KEPERLUAN UNTUK RUJUKAN ANAK-ANAK/ADIK-ADIK BARU
Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian:
1) Keselamatan barang-barang dan beg. Pastikan setiap beg ditanda dengan nama yang jelas beserta alamat baik alamat di Malaysia dan juga alamat University. Sila tulis nama Universiti ( sebagai contoh : University of Aberdeen/University of Robert Gordon) dan nama anda. Ini kerana untuk mengelak kehilangan beg2 dan barang-barang yang berharga. (Sila ambil perhatian, jika ada sesiapa mengirim barang/kotak bersama anda, pastikan anda mengetahui isi kandungan barang-barang yang dikirim/lebih mudah anda pack sendiri barang tersebut - mohon agar berhati-hati)
2) Tarikh berangkat dan tiba. Mohon dimaklumkan kpd kami tarikh adik2/anak2 akan berangkat ke Aberdeen/Dundee/Glasgow/Edinburgh (scotland). InshaAllah pihak MMCS akan mengatur mana-mana family/individu yang berkelapangan untuk menunggu adik2/anak2 semua di airport. harap dapat terus menghubungi wakil untuk perhubungan MMCS di bahagian kanan Blog)
3) Waktu sembahyang. Kami akan susulkan waktu sembahyang untuk memudahkan anda apabila tiba di London dan Scotland kelak. (sila email persatuan ataupun search dari Islamic finder)
4) Cuaca/suhu. Untuk makluman Scotland kini di penghujung Winter. Pastikan anda memakai sekurang-kurangnya selapis sweater apabila tiba di sini kelak. Musim Spring akan tiba pada bila-bila masa dari sekarang. Oleh itu pastikan bersetokin dan berbaju panas apabila sampai di sini.
5) Akhir kata, banyakkan berdoa dan mohonlah ibubapa mendoakan kita sentiasa. Agar kita menjadi anak yang soleh dan pelajar muslim yang cemerlang.
BARANG-BARANG YANG BOLEH DIBAWA
- Buku dan alat tulis
Pertamanya, pastikan anda sudah membawa senashkah al-Quran beserta terjemahan bahasa Malaysia bersama-sama. Anda tidak akan menjumpai terjemahan bahasa Malaysia di sana. - Masukkan juga beberapa alat tulis asas (seperti pen, pensel dan sebagainya) kerana harga di tanah air ada lah jauh lebih murah daripada harga di sini. Lebih baik jika membawa stok alat tulis yang banyak bersama-sama. Kalkulator juga boleh dibawa sekiranya perlu.
- Untuk memudahkan urusan catatan, boleh dibawa bersama beberapa buku tulis dan fail. Seperti juga alat tulis, harga di UK adalah mahal jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Jangan lupa membawanya andai beg anda masih boleh diisi.
- Bagi yang akan datang untuk menyambung pelajaran, bolehlah meminta nasihat daripada rakan-rakan yang sudah pun berada di sini (baca: senior-senior). Buku rujukan boleh didapati dengan separuh harga di kedai-kedai buku terpilih di Malaysia.
- Pakaian
Sebagai persediaan menghadapi cuaca yang sejuk, baju sejuk mungkin boleh didapati di Malaysia. Namun adalah dinasihatkan agar hanya membeli sehelai baju sahaja di tanah air kerana baju sejuk boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Pastikan baju yang dibeli adalah jenis yang kalis air. - Seperti mana juga persediaan untuk mengembara ke tempat-tempat lain, bawalah juga pakaian rutin anda bersama (t-shirt, kemeja, seluar) dan pakaian-pakaian asas yang lain.
- Tidak dilupa, selitkan sekali pakaian kebangsaan seperti baju kurung atau baju Melayu untuk dipakai ketika meraikan sambutan hari raya atau majlis-majlis yang berkaitan di perantauan.
- Pakaian sukan boleh dibawa bersama jika anda seorang yang gemar bersukan.
- Barangan elektrik dan elektronik
Jika berkemampuan, bawalah bersama kamera digital bersama bagi merakamkan detik-detik kehidupan anda di rantau orang. Harga kamera digital adalah lebih murah di Malaysia jika dibandingkan dengan harga di UK. - Kebanyakan pelajar akan memilih untuk membawa sebuah komputer riba untuk dibawa bersama ke sini. Ini akan memudahkan segala urusan untuk mengakses Internet di sini. Namun, ada juga yang memilih untuk membeli desktop di sini yang boleh didapati dengan harga yang agak berpatutan.
- Bagi mereka yang pastinya akan memasak di sini, jangan lupa untuk membawa barangan yang berkaitan seperti periuk nasi. Alat-alat seperti periuk, frying pan dan yang berkaitan bleh didapati di sini dengan harga yang agak murah.
- Makanan
Makanan segera pastinya antara perkara penting yang harus dibawa, terutamanya bagi mereka yang masih di peringkat permulaan untuk belajar memasak. - Jangan lupa untuk membawa sedikit rempah ratus bersama seperti rempah sup, rempah kari dan rempah kurma. Rempah-rempah ini masih boleh didapati di sini, dengan harga yang lebih mahal.
- Jangan lupa untuk membawa makanan-makanan menarik seperti serunding, keropok yang pastinya tidak boleh didapati di sini.
- Lain-lain. Berada jauh di perantauan pastinya akan menimbulkan perasaan rindu pada keluarga. Maka, adalah dinasihatkan untuk membawa bersama foto keluarga. Pastinya berguna di kala kesepian.
- Tidak dilupa, bagi yang berkenaan, bawalah bersama peralatan sukan seperti raket tennis, badminton serta peralatan lain yang difikirkan perlu.
- Akhir sekali, pastikan barangan keperluan asas dibawa bersama. Ini termasuklah sikat, sabun, ubat dan berus gigi, dan yang berkaitan.
- Kami cuba untuk menyenaraikan barang-barang yang mungkin perlu dibawa oleh anda yang akan ke UK amnya, atau Scotland khasnya. Untuk bantuan kebajikan mahupun khidmat nasihat, bolehlah menghubungi AJK MMCS.insya Allah, jumpa nanti!artikel ihsan: PMAboleh rujuk Full artikel di Blog PMA -bawah pautan infoPelajar .
2 comments:
eh, kenapa tetiba kluar artikel psl nk pi scotland ni?
sebab ingin menyambut junior-junior dari Malaysia ler.. hehe
pastu boleh la buli-buli ke, brainwash ke.. hehe
sekadar khidmat masyarakat kepada yang akan tiba nanti.. =)
Post a Comment