Assalamualaikum and Salam Ramadhan Mubarak..
Alhamdulillah dah dua bulan berlalu, dan Ramadhan pun dah menjelma. Syukur sangat-sangat masih dapat bertemu dengan bulan ini. Walaupun jauh dari ummi, abah dan sanak saudara yang lain, tetap juga rahmat Ramadhan itu menjadi suatu kesukaan yang menenangkan fikiran.
Ramadhan di sini lebih tenang dan senyap, atau boleh juga dikategorikan sebagai lebih 'bosan' berbanding apa yang sekian lama dirasai di Malaysia. Di sini, tidak ada dendangan lagu raya di pasaraya, gedong beli belah mahupun di dalam media massa seperti televisyen dan radio. Di tanah Union Jack ini juga tidak ada fenomena biasa di Malaysia, 'Bazar Ramadan' sungguhpun bilangan penduduk yang beragama Islam di sini agak ramai hingga ada satu kawasan itu digelar 'Kashmir Glasgow' kerana terlalu ramai penduduk etnik Pakistan di situ.
"Budaya mereka tidak sama," kata seorang kenalan di sini, dan menyambung "diorang tak biasa dengan bazar-bazar ni. Kita ja yang ada."
Pun begitu, suasana iftar di sini mungkin ada persamaan dengan apa yang pernah dirasai di Malaysia. Kemeriahannya sama. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh hadith Rasulullah,
"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya."
Alhamdulillah.
Timur (Malaysia) vs Barat
Waktu berada di sekolah dulu, ada senior datang dan bercerita tentang pengalaman beliau tentang Barat. Banyak sungguh positifnya. Hebat sungguh adab dan susila mereka.
Kemudian, ada lagi sahabat yang membawa skrip cerita yang lebih kurang sama, hingga tampak mereka ini seperti lebih Islam dari orang Islam sendiri. Dan banyak lagi cerita-cerita yang memperlihatkan kehebatan masyarakat di Barat seolah-olah tiada cacat celanya. Hingga terkesan di hati dengan cerita-cerita tersebut.
Tapi..
Bila dah sampai dan berada di Glasgow selama dua bulan, banyak juga sangkaan hati telah terbukti salah. Barat juga MANUSIA. Mereka dan kita sama saja, spesies pun sama. Memang apa yang diceritakan itu benar. Tapi Barat bukanlah sangat efisyen dan mantap.
Urusan perbankan sebagai contoh, memang amat menghormati pelanggan yang tidak mahu dibayar dengan faedah/riba. Mereka juga hormat pilihan pelanggan memindahkan akaun ke bank lain. Tapi tempoh masa satu-satu urusan itu nyata lebih menyakitkan hati berbanding urusan bank di Malaysia. Jauh berbeza.
Pasaraya dan gedung beli belah, banyak yang mengamalkan polisi 'GOODS SOLD RETURNABLE', dan akan memberi pilihan kepada pelanggan sama ada memulangkan wang atau menggantikan produk. Khidmat pelanggan yang diberi juga amat baik. Tapi di Glasgow, rata-rata pusat tumpuan manusia di siang hari ini ditutup seawal jam 5 petang. Malamnya sunyi sepi bagai pekan tinggal yang tak berpenghuni.
Teringat kata-kata sahabat dari Sri Lanka, "..there are two things that I like about Malaysia, one is the road.." Bila tiba di Glasgow, baru faham apa maksudnya. Jelas dan nyata kualiti jalanraya di Malaysia secara kasarnya, jauh lebih baik berbanding di sini melainkan di beberapa tempat. Tapi keadaan itu tidak menghalang perkhidmatan pengangkutan awam di Glasgow daripada menjadi tidak efisyen. Ketepatan masa amat berbeza dengan apa yang lazim diperkatakan tentang pengangkutan awam di Malaysia.
Buruknya akhlak mereka
Tapi ada beberapa perkara yang memang bukan sebahagian dari kebiasaan kita dan lari jauh dari norma kehidupan masyarat Malaysia. Arak dan mabuk adalah kebiasaan mereka di sini. Lagi-lagi di hujung minggu.
Juga ada satu yang amat perit untuk diterima. Sangat tidak kena dengan apa yang dirasai di hati. Sangat terkejut. Mereka tidak peduli nasab dan keturunan mereka. Hingga merelakan isteri disetubuhi orang lain. Buruk sungguh.
Mungkin itu kes tepencil, tapi kalau dah dibenarkan siarannya di TV, memanglah sangat jijik mereka ini. Tapi bolehkah ia dibandingkan dengan kegilaan membuang bayi yang kini melanda Malaysia?
"I ask for your forgiveness, oh Allah.."
Wassalam..
No comments:
Post a Comment