Friday, August 27, 2010
Tuesday, August 24, 2010
PROMO RAMADHAN!! [Komuniti Melayu Glasgow]
Assalammualaikum,Sahabat2 yang dikasihi sekalian semoga Saudara-saudari masih terus beristiqamah menjayakan Ramadhan sebaiknya mencari ketaqwaan dan kasih cinta Allah SWT. Dijemput sahabat2 memanfaatkan saluran media berikut dengan program2 yang telah disusun sepanjang Ramadhan al-Mubarak.Marilah kita menambah amal dengan memanjangkan iklan ini ke lokaliti atau sahabat2 dikawasan masing2 insyaAllah
PENUHI RAMADHAN ANDA DENGAN BUDAYA ILMU DAN AMALAN
Dengarkan saluran NUR RAMADHAN
Antara menarik minggu ini:
Menarik minggu hadapan:
- Sesi Kuliah bersama Ustaz Elfino Johari
- Bicara Ramadhan dari Kaherah (sedang diusahakan)
- Bicara Ramadhan daripada 'Risalah el-Nur' di bawa khas dari sahabat di Turki
- Bimbingan Rohani bersama Ustaz Jufitri Joha
Thursday, August 19, 2010
Wednesday, August 18, 2010
muhasabah Ramadhan
Assalamualaikum..
Sudah seminggu Ramadhan, mari sama-sama periksa keadaan diri kita. Usah toleh kiri kanan pandang orang lain. Cukuplah sekadar meneliti diri sendiri.
1. Cukupkah puasa kita, dengan erti dan makna sebenar-benar puasa?
2. Bertambahkah semangat untuk beramal soleh, dan bertambahkah amalannya?
3. Terkesankah diri kita dengan amal ibadah yang kita lakukan?
4. Tercapaikah sasaran pada fasa pertama Ramadhan?
5. Masihkah kita di landasan yang membawa kepada tingkatan 'TAQWA' yang telah dijanjikan?
Periksa dan perbaiki..
Wassalam..
Monday, August 16, 2010
excitednye!!
Assalamualaikum and Salam Ramadhan Mubarak..
Alhamdulillah dah dua bulan berlalu, dan Ramadhan pun dah menjelma. Syukur sangat-sangat masih dapat bertemu dengan bulan ini. Walaupun jauh dari ummi, abah dan sanak saudara yang lain, tetap juga rahmat Ramadhan itu menjadi suatu kesukaan yang menenangkan fikiran.
Ramadhan di sini lebih tenang dan senyap, atau boleh juga dikategorikan sebagai lebih 'bosan' berbanding apa yang sekian lama dirasai di Malaysia. Di sini, tidak ada dendangan lagu raya di pasaraya, gedong beli belah mahupun di dalam media massa seperti televisyen dan radio. Di tanah Union Jack ini juga tidak ada fenomena biasa di Malaysia, 'Bazar Ramadan' sungguhpun bilangan penduduk yang beragama Islam di sini agak ramai hingga ada satu kawasan itu digelar 'Kashmir Glasgow' kerana terlalu ramai penduduk etnik Pakistan di situ.
"Budaya mereka tidak sama," kata seorang kenalan di sini, dan menyambung "diorang tak biasa dengan bazar-bazar ni. Kita ja yang ada."
Pun begitu, suasana iftar di sini mungkin ada persamaan dengan apa yang pernah dirasai di Malaysia. Kemeriahannya sama. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh hadith Rasulullah,
"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya."
Alhamdulillah.
Timur (Malaysia) vs Barat
Waktu berada di sekolah dulu, ada senior datang dan bercerita tentang pengalaman beliau tentang Barat. Banyak sungguh positifnya. Hebat sungguh adab dan susila mereka.
Kemudian, ada lagi sahabat yang membawa skrip cerita yang lebih kurang sama, hingga tampak mereka ini seperti lebih Islam dari orang Islam sendiri. Dan banyak lagi cerita-cerita yang memperlihatkan kehebatan masyarakat di Barat seolah-olah tiada cacat celanya. Hingga terkesan di hati dengan cerita-cerita tersebut.
Tapi..
Bila dah sampai dan berada di Glasgow selama dua bulan, banyak juga sangkaan hati telah terbukti salah. Barat juga MANUSIA. Mereka dan kita sama saja, spesies pun sama. Memang apa yang diceritakan itu benar. Tapi Barat bukanlah sangat efisyen dan mantap.
Urusan perbankan sebagai contoh, memang amat menghormati pelanggan yang tidak mahu dibayar dengan faedah/riba. Mereka juga hormat pilihan pelanggan memindahkan akaun ke bank lain. Tapi tempoh masa satu-satu urusan itu nyata lebih menyakitkan hati berbanding urusan bank di Malaysia. Jauh berbeza.
Pasaraya dan gedung beli belah, banyak yang mengamalkan polisi 'GOODS SOLD RETURNABLE', dan akan memberi pilihan kepada pelanggan sama ada memulangkan wang atau menggantikan produk. Khidmat pelanggan yang diberi juga amat baik. Tapi di Glasgow, rata-rata pusat tumpuan manusia di siang hari ini ditutup seawal jam 5 petang. Malamnya sunyi sepi bagai pekan tinggal yang tak berpenghuni.
Teringat kata-kata sahabat dari Sri Lanka, "..there are two things that I like about Malaysia, one is the road.." Bila tiba di Glasgow, baru faham apa maksudnya. Jelas dan nyata kualiti jalanraya di Malaysia secara kasarnya, jauh lebih baik berbanding di sini melainkan di beberapa tempat. Tapi keadaan itu tidak menghalang perkhidmatan pengangkutan awam di Glasgow daripada menjadi tidak efisyen. Ketepatan masa amat berbeza dengan apa yang lazim diperkatakan tentang pengangkutan awam di Malaysia.
Buruknya akhlak mereka
Tapi ada beberapa perkara yang memang bukan sebahagian dari kebiasaan kita dan lari jauh dari norma kehidupan masyarat Malaysia. Arak dan mabuk adalah kebiasaan mereka di sini. Lagi-lagi di hujung minggu.
Juga ada satu yang amat perit untuk diterima. Sangat tidak kena dengan apa yang dirasai di hati. Sangat terkejut. Mereka tidak peduli nasab dan keturunan mereka. Hingga merelakan isteri disetubuhi orang lain. Buruk sungguh.
Mungkin itu kes tepencil, tapi kalau dah dibenarkan siarannya di TV, memanglah sangat jijik mereka ini. Tapi bolehkah ia dibandingkan dengan kegilaan membuang bayi yang kini melanda Malaysia?
"I ask for your forgiveness, oh Allah.."
Wassalam..
Saturday, August 14, 2010
ribut ribut
Assalamualaikum dan salam Ramadhan..
"Innalillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun." Itu saja yang terlintas di hati bila membaca artikel akhbar online Malaysia. Ribut melanda bazar Ramadhan, menyebabkan 3 orang maut.
Simpati dengan nasib mereka yang diberi ujian dan musibah dari Allah, walaupun di bulan yang dijanjikan rahmah, barakah dan keampunan.
Cuma ada sekelumit rasa di hati, mungkin ini satu petunjuk dari Allah. Tidak pasti apa maknanya. Teringat satu bualan dengan ibu saudara yang pernah terlibat berniaga di bazar Ramadhan di utara tanah tak lama dulu. Katanya, dalam banyak-banyak peniaga di bazar ramadhan, yang berjumlah puluhan itu, hanya segelintir saja yang memang berpuasa dan kekal berpuasa. Yang lain sibuk mencari keuntungan tanpa mengira hukum Allah yang telah tertetap. Sudahlah tak berpuasa, solat pun tidak. Ada juga yang menipu bila berniaga.
Mungkin juga tragedi ini satu peringatan buat mereka yang lalai dan lupa, juga buat mereka yang beriman, agar sama-sama bertaubat.
Selamat berpuasa.. =)
Tuesday, August 10, 2010
Saturday, August 7, 2010
Sunday, August 1, 2010
pesan Jumaat
Assalamualaikum..
1. Jangan melewat-lewatkan datang ke masjid untuk solat Jumaat.
2. (Ramadhan) Jangan lebihkan masa, tenaga dan wang ringgit (pound) untuk persediaan berbuka sebaliknya luangkan banyak untuk ibadah dan taqwa.
Wassalam.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)