Assalamualaikum..
Setelah lama tak berceritera berkenaan hal ini, hari ini kukuatkan diri untuk sekali lagi berkongsi pandangan yang terpendam dalam kepala. Topik ini tidaklah sehangat 'kahwin' dan yang sewaktu dengannya. Tapi topik ini mungkin hangat buat mereka yang ghairah dalam mengembangkan Islam di mata dunia.
Oleh sebab aku bukanlah seorang yang berlatar belakangkan pendidikan SMKA/Maahad/dsb, maka tak elok kalau aku terjun dalam menerangkan maksud perkataan 'dakwah' dalam bahasa Arab. Cuma apa yang aku faham, dakwah itu tentu sekali membawa maksud 'memanggil', 'mengajak'. Jika sheikh-sheikh bahasa Arab rasa pemahamanku itu salah, maka silakan tegur diri ini.
Sinonimnya perkataan ini dengan yang golongan yang tergelar 'Ustaz', 'Ustazah', dsb. Seolah-olah dakwah itu hak mereka semata-mata. Tidak boleh dipegang oleh selain dari mereka. Namun lupakah kita (bukan mereka), akan firman Allah :

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)".
Jelas yang amat-amat, bahawasanya dakwah itu hak milik semua. Semua umat Islam.
Dakwah itu sebenarnya luas. Teramat luas jika kita tidak sempitkannya. Masalahnya, kita hanya faham dakwah itu dalam konteks yang amat sempit. Sekadar ajakan kepada pengamalan ibadah khusus. Ajakan kepada solat, ajakan kepada puasa, ajakan kepada zakat dan lain-lain lagi. Apakah itu yang kita maksudkan dakwah? Adakah dakwah itu sekadar semata-mata membincangkan Fiqh dalam ibadah harian seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Tidak! Bahkan dakwah itu lebih luas lagi. Luasnya dakwah kerana luasnya aspek kehidupan (dan kematian) yang dirangkum dalam risalah alQuran.
Dakwah itu meliputi segala aspek hidup kita sedari terbukanya mata dipagi hari hinggalah kembali rapatnya kelopak mata di malam hari. Segala apa yang berlaku dicelahan masa itu, berpotensi menjadi sebahagian daripada dakwah. Dan yang melengkapinya adalah syariat Allah. Andai nyanyian boleh didakwa sebagai salah satu jalan dakwah, maka kehendak Allah dan RasulNya perlu menjadi sandaran agar dakwah itu berjalan hebat dan disukaiNya. Begitu juga dalam perniagaan, pendidikan, penulisan dan karya, seni dan persembahan, politik dan siasah, perkahwinan, pergaulan dan kemasyarakatan, kesihatan dan gaya hidup, dan yang pelbagai lagi. Singkaplah panduan yang telah ditetapkan di sisi Islam, daripada alQuran serta alHadith. Nescaya, kita akan dapat melihat dan meyakini lengkapnya Islam, menyeluruhnya adDeen ini, serta keperluan kita untuk bersikap menyeluruh dalam dakwah.
Malanglah andai kita mensia-siakan peluang umur di dunia, tidak dieksploit dengan sebaik-baiknya. Memang patutlah kiranya manusia, tika berada di Akhirat sana, tetap penuh kegusaran dan penyesalan. Bukan kerana 'tidak Soleh' (ingkar perintah Allah), tapi kerana peluang menambah kekayaan Akhirat dilepaskan begitu sahaja.
Ayuh sahabat-sahabatku, mari kita jalinkan kasih sayang, perkukuhkan ikatan dan simpulan yang mengikat persaudaraan sesama kita. Carilah jalan untuk terus tetap dalam Iman dan Islam. Sama-samalah kita berdoa agar dimatikan dalam redha Allah. Serta beroleh kerehatan tika di alam kubur, dikurniakan rahmat dan kebaikan yang tidak bertepi bila berada di Akhirat nanti, InsyaAllah.
Wassalam.
(Surah A-li 'Imraan 3:110)

No comments:
Post a Comment