Tuesday, December 29, 2009
Sunday, December 27, 2009
lebih pilihan - alternatives part 2
Assalamualaikum..
Dalam entri lepas, ada saya tunjukkan alternatif kepada KFC. Kali ini saya akan tunjukkan alternatif kepada Pizza Hut & Co., bg mereka yang mencari-cari pengganti kepada jenama-jenama Barat.
Radix Pizza House ini saya temui sekitar Lagenda Heights Sungai Petani. Penghargaan dan ucapan tahniah buat Radix Co. kerana berjaya menjadi pesaing kepada jenama-jenama barat.
Mungkin ada yang akan mengkritik saya kerana seolah-olah mempromosi jenama Radix dan bukannya jenama lain. Pengakuan benar dari saya, tidak mendapat sebarang komisen atau kelebihan dari Radix mahupun mana-mana ahlinya kerana mengiklankan jenama mereka. Bukan juga saya ini termasuk dalam golongan yang menjadi ahli yang menggerakkan jenama HPA dan Radix. Tapi ini berlaku lebih kepada suatu kebetulan yang mengkagumkan diri saya.
Di sini juga saya ingin memperkenalkan satu lagi alternatif, buat penggemar Milo n minuman coklat. Satu pengganti, yang secara peribadinya saya menganggap dapat mengatasi monopoli Milo dan Cadbury Chocolate drink. Layari laman web mereka E-Man Cafe untuk sebarang maklumat lanjut. Setelah merasainya buat kali pertama, saya jatuh cinta dengan produk tersebut hingga terpaksa memberi rating 5/5.
Dapat saya simpulkan bahawa bukan tidak ada kelompok muslim yang berusaha memberikan lebih pilihan kepada pengguna khususnya pengguna muslim sendiri, tapi yang terlihat di pandangan mata saya adalah Radix. Mungkin suatu masa nanti, InsyaAllah Radix mungkin akan menerima saingan dari jenama lain seperti jenama E-Man, Orang Kampung, dan sebagainya. Cuma apa yang dapat saya berikan kepada pengguna sekalian pada waktu terdekat ini adalah Radix.
PENINGKATAN KUALITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Inilah masanya kita memberikan kritikan dan komen-komen bagi membantu jenama-jenama Islam ini meningkat dari segi kualiti dan kuantiti. Tidak terhenti setakat satu dua cawangan sahaja. Tapi harus diingat, kritikan haruslah bersifat membina, bukannya meroboh dan memusnahkan. Itu tabiat orang yang tidak beriman, bukannya akhlak yang dianjurkan dalam Islam.
Buat HPA, tahniah sekali lagi. Walaupun belum berpeluang merasa piza keluaran anda, tapi kualiti Radix FC masih boleh ditingkatkan, sungguhpun sudah berada pada tahap yang baik sekarang ini.
Juga sepatah dua kata buat pengeluar ubat gigi Mukmin. "Silalah tambah fluorida dalam kandungan ubat gigi anda atau anda tidak akan mampu maju ke hadapan."
Have nice alternatives..
Wassalam..
Tuesday, December 22, 2009
runsing..
Assalamualaikum..
Sungguh islam itu meliputi semuanya, tidak terlepas walau satu pun.
"sesungguhnya solatku, dan ibadahku (urusan harianku), dan hidupku dan matiku hanyalah semata-mata kerana Allah, Pencipta dan Pemelihara seluruh alam semesta"
Ingatlah peringatan dari Allah..
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Marilah kita islamik pada segala-gala dalam kehidupan kita, bukan hanya perkara-perkara yang kita senangi sahaja. Pergunakanlah alQuran dan asSunnah dalam menjalani kehidupan seharian, demi mencapai redha Allah. Sungguh, di situlah kejayaan bakal menjelma.
Tapi apakah islamik itu membawa makna kita menggunakan terma-terma pelik dan asing yang tidak diketahui orang lain? Mungkin ini pedoman mereka..
Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.
Tapi susahlah orang nak dekat kalau semuanya pelik. Bayangkan seorang doktor yang diminta untuk menerangkan penyakit yang dihidapi oleh salah seorang pesakit yang menemuinya.
"Pakcik ni hyperglycaemic, critical level pulak tuh. Hypercholesterolemia lagi nih. Bahaya pakcik. Takut kena acute myocardial infarction nih. Silap hari bulan leh jadi ventricular fibrillation bla..bla..bla..Kena refer untuk lower blood glucose level, antihypertensive treatment, kena amik statin bla..bla..bla..pakcik kena ada high compliance nih pakcik.kalau tak treatment regime tak effective.."
Menarik dan informatif, kan? Mesti orang suka. Ke yang bawah nih better???
"Pakcik ada kencing manis nih, tahap kolesterol pun tinggi. Bahaya pakcik, boleh bawak maut. Apa kata saya cadangkan pakcik dengan ubat untuk rendahkan tahap gula, turunkan paras kolesterol...Pakcik kena ikut jadual ubat-ubat ni ye, insyaAllah sembuh."
Amacam? Mana lagi sesuai?
Begitu jugalah sepatutnya kita rasional segala tindakan kepada mereka yang ingin kita ubati hati mereka, suburkan dengan iman dan taqwa. Mengapa perlu digunakan terma yang pelik-pelik kepada mereka yang baru hendak berjinak dengan islam dan gerakan haraki? Mengapa harus diterapkan dengan idea-idea berat dan tidak setaraf pemikiran mereka?
Sedangkan ulama dan ustaz yang hebat-hebat pun boleh gunakan lafaz-lafaz umum yang mudah difahami bila berceramah, berkuliah di masjid dan tempat-tempat awam, kenapa tidak kita? Kalaulah hendak digunakan juga perkataan-perkataan 'baru' ini, mungkin boleh juga diterangkan maknanya, walaupun orang yang mendengar sudah faham, mudah-mudahan menambah fahamnya.

(alBaqarah 2:208)

(H.R. Muslim)

Saturday, December 12, 2009
Wednesday, December 9, 2009
Perjalanan manusia..
Assalamualaikum..
Sebagai memenuhi permintaan seorang kenalan, saya selitkan maksud hadis panjang yang menceritakan kronologi yang bakal dihadapi oleh setiap manusia ketika mana menghadapi saat sakaratul-maut, dan perbezaan yang jelas antara dua golongan iaitu manusia beriman dan manusia kafir. Mari bersama hayati dan muhasabah diri sendiri..
Bagaimanakah perjalanan seseorang jika ia telah masuk di alam kubur? Hadits panjang al-Bara’ bin ‘Azib yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dishahihkan oleh Imam al-Hakim dan Syaikh al-Albani menceritakan perjalanan para manusia di alam kuburnya:
Suatu hari kami mengantarkan jenazah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari golongan Anshar. Sesampainya di perkuburan, liang lahad masih digali. Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wa sallam pun duduk (menanti) dan kami juga duduk terdiam di sekitarnya seakan-akan di atas kepala kami ada burung gagak yang hinggap. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memainkan sepotong dahan di tangannya ke tanah, lalu beliau mengangkat kepalanya seraya bersabda, “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur!” Beliau ulangi perintah ini dua atau tiga kali.
Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seandainya seorang yang beriman sudah tidak lagi menginginkan dunia dan telah mengharapkan akhirat (sakaratul maut), turunlah dari langit para malaikat yang bermuka cerah secerah sinar matahari. Mereka membawa kain kafan dan wangian dari surga lalu duduk di sekeliling mukmin tersebut sejauh mata memandang. Setelah itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan mengambil posisi di arah kepala mukmin tersebut. Malaikat pencabut nyawa itu berkata, ‘Wahai nyawa yang mulia keluarlah engkau untuk menjemput ampunan Allah dan keridhaan-Nya’. Maka nyawa itu (dengan mudahnya) keluar dari tubuh mukmin tersebut seperti lancarnya air yang mengalir dari mulut sebuah kendil. Lalu nyawa tersebut diambil oleh malaikat pencabut nyawa dan dalam sekelip mata diserahkan kepada para malaikat yang berwajah cerah tadi lalu dibungkus dengan kafan surga dan diberi wangian darinya pula. Hingga terciumlah bau harum seharum wangian yang paling harum di muka bumi.
Kemudian nyawa yang telah dikafani itu diangkat ke langit. Setiap melewati sekelompok malaikat di langit mereka bertanya, ‘Nyawa siapakah yang amat mulia itu?’ ‘Ini adalah nyawa fulan bin fulan’, jawab para malaikat yang mengawalnya dengan menyebutkan namanya yang terbaik ketika di dunia. Sesampainya di langit dunia mereka meminta izin untuk memasukinya, lalu diizinkan. Maka seluruh malaikatyang ada di langit itu ikut mengantarkannya menuju langit berikutnya. Hingga mereka sampai di langit ketujuh. Di sanalah Allah berfirman, ‘Tulislah nama hambaku ini di dalam kitab ‘Iliyyin. Lalu kembalikanlah ia ke (jasadnya di) bumi, karena darinyalah Aku ciptakan mereka (para manusia), dan kepadanyalah Aku akan kembalikan, serta darinyalah mereka akan Ku bangkitkan.’
Lalu nyawa tersebut dikembalikan ke jasadnya di dunia. Lantas datanglah dua orang malaikat yang memerintahkannya untuk duduk. Mereka berdua bertanya, ‘Siapakah rabbmu?’, ‘Rabbku adalah Allah’jawabnya. Mereka berdua kembali bertanya, ‘Apakah agamamu?’, ‘Agamaku Islam’ sahutnya. Mereka berdua bertanya lagi, ‘Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?’ “Beliau adalah Rasulullah shallalla hu ‘alaihi wa sallam” jawabnya. ‘Dari mana engkau tahu?’ tanya mereka berdua. ‘Aku membaca Al-Qur’an lalu aku mengimaninya dan mempercayainya’. Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit yangmenyeru, ‘(Jawaban) hamba-Ku benar! Maka hamparkanlah surga baginya, berilah dia pakaian darinya lalu bukakanlah pintu ke arahnya’. Maka menghembuslah angin segar dan harumnya surga (memasuki kuburannya) lalu kuburannya diluaskan sepanjang mata memandang.
Saat itu datanglah seorang (pemuda asing) yang amat tampan memakai pakaian yang sangat indah dan berbau harum sekali, seraya berkata, ‘Bergembiralah, inilah hari yang telah dijanjikan dulu bagimu’. Mukmin tadi bertanya, ‘Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kebaikan’. ‘Aku adalah amal salehmu’ jawabnya. Si mukmin tadi pun berkata, ‘Wahai Rabbku (segerakanlah datangnya) hari kiamat, karena akuingin bertemu dengan keluarga dan hartaku.
Adapun orang kafir, di saat dia dalam keadaan tidak mengharapkan akhirat dan masih menginginkan (keindahan) duniawi, turunlah dari langit malaikat yang bermuka hitam sambil membawa kain mori kasar.Lalu mereka duduk di sekelilingnya. Saat itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan duduk di arah kepalanya seraya berkata, ‘Wahai nyawa yang hina keluarlah dan jemputlah kemurkaan dan kemarahan Allah!’. Maka nyawa orang kafir tadi ‘berlarian’ di sekujur tubuhnya. Maka malaikat pencabut nyawa tadi mencabut nyawa tersebut (dengan paksa), sebagaimana seseorang yang menarik besi beruji yang menempel di kapas basah. Begitu nyawa tersebut sudah berada di tangan malaikat pencabut nyawa, sekelip mata diambil oleh para malaikat bermuka hitam yang ada di sekelilingnya, lalu nyawa tadi segera dibungkus dengan kain mori kasar. Tiba-tiba terciumlah bau busuk sebusuk bangkai yang paling busuk di muka bumi.
Lalu nyawa tadi dibawa ke langit. Setiap mereka melewati segerombolan malaikat mereka selalu ditanya, ‘Nyawa siapakah yang amat hina ini?’, ‘Ini adalah nyawa fulan bin fulan’ jawab mereka dengan namanya yang terburuk ketika di dunia. Sesampainya di langit dunia, mereka minta izin untuk memasukinya, namun tidak diizinkan.
Rasulullah membaca firman Allah:
لا تفتح لهم أبواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط
“Tidak akan dibukakan bagi mereka (orang-orang kafir) pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk surga, sampai seandainya unta bisa memasuki lobang jarum sekalipun.” (QS. Al-A’raf: 40)
Saat itu Allah berfirman, ‘Tulislah namanya di dalam Sijjin di bawah bumi’, Kemudian nyawa itu dicampakkan (dengan hina dina). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah ta’ala:
وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَكَأنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيْحُ فِي مَكَانٍ سَحِيْقٍ
“Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (QS. Al-Hajj: 31)
Kemudian nyawa tadi dikembalikan ke jasadnya, hingga datanglah dua orang malaikat yang mendudukannya seraya bertanya, ‘Siapakah rabbmu?’, ‘Hah hah… aku tidak tahu’ jawabnya. Mereka berdua kembali bertanya, ‘Apakah agamamu?’ “Hah hah… aku tidak tahu’ sahutnya. Mereka berdua bertanya lagi, ‘Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?’ “Hah hah… aku tidak tahu’ jawabnya. Saat itu terdengar seruan dari langit, ‘Hamba-Ku telah berdusta!
Hamparkan neraka baginya dan bukakan pintu ke arahnya’. Maka hawa panas dan bau busuk neraka pun bertiup ke dalam kuburannya. Lalu kuburannya dihimpit (oleh Allah) hingga tulang belulangnya (pecah dan) menancap satu sama lainnya.
Tiba-tiba datanglah seorang yang bermuka amat buruk memakai pakaian kotor dan berbau sangat busuk, seraya berkata, ‘Aku datang membawa kabar buruk untukmu, hari ini adalah hari yang telah dijanjikan bagimu’. Orang kafir itu seraya bertanya, ‘Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kesialan!’, ‘Aku adalah dosa-dosamu’ jawabnya. ‘Wahai Rabbku, janganlah engkau datangkan hari kiamat’ seru orang kafir tadi.

(HR. Ahmad dalam Al-Musnad (XXX/499-503) dan dishahihkan oleh al-Hakim dalam Al-Mustadrak (I/39) dan al-Albani dalam Ahkamul Janaiz hal. 156)
Wassalam..
Tuesday, December 8, 2009
imaginasi dan kreativiti
Assalamualaikum..
Dah lama tak menaip. Mungkin sebab banyak komitmen lain yang rasanya perlu diutamakan terlebih dahulu, ditambah dengan rosaknya PC di rumah.
Sebelum saya teruskan dengan berbicara mengenai perkara yang ingin disampaikan, rasanya elok saya berikan maksud bagi dua perkataan yang dijadikan sebagai sebahagian daripada tajuk entri kali ini.
Imaginasi atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai 'imagination' membawa maksud berikut:
"The formation of a mental image of something that is neither perceived as real nor present to the senses."
Manakala kreativiti (creativity) pula membawa maksud berikut:
"Creativity is the ability to think up and design new inventions, produce works of art, solve problems in new ways, or develop an idea based on an original, novel, or unconventional approach."
Berikut adalah contoh-contoh novel dan animasi yang dihasilkan pada era moden ini. Kesemuanya mempunyai persamaan dari sudut ketinggian imaginasi dan kreativiti penciptanya.
Pendapat saya, imaginasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam proses untuk menghasilkan daya pemikiran yang unik. Seterusnya membolehkan penghasilan karya-karya yang menarik dan bermutu tinggi. Tidak dinafikan banyak karya-karya yang dihasilkan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Saya cukup tertarik dengan animasi 'Geng: Pengembaraan Bermula' , yang pada pendapat saya, satu hasil karya yang cukup menarik dan bermutu tinggi pernah dihasilkan oleh anak Malaysia.
Secara jujurnya, saya memang meminati siri animasi Upin dan Ipin. Pada pendapat saya, siri animasi yang dihasilkan ini adalah yang paling baik kualitinya jika dibandingkan dengan mana-mana animasi yang pernah dihasilkan oleh anak watan Malaysia. Rasanya mereka yang terlibat dengan produksi untuk animasi ini patut diberi penghargaan dan pujian kerana telah berjaya melonjakkan negara kepada suatu tahap yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya. Pun begitu, saya tidak mengatakan penghasilan animasi-animasi lain tidak berkualiti langsung, namun tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan oleh saya.
Animasi ini terhasil kerana gabungan imaginasi dan kreativiti mereka yang terlibat. Bagi saya, kartun ini telah meletakkan Malaysia sebarisan dengan produksi animasi luar negara, walaupun mungkin ramai yang berpendapat bahawa kita masih belum setanding mereka.
Tahniah buat LesCopaque n semua yang turut sama menjayakannya.
Cumanya, saya rasakan, penting untuk kita telitikan tentang beberapa persoalan yang saya rasakan patut sama difikirkan oleh semua umat Islam.
"Adakah Islam membenarkan imaginasi?"
"Apakah Islam membantutkan kreativiti?"
InsyaAllah saya akan memberikan respons setakat yang mampu pada masa hadapan.
p.s: memikirkan ada sesetengah kita mampu membaca novel yang beratus-ratus bahkan beribu-ribu halaman, namun tidak mampu untuk meneliti maksud dan makna alQuran yang diturunkan buat mereka. tak banyak pun halamannya, sekitar 600 muka sahaja...
Subscribe to:
Posts (Atom)