Wednesday, March 3, 2010

pakej menarik..

Assalamualaikum..

Kita biasa melihat dan mendengar promosi yang dibuat oleh banyak pihak, bagi menarik perhatian pelanggan serta memikat hati mereka untuk melanggan. Trend promosi masa kini adalah dengan memberikan jualan dan perkhidmatan dalam bentuk pakej yang disertakan dengan tambahan barangan atau faedah yang lazimnya memukau.

Perkhidmatan internet kini mula memberi pakej-pakej seperti modem percuma, yuran pendaftaran percuma dan sebagainya.

Penjual perabot pula memberi pakej seperti belian perabot set bilik tidur, set dapur dan sebagainya pada harga yang jauh lebih murah, juga didatangi dengan pakej pembayaran ansuran bulanan yang lazimnya memikat.

Perkhidmatan tuisyen pula menabur janji menyediakan lebih banyak latihan intensif dan imbuhan kepada pelajar-pelajar yang berjaya untuk sukses dalam peperiksaan masing-masing.

Tapi kini, ada satu lagi pihak yang memberi pakej dalam 'perkhidmatan ' mereka.

PENJENAYAH

Mereka menyediakan pakej pecah rumah, rogol, belasah dan merompak serta melarikan barangan berharga dan wang yang memang bukan milik mereka. Bahkan ada yang turut disertakan dengan tawaran 'bunuh sampai mati' kepada 'pelanggan' mereka.

Amacam? Tertarik dengan tawaran mereka?

Fikir-fikirkanlah. Jangan dituding sesiapa dahulu. Muhasabah diri dan bertindaklah memperbaikinya.

Ayuh kembalikan keamanan sejagat dengan mengembalikan Islam dalam hati ummatnya, agar Islam hebat pada pandangan orang lain serta memacu kebaikan kepada semua.

Wassalam..

No comments: