Assalamualaikum..
Dah lama tak menaip. Mungkin sebab banyak komitmen lain yang rasanya perlu diutamakan terlebih dahulu, ditambah dengan rosaknya PC di rumah.
Sebelum saya teruskan dengan berbicara mengenai perkara yang ingin disampaikan, rasanya elok saya berikan maksud bagi dua perkataan yang dijadikan sebagai sebahagian daripada tajuk entri kali ini.
Imaginasi atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai 'imagination' membawa maksud berikut:
"The formation of a mental image of something that is neither perceived as real nor present to the senses."
Manakala kreativiti (creativity) pula membawa maksud berikut:
"Creativity is the ability to think up and design new inventions, produce works of art, solve problems in new ways, or develop an idea based on an original, novel, or unconventional approach."
Berikut adalah contoh-contoh novel dan animasi yang dihasilkan pada era moden ini. Kesemuanya mempunyai persamaan dari sudut ketinggian imaginasi dan kreativiti penciptanya.
Pendapat saya, imaginasi dan kreativiti memainkan peranan penting dalam proses untuk menghasilkan daya pemikiran yang unik. Seterusnya membolehkan penghasilan karya-karya yang menarik dan bermutu tinggi. Tidak dinafikan banyak karya-karya yang dihasilkan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Saya cukup tertarik dengan animasi 'Geng: Pengembaraan Bermula' , yang pada pendapat saya, satu hasil karya yang cukup menarik dan bermutu tinggi pernah dihasilkan oleh anak Malaysia.
Secara jujurnya, saya memang meminati siri animasi Upin dan Ipin. Pada pendapat saya, siri animasi yang dihasilkan ini adalah yang paling baik kualitinya jika dibandingkan dengan mana-mana animasi yang pernah dihasilkan oleh anak watan Malaysia. Rasanya mereka yang terlibat dengan produksi untuk animasi ini patut diberi penghargaan dan pujian kerana telah berjaya melonjakkan negara kepada suatu tahap yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya. Pun begitu, saya tidak mengatakan penghasilan animasi-animasi lain tidak berkualiti langsung, namun tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan oleh saya.
Animasi ini terhasil kerana gabungan imaginasi dan kreativiti mereka yang terlibat. Bagi saya, kartun ini telah meletakkan Malaysia sebarisan dengan produksi animasi luar negara, walaupun mungkin ramai yang berpendapat bahawa kita masih belum setanding mereka.
Tahniah buat LesCopaque n semua yang turut sama menjayakannya.
Cumanya, saya rasakan, penting untuk kita telitikan tentang beberapa persoalan yang saya rasakan patut sama difikirkan oleh semua umat Islam.
"Adakah Islam membenarkan imaginasi?"
"Apakah Islam membantutkan kreativiti?"
InsyaAllah saya akan memberikan respons setakat yang mampu pada masa hadapan.
p.s: memikirkan ada sesetengah kita mampu membaca novel yang beratus-ratus bahkan beribu-ribu halaman, namun tidak mampu untuk meneliti maksud dan makna alQuran yang diturunkan buat mereka. tak banyak pun halamannya, sekitar 600 muka sahaja...
No comments:
Post a Comment