Sunday, January 31, 2010

pantang sungguh aku!!

Assalamualaikum..

Nampaknya kali ini terpaksa lagi menggunakan kata ganti diri 'aku' kerana hati ini sangat tidak gemar dengan apa yang terjadi. Sangat mendukacitakan. Kuingatkan masalah ini sudah semakin luntur dek dimakan perjalanan masa dan sikap toleransi manusia. Rupanya tidak, sama sekali tidak.

Mengapa harus dilarang ahli-ahli dan anak-anak usrah daripada menghadiri sesuatu program yang insyaAllah berpotensi besar memberi manfaat. Mengapa ada sahaja mulut-mulut lancang yang gemar mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur boikot dan busuk lagi hina, membisikkan kata-kata yang nista memburukkan orang lain? Kenapa?!

Apa salah jika 'aku' dari jemaah PAS ingin hadir program-program anjuran jemaah lain? Apa berdosa 'aku', pendokong JIM ingin menyertai ta'alim umum dari penceramah jemaah lain? Apa haram hukumnya 'aku' dari ABIM ingin menabur jasa membantu Islam dalam memenangi dan memegang tampuk pemerintahan negara? Mungkinkah murka dari Allah menimpa 'aku', penggerak ISMA ingin melihat dan berbakti kepada agama dari sudut kacamata golongan profesional? Nerakakah tempat buat diri 'aku', orang Tabligh ingin mengambil manfaat dari usrah dan liqa?

Sinonim, bilamana ada jemputan untuk ke program-program 'luar', pasti ada mulut-mulut jahat yang menghalang. Kemudian dilampirkan dengan terma-terma 'islamik' yang membunuh seperti ta'addud jamaah, futur, masalah ikhtilat, pertembungan fikrah yang berbeza dan lain-lain lagi. Padaku, sikap beginilah yang menjadi pembunuh utama kepada kebangkitan islam. Mengaku diri nak bangunkan agama tapi tidak cerdik dan kurang waras bila bertindak. Cukup-cukuplah dengan kebodohan lampau, jangan diulang-ulang.

Katanya, "belajar dari sejarah lampau", tapi bertindak masih mengikut salah dan silap orang dulu-dulu. Slogannya, "taubat nasuha, tinggal kesalahan dan tidak dilakukan lagi", tapi sedikit pun tiada usaha ke arah itu. Cukuplah... Sudahlah...

Harap kamu-kamu yang bertindak sebegitu tidak kukenali dan tidak pula kumaklumi tindakan itu. Kalau tidak...

No comments: