assalamualaikum..
Hari ini hati terasa teringin nak membicarakan perihal percintaan di alam remaja. Sebagai seseorang yang sedang menempuh alam translasi dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Menjadi fitrah ketika ini kematangan diri mula ditarbiyah. Nafsu syahwat mula berkembang, pandangan mata mula tertarik kepada keayuan wanita. Diri mula merasa jatuh cinta dan sebagainya. Norma kehidupan sebegini mula merebak dalam diri saya dan sahabat-sahabat yang sebaya diri. Diri ini mengaku akan kelemahan diri sendiri pada kelembutan akhlak wanita-wanita solehah. Namun begitu, perbicaraanku ini bukanlah mengungkap rahsia cinta diri tetapi lebih kepada pendapat peribadi mengenai percintaan.
Seringkali saya menerima 'fowarded emails' yang menyentuh tentang cinta yang sejati. Tertarik diri ini untuk menyentuh tentang satu emel yang mengatakan bahawa cinta itu tidak boleh bersebab.
Cinta kerana kecantikan; pabila kecantikan pudar, tujuan percintaan sudah tiada maka tidak boleh bercinta.
Cinta kerana kemerduan suara; pabila suara tidak lagi merdu, semestinya tidak ada makna untuk bercinta.
Cinta kerana kekayaaan harta; habis harta benda, tiada lagi kebahagiaan dalam perhubungan.
Cinta kerana kepetahan berkata-kata; takdir menjadi bisu, tidak boleh lagi berkasih sayang.
Mungkin rasional jika saya selitkan maksud sabdaan Rasulullah (peace be upon him) mengenai kriteria wanita yang boleh dipilih menjadi isteri. Sememangnya hadith ini sangat popular terutama di kalangan muda-mudi yang mula mempunyai perasaan ingin berkahwin dan berumah tangga.
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Melalui sabdaan Baginda, tentu ramai yang faham bahawa perkahwinan dan pemilihan isteri/suami sebaik-baiknya berdasarkan agamanya, disamping harta kekayaan, dari keturunan yang baik dan serta kerana kecantikan/kekemasan dirinya. Dan pada pandangan peribadi saya, hubungan percintaan yang baik adalah semata-mata kerana Allah selaras dengan konsep keyakinan dan keimanan bahawa Dialah Penentu dan Penetap Taqdir yang terbaik. Apabila dua insan bercinta kerana Allah, maka setiap ketentuan Allah ke atas masa depan perhubungan tersebut akan diredhai dan dapat diterima oleh diri masing-masing. Apabila jodoh sememangnya tertetap di antara mereka berdua, maka konsep syukur akan hadir dalam diri mereka. Namun, apabila jodoh bukan sesama mereka, maka konsep redha dan sabar menjelma di lubuk hati mereka.
Bagi orang yang tidak beriman, mungkin dirinya tidak dapat menerima ketentuan Allah, seterusnya mengambil tindakan yang tidak bertepatan dengan kehendak Allah seperti menyeksa diri dengan tidak makan dan minum atau lebih drastik lagi, putus asa lalu membunuh diri. Pada masa yang sama, jika ujian ini ditimpa kepada golongan Mukmin, boleh jadi juga hadir rasa sedih dan kecewa, namun bagi mereka, segala cubaan yang datang dianggap cabaran dan dugaan Allah semata-mata untuk mendekatkan mereka padaNya.
Sekali lagi ingin saya jelaskan pandangan diri bahawa cinta itu perlu bersebab, dan antara sebab-sebab tersebut, terdapat 'ultimate reason' untuk bercinta iaitu semata-mata kerana Allah, kerana ingin dekat padaNya, kerana dambakan rahmat pengampunanNya. Namun begitu, coretan saya ini tidak bermaksud saya menghalalkan percintaan di antara dua insan berlainan jantina di luar alam perkahwinan. Tujuan saya menukilkan pendapat-pendapat ini semata-mata untuk mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat, pembaca budiman tentang pentingnya kita bercinta kerana Allah. Selanjutnya, apabila kita membuat keputusan untuk berumah tangga, dapat kita betulkan niat masing-masing agar perkahwinan kita akan tergolong dalam amalan-amalan soleh serta menjadi pemberat kepada timbangan kebaikan di Akhirat kelak.
Sebelum mengakhiri tulisan ini, sekali lagi saya berpesan pada diri sendiri agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan redhaNya, berusaha memperbaiki diri sendiri dan terus kekal dalam menambahkan kebaikan diri serta meninggalkan segala kebatilan dan keburukan diri sendiri. Semoga kita sama-sama dapat mengecap rahmat keampunanNya dan beroleh redhaNya di dunia dan Akhirat, insyaAllah.
wassalam.
Sunday, June 29, 2008
Friday, June 27, 2008
Kelab Penyokong Islam
assalamualaikum.
Beberapa hari lepas, Mursyidul Am PAS, Tn Guru Haji Nik Abdul Aziz telah menyuarakan pendapatnya tentang pentingnya pemuda-pemuda membuat satu gerakan dakwah Islami secara besar-besaran. Pada ucapannya tersebut, beliau memberi saranan supaya Kelab Penyokong Islam ditubuhkan oleh golongan ini. Menurutnya lagi, tujuan kelab ini adalah untuk mengadakan perbincangan secara ilmiah di antara cendekiawan Islam dengan golongan bukan Islam di Malaysia. Perbincangan yang diadakan perlulah memberi penerangan yang jelas mengenai Islam dan kebenarannya kepada golongan bukan Islam. Justeru itu juga, ilmu perlu disemai di dalam diri supaya dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan seraya membetulkan salah faham terhadap Islam.
Pada pendapat saya, langkah ini perlu dan bijak kerana dapat dilihat bahawa golongan bukan Islam di Malaysia telah menganggap agama Islam milik orang melayu semata-mata. Padahal Islam bukanlah satu agama perkauman, sebaliknya agama persaudaraan yang menyatu-padukan. Kalau diungkap sejarah perjalanan dakwah Rasulullah sendiri telah membuktikan perkara ini. Asbab usaha dakwah Baginda, lahir tokoh-tokoh Islam dari seluruh pelusuk dunia termasuk Bilal Al-Habsyi, Salman Al-Farsi dan ramai lagi. Atas nama Islam semangat 'assobiyah' yang terkenal pada kabilah-kabilah Arab pada ketika itu dapat diruntuhkan.
Selain itu juga, langkah ini dilihat sebagai penting bagi membetulkan salah faham yang nyata di kalangan golongan bukan Islam. Sebagai contoh, saya nukilkan satu pengalaman bersama rakan-rakan 'non-muslim' di IMU. Salah seorang kenalan saya telah mengatakan pendapatnya mengenai orang melayu yang memakai tudung dan 'kopiah'. Baginya perempuan yang belum bertudung belum mengerjakan haji tetapi sekiranya perempuan tersebut telah memakai tudung, maka dia telah ke Baitullah dan bergelar 'Hajjah'. Begitu juga dengan lelaki yang memakai 'kopiah' digelar 'Haji' dan sebaliknya bagi yang tidak memakainya. Apabila ditanya mengapa dia berpendapat sedemikian, dia telah mengatakan bahawa cikgunya tidak memakai tudung tetapi apabila pulang dari mengerjakan haji, cikgunya telah tetap dalam pemakaian tudung. Bukan niat saya untuk memperkecilkan niat sesiapa untuk bertudung setelah menunaikan haji, tetapi dapat dilihat begitu banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh media massa, membuktikan orang-orang melayu bertudung hanya setelah pulang dari mengerjakan haji. Sebak juga hati mendengar penjelasan rakan saya tersebut. Setelah saya menjelaskan perkara sebenar, dia seolah-olah tidak dapat menerimanya. Namun, akhirnya dia mula menerima hakikat sebenar.
Bagi saya, perkara ini terjadi kerana sikap orang-orang melayu sendiri yang tidak gemar berkongsi dan bersikap terbuka dalam membincangkan perkara berkaitan Islam, sebaliknya lebih senang menyembunyikannya di kalangan diri sendiri. Ini jelas bertentangan dengan sabdaan Baginda yang bermaksud
"Sampaikan dariku walau satu ayat.."
Pada hemat saya, 'non-muslims' ingin mengetahui tentang keindahan Islam berdasarkan pengalaman berada di IMU. Apabila ada persoalan tentang Islam diajukan kepada saya, ramai yang akan mengambil peluang untuk mendengar dan memahami sendiri. Apa yang saya kesalkan adalah sikap menganggap pembicaraan tentang Islam secara terbuka itu tidak sesuai kerana melibatkan isu sensitif. Memang ia adalah isu sensitif tetapi dalam menyampaikan kebenaran, langkah ini saya rasakan penting kerana dapat memberi gambaran sebenar tentang Islam.
Hari ini ummat Islam marah, bengang, 'tensen' apabila ada lukisan, video dan artikel-artikel yang berunsur menghina Islam dan kemuliaanya. Apabila perkara ini terjadi, maka berentetanlah demonstrasi jalanan, penyerahan memorandum bantahan dan sebagainya. Memang ini penting kerana dapat mengingatkan golongan tersebut bahana memperolok-olokkan Islam. Namun, tidak ramai yang ingin mengkaji punca terjadinya perkara ini. Bagi saya, ia terjadi kerana sikap ummat Islam sendiri yang rata-rata seperti mempermainkan agama sendiri. Bila ditanya apa agama mereka, dijawabnya Islam. Namun akhlak dan sifat mereka sendiri telah menggambarkan betapa mereka sendiri tidak sensitif terhadap Islam. Minum arak, mengamalkan riba' dan seks bebas, meringan-ringankan solah dan tidak berpuasa, tatacara berpakaian yang tidak melambangkan perbezaan Islam dan bukan Islam dan sebagainya. Ini antara perbuatan yang mula dianggap biasa di kalangan ummat Islam masa kini khususnya di Malaysia. Maka tidak hairanlah jika mereka bertindak menerbitkan lukisan dan video tersebut.
Bukan juga niat saya untuk memburuk-burukkan sesiapa, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab sendiri seterusnya bertindak memperkasakan diri kita. Pada masa yang sama dakwah perlu dijalankan agar keadaan seluruh masyarakat sejagat dapat diperbaiki sekaligus mendekatkan diri pada nikmat-nikmat dan keampunan Allah.
Mungkin inilah salah saya dan sebahagian besar umat Islam khususnya di Malaysia. Rasanya ini adalah masa terbaik untuk kita memperbaiki kesalahan diri sendiri dan berusaha memperbaiki keadaan ummat sejagat. Secara logiknya memang mustahil untuk mengubah dunia secara drastik, tapi keadaan ini tidak menjadi mustahil jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa kepadaNya. Asalkan segala usaha telah kita jalankan dengan bersungguh-sungguh berserta dengan keyakinan pada Allah, insyaAllah segala yang kita usahakan akan membuahkan hasil.
Rasanya setakat ini nukilan untuk kali ini. Yang baik kita jadikan pedoman dan teladan, yang buruk kita jadikan pedoman, bertaubat atas kesalahan sendiri dan berusaha memperbaikinya. S
Wassalam..

Friday, June 6, 2008
Kemuliaan Islam yang menghilang
assalamualaikum..
Semalam, semasa sedang berada dalam lif untuk ke surau, saya telah terserempak dengan seorang warga Tanzania yang mengaku sebagai seorang Muslim dan memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad. Dia telah memberi salam dan kami berbual ringkas dalam lif tersebut. Sebelum mengakhiri perbualan saya sempat bertanya populasi Muslim di negaranya. Menurutnya, terdapat banyak orang Islam di sana namun dia tidak suka kepada orang-orang Islam kerana terlalu banyak menimbulkan masalah. Malahan dia mengaku bahawa dirinya juga sering membawa masalah kepada masyarakat dan telah membuat kesimpulan kebanyakan pemuda Islam di serata dunia seringkali mendatangkan masalah. Bagi dirinya, menjadi seorang Muslim tidak dapat mendatangkan kemuliaan pada dirinya bahkan satu kehinaan yang teramat sangat. Ini jelas terpapar pada wajahnya yang menunjukkan riak tegas dan yakin dengan apa yang diperkatakannya sendiri.
Saya agak tergamam dan tidak dapat meneruskan perbualan setelah mendengar pendapat tersebut kerana kebanyakan orang Islam yang saya temui tidak pernah sama sekali mengeluarkan pendapat yang sangat mendukacitakan. Entah apa yang membuatkan dia terfikir sedemikian, namun perlu juga saya dan pembaca sekalian melapangkan dada dan meluaskan pemikiran agar dapat mencari punca keadaan ini sekaligus merancang tindakan supaya dapat memperbaikinya.
Pada hemat saya, perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah sikap segelintir pemuda-pemuda Islam sendiri yang sememangnya gemar menimbulkan huru hara. Mereka bagaikan tidak ambil peduli akan hal masyarakat sekeliling sehingga sanggup melakukan pelbagai perkara yang diluar batasan manusia. Contoh yang jelas dapat dilihat oleh saya ialah keadaan 'mat rempit' yang bertindak liar di serata pelusuk negara. Hampir semuanya golongan remaja yang mengaku diri sebagai seorang Melayu yang beragama Islam. Perkara berkenaan dengan gejala ini seringkali dikupas oleh banyak pihak termasuk pihak kerajaan dan media massa hari ini. Rasanya kurang ideal untuk dikupas dengan lebih mendalam.
Berbalik kepada perbincangan tadi, teringat saya akan satu sabdaan Baginda Rasulullah (p.b.u.h) yang bermaksud:
" Apabila umatku mengagungkan dunia, maka dicabutlah kehebatan islam darinya dan apabila meninggalkan amar ma'ruf nahi mungkar, maka terdindinglah keberkahan wahyu..

(Riwayat tarmizi)
wassalamualaikum..
Mungkin ini juga menjadi faktor hilangnya rasa mulia berada dalam sinaran Islam yang suci indah lagi membawa ketenangan. Penyakit cintakan dan mengagungkan dunia yang hanya mainan dan tipu daya. Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanaman mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akherat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah dan keridhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
Semoga Allah melindungi kita semua daripada bencana yang amat pedih ini. Dengan menyelitkan ayat ini, tidaklah saya membawa seruan untuk kita mengabaikan kehidupan sendiri dan tidak memanfaatkan nikmat Allah di dunia, namun perlulah disemai di dalam hati bahawa kehidupan dunia ini adalah persinggahan sementara bagi sebuah pengembaraan yang yang sangat panjang menuju ke destinasi Akhirat. Akhir kalam, semoga kita sama-sama terus berada di bawah lembayung rahmat keteguhan Iman dan kemanisan ibadah kepadaNya.

(al-Hadiid 17:20)

Tujuanku..
Assalamualaikum..
Di sini saya ingin menjelaskan tujuan saya menghasilkan blog ini walaupun pada hakikatnya saya kurang berminat dalam bidang penulisan. Namun begitu dalam keadaan yang semakin mendesak rasanya ada baiknya jika saya lafazkan perkara-perkara yang terpendam di lubuk hati demi untuk manfaat semua. Blog ini dihasilkan umumnya untuk berkongsi buah fikiran tentang keadaan ummat Islam sejagat dan terdapat pengkhususan kepada keadaan muslimin di dalam Malaysia. Akan tetapi, insyaAllah saya juga akan menyelitkan beberapa 'post' tentang perkara yang bukan berasaskan perbincangan utama malahan perbincangan-perbincangan semasa yang umum.
Harapan saya agar hasil penulisan saya akan diteliti dan sebarang perkongsian maklumat, pandangan dan teguran dapat diberikan dari masa ke masa demi kebaikan ummat. Semoga usaha saya yang kecil ini sedikit sebanyak dapat memperbaiki minda saya dan pembaca sekalian. Seterusnya saya menyeru semua agar sama-sama kita membuat perancangan untuk memperbaiki keadaan diri sendiri dan ummat sejagat.
Wassalamualaikum warahmatullah..

Subscribe to:
Posts (Atom)