Assalamualaikum..
Sungguh islam itu meliputi semuanya, tidak terlepas walau satu pun.
"sesungguhnya solatku, dan ibadahku (urusan harianku), dan hidupku dan matiku hanyalah semata-mata kerana Allah, Pencipta dan Pemelihara seluruh alam semesta"
Ingatlah peringatan dari Allah..
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Marilah kita islamik pada segala-gala dalam kehidupan kita, bukan hanya perkara-perkara yang kita senangi sahaja. Pergunakanlah alQuran dan asSunnah dalam menjalani kehidupan seharian, demi mencapai redha Allah. Sungguh, di situlah kejayaan bakal menjelma.
Tapi apakah islamik itu membawa makna kita menggunakan terma-terma pelik dan asing yang tidak diketahui orang lain? Mungkin ini pedoman mereka..
Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.
Tapi susahlah orang nak dekat kalau semuanya pelik. Bayangkan seorang doktor yang diminta untuk menerangkan penyakit yang dihidapi oleh salah seorang pesakit yang menemuinya.
"Pakcik ni hyperglycaemic, critical level pulak tuh. Hypercholesterolemia lagi nih. Bahaya pakcik. Takut kena acute myocardial infarction nih. Silap hari bulan leh jadi ventricular fibrillation bla..bla..bla..Kena refer untuk lower blood glucose level, antihypertensive treatment, kena amik statin bla..bla..bla..pakcik kena ada high compliance nih pakcik.kalau tak treatment regime tak effective.."
Menarik dan informatif, kan? Mesti orang suka. Ke yang bawah nih better???
"Pakcik ada kencing manis nih, tahap kolesterol pun tinggi. Bahaya pakcik, boleh bawak maut. Apa kata saya cadangkan pakcik dengan ubat untuk rendahkan tahap gula, turunkan paras kolesterol...Pakcik kena ikut jadual ubat-ubat ni ye, insyaAllah sembuh."
Amacam? Mana lagi sesuai?
Begitu jugalah sepatutnya kita rasional segala tindakan kepada mereka yang ingin kita ubati hati mereka, suburkan dengan iman dan taqwa. Mengapa perlu digunakan terma yang pelik-pelik kepada mereka yang baru hendak berjinak dengan islam dan gerakan haraki? Mengapa harus diterapkan dengan idea-idea berat dan tidak setaraf pemikiran mereka?
Sedangkan ulama dan ustaz yang hebat-hebat pun boleh gunakan lafaz-lafaz umum yang mudah difahami bila berceramah, berkuliah di masjid dan tempat-tempat awam, kenapa tidak kita? Kalaulah hendak digunakan juga perkataan-perkataan 'baru' ini, mungkin boleh juga diterangkan maknanya, walaupun orang yang mendengar sudah faham, mudah-mudahan menambah fahamnya.
Wassalam..

(alBaqarah 2:208)

(H.R. Muslim)

3 comments:
Salam.
Maaf nak bertanya tuan penulis,
apa terma asing dan pelik tu?
Boleh bagi contoh? hehe.
salam bro hakim JAMBU..hehe
cth eh.
dlm tabligh ada pkataan spt karkuzari, sabguzari, bayan dsb. jgak penuh dgn pkataan urdu.
dlm tipikal usrah ada pkataan spt tamrin, dn byk pkataan arab.
bg yg x biasa, sama ada depa nk belajaq atau menjauh. ada jgk yg kuarkn statement, "diorg ni mcm org asing, da mcm dok dlm planet lain dr bumi ni. sume bende pelik2"
perkongsian shj..
ayamgoreng~ :D
Post a Comment