Monday, February 22, 2010

thank you Allah..


Pada-Mu Allah kami bermohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberikannya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Thursday, February 11, 2010

janji melayu

Assalamualaikum...

Apa kata kita jangan pakai lagi terma 'Janji Melayu'.

Rebranding, gunakan 'Janji Muslim'; dah tukar tu, perangai pun tukar lah jugak ye. Jangan dikekalkan dengan yang lama..

Cubalah tepati masa. Kalau dah berjanji pukul 1030 datanglah sekurang-kurangnya 5 minit sebelumnya.

Kalau terlewat dan tak dapat penuhi janji tersebut, terus terang sahaja. Beritahu orang yang ingin ditemui. Hantarlah SMS, kan murah saja satu pesanan tu. Taklah menimbulkan kemarahan di hati. Dan jangan dibiarkan orang tertunggu-tunggu. Kesian dia..

Renungilah maksud sabdaan Rasulullah yang berikut:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) . [Riwayat Ahmad]

Wallahu 'alam..

Friday, February 5, 2010

KOBANNA - penilaian intelek

Assalamualaikum


InsyaAllah saya akan memberikan kupasan dan komentar peribadi berkaitan dengan program yang dianjurkan oleh salah satu NGO Islam di Malaysia, iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Saya memerlukan masa yang agak panjang dalam membuat penilaian intelektual terhadap apa yang telah dibentangkan dalam konvensyen serta perkaitannya dengan realiti perjalanan sosio-politik di Malaysia.

Sama-sama kita nantikannya..

Wassalam..

mari bercinta..

Assalamualaikum..



Seperti yang tertera di dalam poster di atas, iaitu pada 4 Februari 2010 saya telah hadiri sesi ceramah(??) yang disampaikan oleh Ustaz Ridha. Alhamdulillah rasa sangat gembira dengan apa yang telah disampaikan.

InsyaAllah saya sudah berunding dengan beliau untuk membawa topik hangat ini ke IMU, dan beliau sudah memberi persetujuan bagi menjayakannya. Rasa ingin berkongsi dengan lebih mendalam, tapi rasanya ada baiknya kalau saya tangguhkan dulu.

InsyaAllah akan saya memohon MSOC untuk menganjurkan program ini. Sama-sama kita tunggu keputusannya..

Wassalam..