Friday, March 19, 2010

mari menjawab soalan..

Assalamualaikum..

Saya ada beberapa soalan dan persoalan yang ingin dikemukakan kepada semua Muslim. Soalannya mudah, ringkas dan 'straight-forward'.

Kenapa anda seorang yang beragama Islam? Apa yang buatkan anda fikir Islam agama yang terbaik? Apa bagusnya Islam berbanding agama lain?

Andai ada jawapan, boleh kita kongsikan bersama? Jangan disimpan di hati ya, kerana Islam itu milik semua insan. Kasihan mereka yang salah faham dan tidak faham tentang Islam. Apatah lagi mereka yang langsung tidak pernah mengetahu tentang Islam. Kan? Kan?

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
(al Baqarah 2:159)

Jadi jom kita kongsikan buah fikir dan pendapat masing-masing. Tak salah mengutarakan pendapat, walaupun pendapat itu kita rasakan seperti kecil dan tidak signifikan, tapi mungkin tidak pada orang lain.

Wassalam =)

2 comments:

Hakim J said...

saya berfikiran Islam itu 'cara hidup' yang aman - seperti asal namanya: Salam. Saya sudah cuba memahami Al-Quran, dan setakat ini masih yakin dengan kebenaran kandungannya. Tetapi saya masih lagi perlu mendalami isi kandungan Al-Quran supaya dapat hidup aman dan damai - di dunia dan akhirat.

Tidak seperti mana-mana 'agama', Al-Quran mengajar hidup bertoleransi; dan larangan menyekutukan Pencipta Alam Semesta, dengan mengambil mana-mana manusia atau objek sebagai sembahan (seperti mana-mana 'agama'); dan ia berlandaskan prinsip pemikiran saintifik.\

Semoga kita terus terbuka untuk berfikir mendalam tentang kejadian, dan dengan pemikiran terbuka itu kita dipimpin ke jalan yang benar.

bigGreD said...

bravo ar hakim..

hehehehe..smoga kita yakin dgn islam dan terus dok dlm islam..