Monday, April 5, 2010

kahwin..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah seronok sungguh dapat rehat-rehat di rumah, santai dan lepak. Tak ada tekanan study dan exam. Memang mengasyikkan. Tambah mengujakan apabila ibu dan ayah mula membuka ruang bertanya dan berbicara tentang 'Kahwin'. Senyum sampai ke telingalah jawabnya.


Tapi dalam keadaan inilah timbul konflik antara seorang anak yang mahu menuruti kehendak agamanya, dengan si ibu yang mahukan adat dan kebiasaan dipraktikkan juga. Bicaranya berkisar tentang 'adat bersanding'. Hukum asalnya adalah haram, tapi keharusan diberikan apabila dibatasi syarat-syarat tertentu.



Keharusannya itu perlulah berlandaskan batasan yang ditetapkan oleh syariat Islam, dan sama sekali tidak dilangkaui. Hakikatnya, ramai umat Islam dalam masyarakat Melayu sendiri yang mengambil mudah akan hal ini, dengan alasan 'benda sekali seumur hidup'. Ingatlah, api yang kecil pada batang mancis, andai tidak berhati-hati mengendalikannya akan menatijahkan rumah yang hangus terbakar, dan ia mungkin berlaku hanya sekali seumur hidup.

Sungguh Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Berhati-hatilah membuat kenyataan, dan berwaspadalah melakukan sesuatu perkara. Semoga kita sama-sama berpandukan alQuran dan asSunnah dalam setiap apa yang kita lakukan. Mudah-mudahan beroleh redhaNya, dan redha RasulNya.

Wassalam..

1 comment:

shaa said...

jangan lupa jemput! :)