Wednesday, May 26, 2010

khas buat mereka yang diuji..




Semoga apa yang diusahakan bertepatan dengan hasilnya kelak, baik di dunia mahu di akhirat..

Best of luck for exam..

Wassalam..

Saturday, May 15, 2010

lupa..

Assalamualaikum..

Teringat satu kata hikmah, "Melayu mudah lupa". Kemudian pokpek pembangkang mengusik dengan mengatakan "bukan Melayu saja, bahkan manusia keseluruhannya memang bersifat pelupa". Dan pasca Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, kata hikmah ini sekali lagi berubah sifat. "Anak muda sudah lupa pada perjuangan kemerdekaan, lupa pada pengorbanan pejuang bangsa dan tanah air."

Haih, macam-macam. Pokoknya sifat lupa. Ya sememangnya lupa itu lumrah yang ada pada setiap diri manusia. Sebab itu perlunya kepada peringatan yang bukannya bersifat 'kadang-kadang' tapi mesti bersifat 'sokmo-sokmo', dan yang terlebih baik adalah berkala secara tetap.

Itulah sebabnya Islam, yang datangnya dari Pencipta yang Maha Mengetahui akan sifat hamba-hambaNya telah mewajibkan peringatan (formal dan berformat) diberi kepada setiap individu MUSLIM sekurang-kurangnya sekali seminggu, melalui Khutbah Jumaat.

Kalau dilihat dalam risalah yang diturunkan kepada ummat akhir zaman ini juga, berunsur peringatan yang bersifat berulang-ulang, dan berkali-kali diulang. Walhal bukankah sekali sahaja pun sudah memadai? Mengapa begitu? Kerana pengulangan yang berkali-kali itu memberi gambaran betapa penekanan tentang peri pentingnya akan apa yang ingin disampaikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

Dan kerana sifat pelupa inilah, Islam menggalakkan ummatnya hidup secara berkelompok dengan sikap kebersamaan yang tinggi, lebih tepat lagi, hidup berjemaah. Oleh sebab itulah masjid dan surau menjadi satu komponen utama yang amat penting dalam kehidupan muslim. Keadaan masjid dan surau di sesebuah perkampungan menjadi gambaran akan hal keadaan penduduknya. Sekiranya masjid dan surau itu hidup dan makmur dengan pelbagai aktiviti tidak hanya terhad kepada solat sahaja, maka secara amnya, masyarakat yang hidup dalam perkampungan tersebut juga aman dan damai. Begitu juga jika sebaliknya.

Apakah pula peringatan yang terbaik?

Sebenarnya semua benda yang boleh menjadi sumber menyedarkan manusia merupakan cabangan yang boleh digunakan untuk dijadikan peringatan, asalkan mereka yang mendengar itu punya hasrat dan keinginan untuk memahami dan mendalaminya. Tapi, jika sebaliknya yang terjadi, buatlah apa saja, pasti ada saja yang tidak kena.

Dan peringatan yang lebih baik adalah memperbanyakkan mengingati Mati.

Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik persediaanya kepada perkara selepas mati, mereka itulah orang yang paling bijak

Perbanyakkanlah mengingati mati, dan buatlah persediaan menghadapinya..

Wassalam.. =)

Friday, May 14, 2010

Konvensyen Gerakan Islam

Assalamualaikum..

Saya telah mendapat jemputan menghadiri Konvensyen Gerakan Islam anjuran bersama Lajnah Dakwah dan Pembela Islam Dewan Pemuda PAS Pusat dan ADUN Cempaka, YB Iskandar Abd Samad.

Program tersebut bertujuan menganalisis kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan-gerakan Islam di serata dunia. Antara jemputan yang dijangka hadir ialah tokoh dari PAS, Ikhwanul Muslimin, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia. Program ini juga bakal disertai oleh tokoh akademik yang mengambil pengkhususan dalam bidang gerakan Islam.

Berikut adalah butiran program tersebut.

Tarikh: 22 Mei 2010
Masa: 08.00 pagi - 03.30 petang
Tempat: D'Palma Hotel, Ampang
Yuran Kemasukan: RM30.00 seorang

Sama-sama kita hadiri dan manfaatkan program ini.

Wassalam..

Wednesday, May 12, 2010

jaga aurat..

Assalamualaikum...

Memang semua kita tahu menutup aurat itu wajib. Tapi ramai yang kurang faham apa maknanya aurat itu, dan apa yang perlu dan mesti bagi seorang yang mengaku sebagai muslim lakukan bagi memelihara auratnya.

Ada sekali tu, pi jalan-jalan kat satu kawasan perumahan, yang berdekatan dengan sebuah institut pengajian tinggi yang terkemuka di Malaysia. Tiba di satu lorong, tergamam seketika melihat sebuah rumah yang pagar dawainya dihiasi dengan belasan, mungkin juga puluhan pakaian dalam yang dijemur.

sekadar gambar hiasan

Aduh, tak manis sungguh. Dan yang pasti, manusia yang melakukan perkara itu adalah Melayu Muslim.

Mungkin kita tak sedar atau tak tahu, tapi melalui pakaian; walaupun tak berada di badan tuannya, dapat membangkit nafsu sesetengah manusia, yang lazimnya bernafsu liar.

gambar hiasan lagi satu

Kalau dilihat gambar atas ni, memang rasa kurang selesa dan tak senang duduk. Bukan apa, takut2 nanti berlaku benda-benda tak elok, sendiri jugak yang susah.

Mungkin ada yang kata, "takkan nak sidai kat dalam rumah, lambat nak kering lah. "

"Biarlah lambat kering, asalkan tidak menjadi punca fitnah-fitnah ke atas ummat islam itu sendiri."

Kalau boleh adakanlah satu sudut untuk jemur pakaian dalam, baik lelaki baik perempuan, sedikit tersembunyi dari pandangan awam. Jaga aurat, jaga maruah..

p/s: di MRSM Taiping dulu, pakaian dalam muslimah selalu kena kebas. tapi tak pula pakaian lelaki dicuri. yang peliknya, pencurinya ialah monyet dan beruk, bukannya manusia..
--> kat dalam bandar, tak ada monyet dan beruk tapi ada 'monyet' dan 'beruk'.

Wassalam...

tak perasan..

Assalamualaikum..

Malaysia sekarang panas, dek tibanya musim kemarau dan juga panas dengan isu-isu semasa, termasuklah juga bahang politk negara.


Satu lagi isu panas melibatkan gejala zina, mengandung anak tidak sah taraf, dan isu buang bayi merata-rata tempat. Juga satu lagi isu, 'tak perasan..'

Bila dibaca petikan akhbar yang menceritakan tentang kes-kes hamil luar nikah ini, seringkali saya dapati unsur-unsur saksi tidak perasaan atau tidak sedar bahawa 'si ibu' itu mengandung. Pernah saya baca kenyataan lisan saksi seperti "dia pandai rahsiakan dengan memakai jubah longgar dan labuh", "badan dia memang besar, jadi tak dapat nak bezakan dia mengandung atau tidak".

Eh, cuba tengok balik dua gambar di atas, takkan tak boleh kesan langsung perbezaan? Mungkin dalam sesetengah kes, diakui memang amat sukar untuk dibezakan. Tapi atas alasan berbaju longgar dan labuh amatlah tidak konkrit. Takkanlah sepanjang-panjang siang dan malam kekal dalam baju labuh itu saja? Takkanlah malamnya tetap berjubah tidurnya?

Mungkin benar tak dapat bezakan. Tapi kalau sebaliknya, apa sebab yang membawa kepada menyembunyikan perkara tersebut?

Tapi, yang terlebih-lebih penting adalah bijakkan diri anda jauhkan kebinasaan. Kawal diri, jaga hati. Pelihara maruah serta jauhi zina.

Anda hebat dengan Islam!

Wassalam.. =

Friday, May 7, 2010

Satu Peringatan

Assalamualaikum

Di sini ada satu lagi lagu dendangan kumpulan yang bernaung di bawah jemaah al-arqam. Mari sama hayati mesej yang disampaikan.

Diwani - Satu Peringatan

Monday, May 3, 2010

di mana?

Assalamualaikum..

Kalau dilihat kembali pada entri-entri yang lepas, saya ada menjanjikan banyak perkara untuk dikongsikan bersama. Antaranya perkongsian tentang penghayatan isi alQuran dan Hadis, penulisan tentang ilmu kesihatan dan perubatan, ulangkaji isu Fiqh harian, dan juga ulasan peribadi mengenai KOBANNA. Rasanya banyak lagi yang belum tertunai.

InsyaAllah akan saya usahakan seberapa mampu untuk menunaikan segala janji, namun setiap sesuatu yang ingin ditulis ini bukanlah perkara peribadi, yang valid hanya dengan persetujuan diri sendiri. Tapi hampir semua perkara ini memerlukan mutual agreement daripada lebih dari seorang bagi mengesahkan statusnya.

Sama-sama kita doakan agar laman blog ini akan terus relevan sebagai medium dakwah yang berkualiti. Andaikata saya merasakan blog ini bukan lagi bentuk yang terbaik dalam menjalankan kerja sebagai seorang muslim, maka pasti akan ditamatkan penulisannya, serta dihapuskan dari alam maya yang serba canggih ini.

Sungguh Allah itu maha mengetahui akan segala sesuatu.

Wassalam..