Assalamualaikum..
Dalam entri lepas, ada saya tunjukkan alternatif kepada KFC. Kali ini saya akan tunjukkan alternatif kepada Pizza Hut & Co., bg mereka yang mencari-cari pengganti kepada jenama-jenama Barat.
Radix Pizza House ini saya temui sekitar Lagenda Heights Sungai Petani. Penghargaan dan ucapan tahniah buat Radix Co. kerana berjaya menjadi pesaing kepada jenama-jenama barat.
Mungkin ada yang akan mengkritik saya kerana seolah-olah mempromosi jenama Radix dan bukannya jenama lain. Pengakuan benar dari saya, tidak mendapat sebarang komisen atau kelebihan dari Radix mahupun mana-mana ahlinya kerana mengiklankan jenama mereka. Bukan juga saya ini termasuk dalam golongan yang menjadi ahli yang menggerakkan jenama HPA dan Radix. Tapi ini berlaku lebih kepada suatu kebetulan yang mengkagumkan diri saya.
Di sini juga saya ingin memperkenalkan satu lagi alternatif, buat penggemar Milo n minuman coklat. Satu pengganti, yang secara peribadinya saya menganggap dapat mengatasi monopoli Milo dan Cadbury Chocolate drink. Layari laman web mereka E-Man Cafe untuk sebarang maklumat lanjut. Setelah merasainya buat kali pertama, saya jatuh cinta dengan produk tersebut hingga terpaksa memberi rating 5/5.
Dapat saya simpulkan bahawa bukan tidak ada kelompok muslim yang berusaha memberikan lebih pilihan kepada pengguna khususnya pengguna muslim sendiri, tapi yang terlihat di pandangan mata saya adalah Radix. Mungkin suatu masa nanti, InsyaAllah Radix mungkin akan menerima saingan dari jenama lain seperti jenama E-Man, Orang Kampung, dan sebagainya. Cuma apa yang dapat saya berikan kepada pengguna sekalian pada waktu terdekat ini adalah Radix.
PENINGKATAN KUALITI PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Inilah masanya kita memberikan kritikan dan komen-komen bagi membantu jenama-jenama Islam ini meningkat dari segi kualiti dan kuantiti. Tidak terhenti setakat satu dua cawangan sahaja. Tapi harus diingat, kritikan haruslah bersifat membina, bukannya meroboh dan memusnahkan. Itu tabiat orang yang tidak beriman, bukannya akhlak yang dianjurkan dalam Islam.
Buat HPA, tahniah sekali lagi. Walaupun belum berpeluang merasa piza keluaran anda, tapi kualiti Radix FC masih boleh ditingkatkan, sungguhpun sudah berada pada tahap yang baik sekarang ini.
Juga sepatah dua kata buat pengeluar ubat gigi Mukmin. "Silalah tambah fluorida dalam kandungan ubat gigi anda atau anda tidak akan mampu maju ke hadapan."
Have nice alternatives..
Wassalam..
6 comments:
boss, masa gi msoc camp yg baru2 ni, abg abim tu tunjuk video psl fluorida, mengatakan fluorida ni melemahkan tulang dalam jangka masa panjang. ada agenda di sebaliknya. wallahu a'lam.
p/s: masa tu hang dgn karim kena blk bukit jalil jap sblm dtg balik kalau x silap aku
icic...
tp klu boleh, aku nk mtk scientific proof membuktikan benda2 tu. bkn skadar claim saja..
u say things and u bring proof with u, that's make u a muslim..
my thoughts..
thnx..
aku ingat, kamal. Ada orang email aku lagi pasal benda ni.
aspartame? fluoride?
practically everything can be harmful, when taken in excess!!
Like sugar, salt; even water and vitamins. So should we ban sugar and salt to reduce DM and HPT? You decide, doctors & pharmacists.
hehe. i vote for fluoride in toothpaste..
fluoride dlm ubat gigi digalakkan dan amat penting untuk kesihatan gigi anda :).
fluoride dalam air je yang menjadi isu sbb why must ingest fluoride kn?fluoride dlm ubat gigi tu pn dah cukup..when fluoride is ingested excessively,of course akan jadi toxic. and mmg byk rumors kata fluoride dalam main water sources ni la yg ade agenda di sebaliknya..wallahualam..
ada gk staistic negara yg xletak fluoride dlm air mereka pn, kadar kesihatan gigi berada di tahap yang membanggakan berbanding those countries yg fluoridated...
ada yg kata fluoride dlm air will eventually lemahkan otak kita so kita cenderung utk accept ape sahaja yg kita terima drpd 'kuasa besar'..dorg kata water fluoridation is part of 'mind control' agent..wallahualam..
dekat Malaysia lak,kadar fluoridationnya in control(about 0.5-1.0 ppm) tp xtaula sejauh mane in controlnya..
main message is: fluoride is essential in tooth development n caries prevention :D
ooo tq tq semua :D hakim apsal x online? ke invi? hehe
Post a Comment