Thursday, February 11, 2010

janji melayu

Assalamualaikum...

Apa kata kita jangan pakai lagi terma 'Janji Melayu'.

Rebranding, gunakan 'Janji Muslim'; dah tukar tu, perangai pun tukar lah jugak ye. Jangan dikekalkan dengan yang lama..

Cubalah tepati masa. Kalau dah berjanji pukul 1030 datanglah sekurang-kurangnya 5 minit sebelumnya.

Kalau terlewat dan tak dapat penuhi janji tersebut, terus terang sahaja. Beritahu orang yang ingin ditemui. Hantarlah SMS, kan murah saja satu pesanan tu. Taklah menimbulkan kemarahan di hati. Dan jangan dibiarkan orang tertunggu-tunggu. Kesian dia..

Renungilah maksud sabdaan Rasulullah yang berikut:

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) . [Riwayat Ahmad]

Wallahu 'alam..

2 comments:

aimanNasir said...

mereka tak hantar sms sebab pada mereka, lewat tu bukan sebab untuk marah & bukan apa-apa sangat. "lewat" = "makan nasi putih sejuk lauk kicap & telur mata kerbau". tak sedap sangat but still, it's not a big deal.

bigGreD said...

so.. benda ni kenalah jd antara sub-agenda dlm memantapkan bangsa kita..baru boleh betul-betul maju..