuk diterima. Sangat tidak kena dengan apa yang dirasai di hati. Sangat terkejut. Mereka tidak peduli nasab dan keturunan mereka. Hingga merelakan isteri disetubuhi orang lain. Buruk sungguh.


Mungkin itu kes tepencil, tapi kalau dah dibenarkan siarannya di TV, memanglah sangat jijik mereka ini. Tapi bolehkah ia dibandingkan dengan kegilaan membuang bayi yang kini melanda Malaysia?

"I ask for your forgiveness, oh Allah.."

Wassalam..

Saturday, August 14, 2010

ribut ribut

Assalamualaikum dan salam Ramadhan..

"Innalillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun." Itu saja yang terlintas di hati bila membaca artikel akhbar online Malaysia. Ribut melanda bazar Ramadhan, menyebabkan 3 orang maut.

Simpati dengan nasib mereka yang diberi ujian dan musibah dari Allah, walaupun di bulan yang dijanjikan rahmah, barakah dan keampunan.


Cuma ada sekelumit rasa di hati, mungkin ini satu petunjuk dari Allah. Tidak pasti apa maknanya. Teringat satu bualan dengan ibu saudara yang pernah terlibat berniaga di bazar Ramadhan di utara tanah tak lama dulu. Katanya, dalam banyak-banyak peniaga di bazar ramadhan, yang berjumlah puluhan itu, hanya segelintir saja yang memang berpuasa dan kekal berpuasa. Yang lain sibuk mencari keuntungan tanpa mengira hukum Allah yang telah tertetap. Sudahlah tak berpuasa, solat pun tidak. Ada juga yang menipu bila berniaga.


Mungkin juga tragedi ini satu peringatan buat mereka yang lalai dan lupa, juga buat mereka yang beriman, agar sama-sama bertaubat.

Selamat berpuasa.. =)

Sunday, August 1, 2010

pesan Jumaat

Assalamualaikum..

1. Jangan melewat-lewatkan datang ke masjid untuk solat Jumaat.


2. (Ramadhan) Jangan lebihkan masa, tenaga dan wang ringgit (pound) untuk persediaan berbuka sebaliknya luangkan banyak untuk ibadah dan taqwa.


Wassalam.. =)

Friday, July 16, 2010

get ready!!

Assalamualaikum...

"..oh you who believe! Return to your Lord, Allah, and that there's none worthy of worship except Him. And get yourselves ready for Ramadhan in the month of Sya'aban.."


Tuesday, July 13, 2010

the united

Assalamualaikum

Kecoh dalam akhbar-akhbar Malaysia dua tiga hari ni, idea dan rencana penyatuan PAS dan UMNO. Satu berita yang baik bagi sesetengah pihak, buruk bagi sebahagian yang lain; dan ada juga yang beranggapan fenomena ini bukanlah sesuatu yang ada kena mengena dengan dirinya. Tak kesah lah. "Kubur masing-masing" kata mereka..

Tertarik dengan kartun yang memang katun di bawah ni..


sedangkan dalam laporan Utusan sendiri...

Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam

KOTA BHARU 13 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

"Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.

"Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah," jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.

Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

"Betullah tu... Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.

"Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan," tegas beliau.

Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.


kan bersyarat tu.. masakan boleh bersatu..

Tapi tidaklah saya berpendapat PAS tidak harus bersatu dengan UMNO. Saya amat sukakan perkembangan terbaru ini, tapi jauh di sudut hati saya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.. Like 'there's something fishy..'

Prof Alastair Davidson says, "there's three types of bias.." and I'm pretty sure that I'm of the first one.. =)

Cheers mate!! Wassalam..

Tuesday, July 6, 2010

100th : it's coming..!!



Ramadhan is almost around the corner.. It is expected to start on 1st Ramadhan 1431 equivalent of 11th of August 2010.. Just wait for the 'official' announcement regarding the exact date later.

Here's the captivating brochure for the upcoming grand event..

kembali..


Saturday, July 3, 2010

"i choose to.."

"UK adalah negara yang penduduknya amat-amat menghormati pilihan individu. Jadi tidak perlu takut untuk menyatakan pilihan anda, bahawa anda memilih untuk tidak mengambil minuman beralkohol."

kosher signs

"Kalau vegetarian bangga dengan pilihannya untuk tidak menikmati hidangan berisi daging binatang hingga memaksa setiap premis perniagaan untuk menyediakan set vegetarian; dan kalau Yahudi boleh bangga dengan 'Kosher diet" mereka hingga menyebabkan hampir semua penerbangan di Barat ada menyediakannya dalam menu hidangan mereka, mengapa tidak kita bangga dengan Islam, dan berusaha menyebabkan kesan yang sama berlaku.."

vegan food pyramid

petikan kata-kata ust Erfino Johari (not really exact, altered); 27 Jun 2010; SUMSA

Thursday, July 1, 2010

"sporting la sket.."

Assalamualaikum..

"Jomla, pegi tengok wayang. Ade cite best nih."

"Takpe la..aku tak minat la. Dok umah lagi best.."

"Ala releks ar bro, bukan selalu pon. Sekali-sekala je. Sporting ar sket.."

"Ha... okay2.. jom.."

Biasalah, kata orang 'sporting' pada orang lain, walaupun kita tak suka untuk buat perkara tu. Buat juga walaupun tak berapa nak 'feel'.



Tapi berapa ramai yang nak/sanggup 'sporting' kan diri sendiri untuk hadir ke program-program agama dan kemasyarakatan yang orang lain anjurkan..??

Sekadar fikir-fikir harian..

Wassalam.. =)

Sunday, June 20, 2010

one nice summer night..

Assalamualaikum..

It was a very nice and warm summer night ni Glasgow, at about 1.16 a.m. and I am still awake. People says that loneliness kills, but it wasn't for me. I found the hardly found emotion namely 'tranquility'.


Thank you Allah...

Wednesday, June 16, 2010

kembara mantapkan pegangan diri..

Alhamdulillah sudah selamat tiba di UK. Bermulalah perjalanan kehidupan yang sekian lama dinanti, perjalanan yang pasti penuh liku dan cabaran mendatang.


Kehadiran diri di UK sememangnya satu pakej perlancongan yang baik bagi menguji diri; apakah mampu kekal sebagai seorang muslim pabila berada di dalam suatu suasana yang berbeza dengan kebiasaan dan keselesaan berada di Malaysia.




Moga perjalanan itu baik hasil dihujungnya nanti.. =)

Wednesday, May 26, 2010

khas buat mereka yang diuji..




Semoga apa yang diusahakan bertepatan dengan hasilnya kelak, baik di dunia mahu di akhirat..

Best of luck for exam..

Wassalam..

Saturday, May 15, 2010

lupa..

Assalamualaikum..

Teringat satu kata hikmah, "Melayu mudah lupa". Kemudian pokpek pembangkang mengusik dengan mengatakan "bukan Melayu saja, bahkan manusia keseluruhannya memang bersifat pelupa". Dan pasca Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, kata hikmah ini sekali lagi berubah sifat. "Anak muda sudah lupa pada perjuangan kemerdekaan, lupa pada pengorbanan pejuang bangsa dan tanah air."

Haih, macam-macam. Pokoknya sifat lupa. Ya sememangnya lupa itu lumrah yang ada pada setiap diri manusia. Sebab itu perlunya kepada peringatan yang bukannya bersifat 'kadang-kadang' tapi mesti bersifat 'sokmo-sokmo', dan yang terlebih baik adalah berkala secara tetap.

Itulah sebabnya Islam, yang datangnya dari Pencipta yang Maha Mengetahui akan sifat hamba-hambaNya telah mewajibkan peringatan (formal dan berformat) diberi kepada setiap individu MUSLIM sekurang-kurangnya sekali seminggu, melalui Khutbah Jumaat.

Kalau dilihat dalam risalah yang diturunkan kepada ummat akhir zaman ini juga, berunsur peringatan yang bersifat berulang-ulang, dan berkali-kali diulang. Walhal bukankah sekali sahaja pun sudah memadai? Mengapa begitu? Kerana pengulangan yang berkali-kali itu memberi gambaran betapa penekanan tentang peri pentingnya akan apa yang ingin disampaikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

Dan kerana sifat pelupa inilah, Islam menggalakkan ummatnya hidup secara berkelompok dengan sikap kebersamaan yang tinggi, lebih tepat lagi, hidup berjemaah. Oleh sebab itulah masjid dan surau menjadi satu komponen utama yang amat penting dalam kehidupan muslim. Keadaan masjid dan surau di sesebuah perkampungan menjadi gambaran akan hal keadaan penduduknya. Sekiranya masjid dan surau itu hidup dan makmur dengan pelbagai aktiviti tidak hanya terhad kepada solat sahaja, maka secara amnya, masyarakat yang hidup dalam perkampungan tersebut juga aman dan damai. Begitu juga jika sebaliknya.

Apakah pula peringatan yang terbaik?

Sebenarnya semua benda yang boleh menjadi sumber menyedarkan manusia merupakan cabangan yang boleh digunakan untuk dijadikan peringatan, asalkan mereka yang mendengar itu punya hasrat dan keinginan untuk memahami dan mendalaminya. Tapi, jika sebaliknya yang terjadi, buatlah apa saja, pasti ada saja yang tidak kena.

Dan peringatan yang lebih baik adalah memperbanyakkan mengingati Mati.

Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik persediaanya kepada perkara selepas mati, mereka itulah orang yang paling bijak

Perbanyakkanlah mengingati mati, dan buatlah persediaan menghadapinya..

Wassalam.. =)

Friday, May 14, 2010

Konvensyen Gerakan Islam

Assalamualaikum..

Saya telah mendapat jemputan menghadiri Konvensyen Gerakan Islam anjuran bersama Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dan ADUN Cempaka, YB Iskandar Abd Samad.

Program tersebut bertujuan menganalisis kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan-gerakan Islam di serata dunia. Antara jemputan yang dijangka hadir ialah tokoh dari PAS, Ikhwanul Muslimin, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia. Program ini juga bakal disertai oleh tokoh akademik yang mengambil pengkhususan dalam bidang gerakan Islam.

Berikut adalah butiran program tersebut.

Tarikh: 22 Mei 2010
Masa: 08.00 pagi - 03.30 petang
Tempat: D'Palma Hotel, Ampang
Yuran Kemasukan: RM30.00 seorang

Sama-sama kita hadiri dan manfaatkan program ini.

Wassalam..

Wednesday, May 12, 2010

jaga aurat..

Assalamualaikum...

Memang semua kita tahu menutup aurat itu wajib. Tapi ramai yang kurang faham apa maknanya aurat itu, dan apa yang perlu dan mesti bagi seorang yang mengaku sebagai muslim lakukan bagi memelihara auratnya.

Ada sekali tu, pi jalan-jalan kat satu kawasan perumahan, yang berdekatan dengan sebuah institut pengajian tinggi yang terkemuka di Malaysia. Tiba di satu lorong, tergamam seketika melihat sebuah rumah yang pagar dawainya dihiasi dengan belasan, mungkin juga puluhan pakaian dalam yang dijemur.

sekadar gambar hiasan

Aduh, tak manis sungguh. Dan yang pasti, manusia yang melakukan perkara itu adalah Melayu Muslim.

Mungkin kita tak sedar atau tak tahu, tapi melalui pakaian; walaupun tak berada di badan tuannya, dapat membangkit nafsu sesetengah manusia, yang lazimnya bernafsu liar.

gambar hiasan lagi satu

Kalau dilihat gambar atas ni, memang rasa kurang selesa dan tak senang duduk. Bukan apa, takut2 nanti berlaku benda-benda tak elok, sendiri jugak yang susah.

Mungkin ada yang kata, "takkan nak sidai kat dalam rumah, lambat nak kering lah. "

"Biarlah lambat kering, asalkan tidak menjadi punca fitnah-fitnah ke atas ummat islam itu sendiri."

Kalau boleh adakanlah satu sudut untuk jemur pakaian dalam, baik lelaki baik perempuan, sedikit tersembunyi dari pandangan awam. Jaga aurat, jaga maruah..

p/s: di MRSM Taiping dulu, pakaian dalam muslimah selalu kena kebas. tapi tak pula pakaian lelaki dicuri. yang peliknya, pencurinya ialah monyet dan beruk, bukannya manusia..
--> kat dalam bandar, tak ada monyet dan beruk tapi ada 'monyet' dan 'beruk'.

Wassalam...

tak perasan..

Assalamualaikum..

Malaysia sekarang panas, dek tibanya musim kemarau dan juga panas dengan isu-isu semasa, termasuklah juga bahang politk negara.


Satu lagi isu panas melibatkan gejala zina, mengandung anak tidak sah taraf, dan isu buang bayi merata-rata tempat. Juga satu lagi isu, 'tak perasan..'

Bila dibaca petikan akhbar yang menceritakan tentang kes-kes hamil luar nikah ini, seringkali saya dapati unsur-unsur saksi tidak perasaan atau tidak sedar bahawa 'si ibu' itu mengandung. Pernah saya baca kenyataan lisan saksi seperti "dia pandai rahsiakan dengan memakai jubah longgar dan labuh", "badan dia memang besar, jadi tak dapat nak bezakan dia mengandung atau tidak".

Eh, cuba tengok balik dua gambar di atas, takkan tak boleh kesan langsung perbezaan? Mungkin dalam sesetengah kes, diakui memang amat sukar untuk dibezakan. Tapi atas alasan berbaju longgar dan labuh amatlah tidak konkrit. Takkanlah sepanjang-panjang siang dan malam kekal dalam baju labuh itu saja? Takkanlah malamnya tetap berjubah tidurnya?

Mungkin benar tak dapat bezakan. Tapi kalau sebaliknya, apa sebab yang membawa kepada menyembunyikan perkara tersebut?

Tapi, yang terlebih-lebih penting adalah bijakkan diri anda jauhkan kebinasaan. Kawal diri, jaga hati. Pelihara maruah serta jauhi zina.

Anda hebat dengan Islam!

Wassalam.. =

Friday, May 7, 2010

Satu Peringatan

Assalamualaikum

Di sini ada satu lagi lagu dendangan kumpulan yang bernaung di bawah jemaah al-arqam. Mari sama hayati mesej yang disampaikan.

Diwani - Satu Peringatan

Monday, May 3, 2010

di mana?

Assalamualaikum..

Kalau dilihat kembali pada entri-entri yang lepas, saya ada menjanjikan banyak perkara untuk dikongsikan bersama. Antaranya perkongsian tentang penghayatan isi alQuran dan Hadis, penulisan tentang ilmu kesihatan dan perubatan, ulangkaji isu Fiqh harian, dan juga ulasan peribadi mengenai KOBANNA. Rasanya banyak lagi yang belum tertunai.

InsyaAllah akan saya usahakan seberapa mampu untuk menunaikan segala janji, namun setiap sesuatu yang ingin ditulis ini bukanlah perkara peribadi, yang valid hanya dengan persetujuan diri sendiri. Tapi hampir semua perkara ini memerlukan mutual agreement daripada lebih dari seorang bagi mengesahkan statusnya.

Sama-sama kita doakan agar laman blog ini akan terus relevan sebagai medium dakwah yang berkualiti. Andaikata saya merasakan blog ini bukan lagi bentuk yang terbaik dalam menjalankan kerja sebagai seorang muslim, maka pasti akan ditamatkan penulisannya, serta dihapuskan dari alam maya yang serba canggih ini.

Sungguh Allah itu maha mengetahui akan segala sesuatu.

Wassalam..

Sunday, April 11, 2010

bila nur melimpah ke hati..

Assalamualaikum..

A song to share, by Nadamurni, a group under al-arqam led by Allahyarham Ust Asri.



Here's the new version of the song, remake done by Rabbani, led by the same person, Allahyarham Ust Asri.



There's good points to ponder from the lyrics. Look for them, embrace the feelings and enjoy the music. May us all gain benefit from the song.

Wassalam =)

Monday, April 5, 2010

kahwin..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah seronok sungguh dapat rehat-rehat di rumah, santai dan lepak. Tak ada tekanan study dan exam. Memang mengasyikkan. Tambah mengujakan apabila ibu dan ayah mula membuka ruang bertanya dan berbicara tentang 'Kahwin'. Senyum sampai ke telingalah jawabnya.


Tapi dalam keadaan inilah timbul konflik antara seorang anak yang mahu menuruti kehendak agamanya, dengan si ibu yang mahukan adat dan kebiasaan dipraktikkan juga. Bicaranya berkisar tentang 'adat bersanding'. Hukum asalnya adalah haram, tapi keharusan diberikan apabila dibatasi syarat-syarat tertentu.



Keharusannya itu perlulah berlandaskan batasan yang ditetapkan oleh syariat Islam, dan sama sekali tidak dilangkaui. Hakikatnya, ramai umat Islam dalam masyarakat Melayu sendiri yang mengambil mudah akan hal ini, dengan alasan 'benda sekali seumur hidup'. Ingatlah, api yang kecil pada batang mancis, andai tidak berhati-hati mengendalikannya akan menatijahkan rumah yang hangus terbakar, dan ia mungkin berlaku hanya sekali seumur hidup.

Sungguh Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Berhati-hatilah membuat kenyataan, dan berwaspadalah melakukan sesuatu perkara. Semoga kita sama-sama berpandukan alQuran dan asSunnah dalam setiap apa yang kita lakukan. Mudah-mudahan beroleh redhaNya, dan redha RasulNya.

Wassalam..

Sunday, April 4, 2010

terima kasih cikgu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah selamat berada di Sungai Petani. Puji-pujian juga buatNya, atas rahmahNya jualah, keputusan EOS 5 yang ditunggu-tunggu, sudah diumumkan. Sepertimana yang telah diumumkan dalam entri ringkas sebelum ini, saya lulus.

Sepanjang dua minggu menanti keputusan peperiksaan kali ini, saya banyak mengenangkan memori sepanjang bergelar murid, pelajar dan penuntut. Mula mengorek kembali apa saja yang masih ada dalam ingatan. Berikut adalah guru-guru yang banyak memberi impak kepada

Bermula dengan guru BM semasa di Darjah 1B di SK Kota Kuala Muda, Cikgu Ahmad bin Ishak. Seorang guru yang amat saya hormati dan kagumi. Juga Cikgu Sofiyah yang mengajar subjek BI dan Muzik. Kemudian, Cikgu Ahmad Sobri Ishak, guru Matematik SK Sungai Petani semasa di Darjah 3D. Cikgu Nurhanum (Matematik), Cikgu Zabaiton (BM) Cikgu Salmah (Matematik), Teacher Mahazon (English), Cikgu Dora (English), dan Mrs Chin (English) antara nama-nama guru yang masih dalam ingatan, mengajar saya ketika berada di darjah 4, 5 dan 6 di SKSP.


Setelah memasuk alam sekolah menengah rendah di SMK Ibrahim, berikut adalah nama-nama yang menghuni memori diri. Pn Fatimah (BM), Pn Siti Fatimah (Sains), Pn Soon Shaw Hua (Matematik), Pn Tan Sok Sen (English), Pn Jumratiah Badurun (Sejarah), En Nazri Nazar (Geografi), Pn Fuziah (BM), Teacher Jacqueline Dass (English), Cik Leong Suet Foon (Geografi), Pn Saadah (Pend Islam), Ust Abdul Halid (Pend Islam), Ust Khairi (Pend Islam), En Ng @ En Eng (Matematik), Pn Khalijah (KH), En Fadzilah Fadzil (KH) dan Cikgu Pi'e[Syafi'e] (KH).


Di MRSM Taiping, saya bertemu dengan sebilangan lagi guru berdedikasi. Mereka adalah Pn Asriyah (BM), Pn Salmiah (BM), Pn Aisha (Matematik Moden & Tambahan), Pn Norbita (EST), Pn Nasrin (Kimia), Pn Julia (Kimia), En Ahmad Ridzuan (Fizik), Pn Rospazita (Fizik), Pn Zairulzana (Biologi), Pn Alaina (English), Pn Adz Jamros (English). Cikgu Homeroom, Pn Halilah dan suami, En Rizalmi.

Di INTEC, nama-nama seperti Pn Mimi Sophea, Cik/Pn Mea Haslina, Ms Ooi, Ms Pauline Mah, Pn Siva, Prof Madya Dr Yamin, Mr Megat antara individu yang masih kuingati.

Wajah-wajah mereka masih jelas dalam ingatan. Sungguh mereka amatlah berjasa dalam mendidik saya menjadi seorang insan, yang tahu baik dan buruk serta mampu membezakan di antaranya. Ada juga guru yang masih boleh diingat wajahnya, tapi tak mampu untuk 'recall' nama mereka.

Apa khabar mereka sekarang. Ada yang sudah meninggal, ada yang sudah pencen, yang sudah berumahtangga, naik pangkat dan sebagainya. Moga Allah beri kesempatan untuk bertemu mereka suatu hari nanti.

Apa pun.. Terima kasih wahai guru-guruku, jasamu kan kukenang hingga ke akhir hayatku InsyaAllah..

Wassalam..

Thursday, April 1, 2010

syukur alhamdulillah..

Assalamualaikum...

I've passed my EOS 5 examinations. Truly relieved. InsyaAllah, will be going to Scotland soon..

Have faith in Allah, pray always...

Wassalam..

Tuesday, March 30, 2010

Walau Siapa Dirimu, Jangan Dilupakan Tugas Ini

Assalamualaikum...

A good article to read, worth spending a few minutes of your long life reading it..


Have a nice day..

Wassalam =)

Friday, March 19, 2010

mari menjawab soalan..

Assalamualaikum..

Saya ada beberapa soalan dan persoalan yang ingin dikemukakan kepada semua Muslim. Soalannya mudah, ringkas dan 'straight-forward'.

Kenapa anda seorang yang beragama Islam? Apa yang buatkan anda fikir Islam agama yang terbaik? Apa bagusnya Islam berbanding agama lain?

Andai ada jawapan, boleh kita kongsikan bersama? Jangan disimpan di hati ya, kerana Islam itu milik semua insan. Kasihan mereka yang salah faham dan tidak faham tentang Islam. Apatah lagi mereka yang langsung tidak pernah mengetahu tentang Islam. Kan? Kan?

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
(al Baqarah 2:159)

Jadi jom kita kongsikan buah fikir dan pendapat masing-masing. Tak salah mengutarakan pendapat, walaupun pendapat itu kita rasakan seperti kecil dan tidak signifikan, tapi mungkin tidak pada orang lain.

Wassalam =)

hargai mereka

Assalamualaikum..

Pernahkah terdetik di jiwa, akan jasa dan bakti orang sekeliling kita yang membolehkan kita menjalankan rutin dan kerja-kerja harian dengan baik, kalaupun tidak sempurna. Setiap yang dilakukan membawa kebaikan yang terkadang kita sendiri pun tidak menyedarinya.

Seorang pemandu lori sampah serta 'cabin-crew' lori tersebut tanpa banyak soal membantu mengangkut longgokan sampah dan 'sampah' yang kita buang setiap hari. Membantu menghilangkan kebusukan dan kejijikan daripada menghantui diri kita.

Tapi, pernahkah kita, walau sekali mengucapkan 'terima kasih' kepada mereka? Atau mungkinkah kita membantu mereka, dengan mengikat bungkusan sampah yang dibuang itu, bagi memudahkan kerja mereka? Pernah atau tidak?

Makcik 'cleaner' yang seharian sibuknya mengelap cermin tingkap, menyapu sampah, menyedut habuk. Pernah kita tunjukkan penghargaan kepada mereka?

Pak 'Guard' @ Mak 'Guard'. Memang mereka 'duduk-duduk' saja. Memang mereka 'tak buat apa pun'. Tapi merekalah juga yang mengawasi 'our valuables' semasa di 'exam hall'. Mereka jugalah yang membantu mengesan kunci motorsikal yang hilang.

Librarian. Kita sibuk mengulangkaji, ambil buku itu dan ini. Dah habis, kita tinggal buku-buku tersebut berselerakan di atas meja, sedangkan ada rak buku disediakan. Kita sepahkan ruang 'private study' dengan botol-botol kosong, helaian tisu kotor. "Librarian ada, nanti diorang susunlah buku tu. Cleaner pun ada, nanti diorang bersihkan. Kalau senang kerja diorang, nanti makan gaji buta pulak."

Buruknya akhlak, sedang itu bukanlah sepatutnya ada pada seorang insan yang mengaku dirinya Islam.

"Alah kecil je tu. Kalau diorang takde pun takde hal punye"

Ya, kecil saja apa yang mereka sumbangkan itu. Tapi jasa sekecil itulah yang sebenarnya besar bagi mereka yang tahu bersyukur.

Marilah kita bersyukur, ucaplah 'terima kasih'. Walaupun kecil, tapi percayalah ucapan itu memberi makna yang sangat besar kepada mereka.

Wassalam..

rindu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah EOS 5 sudah selamat diharungi. Cuma keputusannya saja yang belum kunjung tiba, melahirkan kegelisahan yang teramat sangat. Pun begitu sedikit kelegaan di hati kerana berpeluang merasa sekelumit gelisah. Mungkin gelisah ini tidak d

apat menandingi keresahan seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah, juga tidaklah semulia kegelisahan Pesuruh Allah itu yang gelisahnya ke atas nasib dan keadaan ummatnya. Baru kini, dapat difahami bagaimana keresahan yang dirasai menyebabkan terganggu tidur, terbantut selera makan, terhapus keseronokan dunia. Mungkin inilah yang menatijahkan Baginda mengungkapkan lafaz berikut:-

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Mungkin juga inilah sebabnya Baginda berdialog tentang perkara berikut dengan Jibril ketika menghadapi saat putusnya nyawa dari badan:-

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."


Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."


Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"


Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.


Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.


Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"


Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."


Oh hinanya aku. Gelisahku hanyalah untuk duniaku. Sedang Rasul-Mu resah akan nasib ummatnya. Kelegaan Baginda adalah pabila mendengar jaminan syurga buat ummatnya. Itu 'Panadol' untuk pening kepala Baginda.

Salawat dan salam buatmu Rasulullah, moga diri ini berpeluang menemui dirimu di sana nanti.

Thursday, March 11, 2010

ketenangan

Assalamualaikum

Alhamdulillah EOS5 dah selamat dihadapi. Dalam masa 3 minggu keputusannya akan diumumkan oleh AAD. Doakan saya berjaya.

Replay Rabbani - Mana Milik Kita (album Nostalgia Nadamurni)


Wednesday, March 3, 2010

pakej menarik..

Assalamualaikum..

Kita biasa melihat dan mendengar promosi yang dibuat oleh banyak pihak, bagi menarik perhatian pelanggan serta memikat hati mereka untuk melanggan. Trend promosi masa kini adalah dengan memberikan jualan dan perkhidmatan dalam bentuk pakej yang disertakan dengan tambahan barangan atau faedah yang lazimnya memukau.

Perkhidmatan internet kini mula memberi pakej-pakej seperti modem percuma, yuran pendaftaran percuma dan sebagainya.

Penjual perabot pula memberi pakej seperti belian perabot set bilik tidur, set dapur dan sebagainya pada harga yang jauh lebih murah, juga didatangi dengan pakej pembayaran ansuran bulanan yang lazimnya memikat.

Perkhidmatan tuisyen pula menabur janji menyediakan lebih banyak latihan intensif dan imbuhan kepada pelajar-pelajar yang berjaya untuk sukses dalam peperiksaan masing-masing.

Tapi kini, ada satu lagi pihak yang memberi pakej dalam 'perkhidmatan ' mereka.

PENJENAYAH

Mereka menyediakan pakej pecah rumah, rogol, belasah dan merompak serta melarikan barangan berharga dan wang yang memang bukan milik mereka. Bahkan ada yang turut disertakan dengan tawaran 'bunuh sampai mati' kepada 'pelanggan' mereka.

Amacam? Tertarik dengan tawaran mereka?

Fikir-fikirkanlah. Jangan dituding sesiapa dahulu. Muhasabah diri dan bertindaklah memperbaikinya.

Ayuh kembalikan keamanan sejagat dengan mengembalikan Islam dalam hati ummatnya, agar Islam hebat pada pandangan orang lain serta memacu kebaikan kepada semua.

Wassalam..