Friday, July 31, 2009

money..money..money

Assalamualaikum..

Semalam, terpampang berita yang mengatakan bahawa kerajaan pimpinan DS Najib telah melancarkan Amanah Saham 1Malaysia. Siap dengan pengumuman 50,000 pelajar IPT yang bakal memulakan sesi pembelajaran pada tahun ini akan diberikan 100 unit pertama. Ni yang buat aku dengki. Haih, mengapa mereka sahaja yang dapat?

Kalau masuk laman-laman web pembangkang, pasti ada yang akan menghentam dengan mengatakan DS Najib nak pancing undi bagi PRU13, kerana rata-rata yang bakal memasuki alam IPT pada tahun ini layak mengundi pada PRU13 kelak. Dah boleh agak la 'sentiment attack' terhadap PM kita nih.

Namun, dalam keghairahan untuk melabur, terasa sangsi dengan status AS1M. Bukan berniat untuk mengutuk, namun disebabkan kelalaian dalam selidik aspek syariah pada produk-produk terdahulu seperti ASM, ASB, ASN dan sebagainya, yang memperlihatkan kelemahan pihak PNB dan mana-mana pihak yang terlibat meneliti pengaliran modal yang terlabur dalam pasaran saham nasional itu. Sebelum ini, ramai di kalangan intelektual Islam di Malaysia mengeluarkan pandangan yang bercanggah dengan fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan pelaburan dalam skim saham dibawah naungan PNB. UZAR telah pun memberikan penjelasan mengenai pendiriannya bahawa pelaburan-pelaburan ini tetap tidak menepati kehendak Islam.
(lihat Tak Puas Hati Isu ASB, Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa)

Namun begitu, ramai di kalangan Melayu Muslim di Malaysia yang bertindak menghentam para ilmuan Islam ini dengan beranggapan kekolotan dalam pemikiran (menuduh cendekiawan Islam sebagai kolot) tidak membawa kepada kemajuan kepada masyarakat Melayu Islam. Betapa bodoh cara pemikiran yang terpengaruh dengan perang saraf oleh pihak liberalis dan orientalis. (Akan saya poskan tulisan mengenai sikap bodoh Muslim Malaysia yang gemar menyanggah ilmuan dan ulama yang ikhlas)

Sedang Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..."
(Bukhari dan Muslim).

Ingat!! Ini sabdaan Baginda yang mulia bermaksud:

“ Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)”

Maka apa lagi yang hendak kita pertahankan? Fahamkanlah Islam dengan ilmu yang berlandaskan nas alQuran dan asSunnah yang shahih, bukan semberono buta tuli mencangkul lubang ular.

Mengenai pelaburan, saranan saya bersusahlah sedikit untuk mencari yang lebih baik, kerana di situ letaknya barakah. Sememangnya saya pun berminat melabur, mendapat perolehan harta yang dapat membantu keluarga. Tapi tidak akan Islam kukorbankan kerana untung dunia yang sedikit dan sementara.

Banyak lagi skim pelaburan yang disahkan halal oleh panel shari'ah. Mengapa masih hendak dipilih perkara yang bercanggah dengan Islam? Sudah-sudahlah dengan sikap bongkak dan bodoh itu. Cukuplah dengan melabel pejuang-pejuang Islam sebagai 'munafik yang mengeksploit agama untuk kepentingan diri'. Sedang mereka menegakkan Islam yang semakin jauh dari masyarakat. Hargailah mereka ketika masih ada dalam membetulkan kita yang tersalah, jangan dibalas dengan lontaran batu dan minuman beracun. Nanti bila Islam terus ditekan oleh musuh-musuhnya, baru kita cari-cari mereka, pinta bantuan yang rasanya tika itu tidak bermakna lagi.

Wassalam..

Tuesday, July 28, 2009

nisfu syaaban..

Assalamualaikum..

Salam perjuangan, salam 1Malaysia dan salam menyambut Ramadhan...

InsyaAllah pertengahan bulan Syaaban adalah pada hari Rabu malam Khamis, 5 Ogos 2009. Pada malam itu, insyaAllah ramai antara kita akan mengadakan bacaan YaaSiin, bermunajat serta membaca doa-doa yang dikhususkan sempena nisfu Syaaban.

Pada firasat saya yang dhaif ini, nisfu Syaaban yang terkenal di Malaysia sebenarnya menjadi punca peringatan kepada yang lupa, bahawa sesungguhnya satu bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak akan menjelang tiba. Ini kerana, budaya kita di Malaysia kurang memberi penekanan terhadap tarikh Hijri, disebabkan oleh penggunaan kalendar Masihi secara meluas di serata tanah air kita.

Jadi, kepada yang masih belum menggantikan puasa, silalah berbuat sedemikian secepat yang mungkin. Yang kurang ketahanan untuk berpuasa, latihlah diri anda untuk berpuasa. Mudah-mudahan kita mampu mengharung Ramadhan pada kali ini dengan lebih baik berbanding yang sebelumnya dan insyaAllah kita beroleh ketaqwaan hasil latihan Ramadhan.

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”
(al-Baqarah 2:183)

Wassalam..

Sunday, July 26, 2009

belum puasa dah nak raya...

assalamualaikum..

Semalam kutelefon ummi yang berada nun jauh di utara semenanjung tanah air. Khabarnya, tahun ini ummi akan kembali menerima tempahan kuih raya secara besar-besaran seperti mana lazimnya beliau terima setiap kali musim aidilfitri dan aidiladha menjelang tiba.

Memandangkan tahun ini, aku akan berada di rumah sepenuhnya pada bulan ramadhan, maka rasanya terpanggil untuk diriku mempromosi kuih jualan ummi. Tahun ini, insyaAllah lapan jenis kuih akan dibuat. Kuih Tart Gulung Nenas, Tart Ros, Almond London, Biskut Gajus, Biskut Makmur, Biskut Puteri Ayu, Biskut Oat dan Biskut Kuaci. Gambar masih belum ada memandangkan aku tidak berada di rumah. InsyaAllah, akan kumuat-naik ke dalam laman ini setelah kuberada dirumah kelak. Harga bagi setiap jenis biskut pun masih belum ditentukan, dan hanya akan ditetapkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak.

Haaaa.... Ingin membuat pertanyaan? Ingin menempah? Anda boleh hubungi saya melalui emel, biggred87@gmail.com. InsyaAllah pertanyaan anda akan dilayan dengan semesra dan secepat mungkin.

Wassalam..

Saturday, July 25, 2009

rasa kehambaan memuncak..

Assalamualaikum.

Entri kali ini akan membicarakan tentang rasa hati ini apabila saya menyemak kembali level iman kendiri dan tahap rasa kehambaan yang ada.

Barangkali pangkat sebagai presiden Muslim Society sedikit sebanyak menyebabkan keegoan diri bertambah, diri merasa lebih hebat dan tinggi daripada orang lain. Hakikatnya, kemuliaan seseorang itu pada sisi Allah swt, hanyalah menerusi Iman dan Taqwanya pada Sang Pencipta. Rasanya ujian 'pangkat' itu telah pun saya rasai. Sebagai pemimpin tertinggi, saya lebih gemar bersifat autokratik dalam membuat keputusan, walaupun keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan dalam mesyuarat. Saya akui, yang saya merasa hebat dan gah pada pandangan mata orang lain.

Hari ini, Allah mengajar saya erti kelemahan diri. Allah tunjukkan dan sedarkan diri ini, bahawasanya tidaklah berkuasa sesuatu itu melainkan dengan keizinan dan kehendak Allah swt. Aktiviti mendaki Bukit Tabur, berdekatan Taman Melawati mengukuhkan rasa ini. Lemahnya rasa diri. Tidak ada upaya, apabila berada di puncak, rasa kerdil menguasai diri. Takut, gayat, lemah semangat dan sebagainya. Saat itu, hati ini disentak dengan satu bentuk teguran buat diri. "Sekuat manapun sesuatu yang bergelar makhluk, PASTI LEMAH AKAN IA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ALLAH.. " Oh, bergetar hati. Sungguh Allah itu berkuasa ke atas diriku.

Ya Allah, tidak ada daya dan upaya pada diri hambaMu ini, melainkan apa yang Engkau kurniakan kekuatan dan keupayaan atas diriku, dan Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Ampuni dosa-dosaku, kuatkanlah Imanku, moga kuberoleh pengampunan dan rahmah dariMu.

Wassalam..

Thursday, July 23, 2009

bila ia sudah berlalu..

Assalamualaikum...

hari ini, atau pada pagi khamis 13 Ogos 2009, telah berlalu EOS 4. Alhamdulillah berjaya juga kuharungi walaupun terpaksa menempuh banyak dugaan. tapi kuharap ia bakal menjadi suatu kenangan yang memberi pengajaran.

Peralihan Kuasa IMU Muslim Society
Telah berlalu tempoh perkhidmatanku secara rasmi dalam salah satu daripada banyak persatuan yang tertubuh di IMU. Sebagai presiden, begitu banyak kelemahanku. Aku akui terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki. Harapanku agar barisan kepimpinan yang baru dapat memberi khidmat yang terbaik dan akan berterusan hingga akhir hayat.

Berakhirnya penderaan akademik
End of Semester 4 exam kali ini lebih mencabar, akibat kelalaian diriku yang terbiasa dengan kemalasan untuk menelaah pelajaran akhirnya memakan diri. Secara keseluruhannya, aku dapat rasakan inilah yang paling teruk pernah kuhadapi. InsyaAllah akan kuusaha baikinya pada masa hadapan.

Permulaan baru
InsyaAllah akan kubuka lembaran baru bagi mengisi kekecewaan, kegusaran serta kegelisahan hati. Akan kupaksa diri ini menjadi seseorang yang tidak lagi menjadi mangsa tipu daya dunia. Akan kurelakan agama menjadi pemilikku, menggunakan daku sepenuhnya bagi meningkatkan martabat hidupku ini.

Perancangan masa depan
Kekecewaan kurasakan. Kini perlu kucari bagaimana menebusnya. Kuperlu beritahu keluarga. Kuharus menjelaskannya kepada mereka. InsyaAllah semuanya bakal menjadi suatu kebahagiaan buat mereka. Kemudian kan kuperhebatkan diri ini dengan ilmu, perbanyakkan diri ini dengan amal soleh, persibukkan diri ini dengan dakwah, percantikkan perilakuku dengan akhlak. Kuharus terus melangkah ke depan. Mendongak ke langit sambil menadah tangan, merayu padaNya agar ditetapkan iman.

wassalam...

Wednesday, July 22, 2009

pengubahsuaian blog

assalamualaikum..

blog saya mengalami perubahan besar, menjadi lebih tenang dan ceria, dipenuhi kegelapan yang dihiasi dengan keputihan huruf-huruf.

semoga pembaca sekalian berpuas hati dan gembira dengan perubahan ini.

TOWARDS GENERATION OF KNOWLEDGE AND VISION

Rahimi bin Mohd Ariff
Mantan Presiden
IMU Muslim Society2008/09

Monday, July 20, 2009

Menghayati al-Quran... (episod satu)

Assalamualaikum

Setinggi-tinggi pujian yang selayaknya bagi Allah, pencipta dan pemelihara alam serta segala isi-isinya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad saw. Juga bagi sahabat-sahabatnya, serta para pengikutnya yang setia dan terus menerus berjuang demi menegakkan kebenaran (hak) serta meruntuhkan yang batil.

Kali ini saya ingin membawa para pembaca sekalian untuk merenung dan meneliti suatu aspek yang saya kira amat penting, selepas Iman (aqidah tauhid yang utuh) serta Solat (tiang penguat agama). Perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan alQuran.

Saya kira pada kerangka usia awal dua puluhan, ramai yang telah menghabiskan pembacaan alQuran sebanyak sekurang-kurangnya sekali. Saya akui, Quran itu hanya habis saya setelah menjangkau alam sekolah menengah. Agak lewat jika dibandingkan dengan rakan-rakan seusia pada ketika itu yang begitu berbangga dengan kenyataan bahawa diri mereka telahpun meng'khatam' alQuran sedari bangku sekolah rendah lagi. Hakikatnya, saya terasa amat malu pada masa itu kerana diri ini sperti amat kerdil dan hina berbanding mereka. Namun keadaan itu tidak sedikit pun mematahkan azam saya untuk mendampingi buku itu serapat-rapatnya.

Kini saya rasa boleh berbangga kerana buku itu telah saya habiskan dari muka depan ke muka paling belakang sekali, yang saya lakukan beberapa kali. Rasanya, ini hasil semangat ingin memperbaiki mutu pembacaan dan keinginan untuk mengaut sebanyak-banyak manfaat daripada penghayatan alQuran itu sendiri.

Berbalik kepada tajuk perbincangan. Sungguh, saya ingin mengajak diri sendiri dan semua manusia, khususnya para muslimin untuk kembali berpaut pada jajaran alQuran dan menggenggam erat akan setiap mesej di dalamnya. Saya akan mulakan siri ini dengan pengenalan yang bersifat ringan dan lembut. Ini disebabkan sifat fitrah manusia yang gemarkan kelembutan dalam menerima sesuatu, tanpa mengira sama ada berbentuk lisan dan sebagainya.

AlQuran ini diturunkan buat manusia. Ia tidak diturunkan untuk haiwan, bukan juga gunung ganang apatah lagi tumbuh-tumbuhan. Ia merupakan perkataan Allah yang mulia, yang menceritakan kisah ummat terdahulu, menggambarkan perihal yang bakal tiba, membongkar rahsia yang tersorok. Terkandung juga dalamnya hukum hakam pembimbing manusia menempuh jalan dunia, menyuluh jalan menuju akhirat.

Mulianya alQuran hinggakan begitu banyak sekali kelebihan dan fadhilat yang dikaitkan dengannya dan pembaca serta pengamalnya. Begitu banyak sekali hadith yang memperlihatkan keagungan alQuran itu. Bahkan, pembaca atau orang yang mempelajarinya juga beroleh kemuliaan yang begitu tinggi. Antaranya hadith berikut:

"Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar alQuran dan mengajarkannya"

(Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nisaa'i, dan ibnu Majah)

Lihat bagaimana Rasulullah memuji an mengangkat martabat mereka yang mempelajari alQuran lantas mengajarkannya kepada orang lain. Begitu juga perkataan-perkataan Allah yang termaktub dalam alQuran, yang sungguh hebat hinggakan dengan hanya membacanya sahaja, menyebabkan pahala berbondong-bondong memasuki 'akaun' pembacanya. Bahkan setiap huruf dalam alQuran itu menyebabkan setiap manusia memperoleh pahala. Hadith berikut menjadi dalil kenyataan ini:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah maka untuknya diberi satu 'hasanah' (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah bersamaan dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif lam dan mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) satu huruf, (lam) satu huruf dan (miim) satu huruf."

(Hadith riwayat Tirmidzi)

Hakikatnya, mereka yang tersekat-sekat dalam pembacaan tidak sepatutnya berhenti daripada terus membacanya. Tetapi mereka sepatutnya menggandakan usaha untuk membaca alQuran kerana di situ letaknya rahmah Allah. Berdasarkan hadith Rasululah daripada 'Aishah r.anha:

"Seseorang yang ahli dalam alQuran akan berada bersama malaikan pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca alQuran dengan terekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran."

(Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, dan ibnu Majah)

Jadi rugilah mereka yang berputusa asa, mereka yang malu-malu dan mereka yang malas serta enggan berubah. Sebenarnya, Allah itu amatlah murah dalam mengurniakan kebaikan ke atas hamba-hambaNya. Apa yang silap adalah keingkaran manusia itu sendiri. Hal ini bersangkutan dengan ayat berikut:

"Dan Sesungguhnya Kami sediakan neraka Jahannam itu banyak (isinya) daripada kalangan jin dan manusia. Yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (akan bukti-bukti keEsaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (akan ajaran dan nasihat); Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(al-A'raaf 7:179)

Alhamdulillah cukup setakat ini penulisan saya. InsyaAllah akan saya sambung pasa masa akan datang dan mengupas perkara ini dengan lebih mendalam. Semoga apa yang saya coretkan bertepatan dengan kehendak Allah dan RasulNya serta memberi manfaat kepada semua, insyaAllah.

Wassalam..

Thursday, July 9, 2009

sadness and sorrow

Assalamualaikum

July is the final month for me to be the president of IMU Muslim Society. This time, I will share my experience as a leader in a community comprising of tertiary level students. Like most of my colleagues, I was very surprised to know that I had been selected as the president. I had never ever liked to be a person controlling an organisation. And I had always thought that I definitely not qualified to do so. Plus this words of God:-

”Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semua enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab: 72)

Yes, the ayaat does not tally with what I was facing, but that was enough to forbid me from taking extra duties. And here’s what Abu Bakr r.a. said when he was appointed as the imam (leader) by Rasulullah s.a.w., it’s in Malay as I don’t really feels like translating it.

“Aku telah kamu angkat sebagai pemimpin kamu padahal sebenarnya aku membencinya. Demi Allah, sesungguhnya aku berharap agar jawatan ini dipegang oleh salah seorang di antara kamu. Jika kamu membebani tugas kepadaku sebagaimana kepada Rasulullah s.a.w, maka aku tidak sanggup memikulnya kerana Rasulullah s.a.w seorang hamba yang diutamakan oleh Allah dengan wahyu dan dijamin keselamatannya. Sedangkan aku hanyalah manusia biasa yang tidak lebih baik daripada kamu. Maka bantulah aku dan taatilah aku jika aku di jalan yang benar. Tetapi jika aku menyimpang, maka luruskanlah aku.”

How can an average man like me happily carry the big responsibility when a great person like Abu Bakr tried to avoid it? They had always put on pressure on me to accept the post. I even tried not to talk to them just to avoid saying ‘Yes’ to their pleas. But then, I had accepted their offers, thinking that I won’t be burdened by too many responsibilities. And believing in what the seniors had said, being an MSOC committee member don’t affect my studies. Considering hadith of Rasulullah:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim

Accepting the post was not easy as we thought. I had been given a list of names, which only a few of them are my close friends from INTEC. Most of them were not known and I had to approach them, and I was expected to tell all of them that, they are chosen to be part of the committee members. First task already, although I was not officially announced as the president. But I did what they told me to do. Alhamdulillah, most of them agreed though I need to add a few more from my own batch and restructure the organisation.

Dissimulative attitude initially, then haunted by the feeling of guilt, followed by the urges to change myself. The chronological order of the stages of myself enduring period of being a leader, with the latter stage is the longest one. Reflecting myself, I tried to change myself to be a better person i.e. a more responsible leader. I tried to convey the message to others and let them do the same, if they wanted to do so. During the same last week of my holiday, I had thought of what I wanted to do, what I wanted others to organise, and what I wanted to achieve. I tried to change MSOC according to what I wanted. To make ourselves more knowledgeable and had at least a short term vision, no matter what it was. I changed the motto of MSOC from UNITY IS OUR PRIORITY to TOWARDS GENERATION OF KNOWLEDGE AND VISION. I had redesigned MSOC’s logo, in an effort to make it more attractive. I know that attractive logos and rephrasing mottos were not going to prove anything unless things are being done. But what I did was part of rebranding MSOC, which are very important in improving an organisation. I tried to generate ideas, throwing out opinions, hoping that these might change me and my colleagues in MSOC committee members.

My vision was to make all the members of the society to be prepared to be either doctors, dentists, pharmacists or other healthcare providers with extra capabilities. I don’t mind if they are capable of being an entertainer, or a good politician. But at least, we were not only ordinary doctors or pharmacists who spent most of their daily hours only in hospitals or in pharmacists, doing exactly the same thing others do. True Muslim healthcare providers are capable of more than diagnosing diseases or dispensing drugs. They are capable of being the leader, able to generate ideas and pointing it out to the public, and also competence enough to change the people around them, if not the world. It seems like my dream is too high to achieve. But, when there’s a will there’ll definitely a way to it.

Now, the time is approaching. I don’t have much time anymore. Yes, I am sad not to be better than the seniors, and I am very disappointed not to be able to materialise all the events planned, not to be able to organise events efficiently and not being able to produce better results of what were being done. But I hope the new committee line-up chosen will do better that what we did. I hope, at least my disappointment at not able to fulfil my ideas is erased by seeing the juniors rectifying my mistakes, correcting all the errors and are able to generate a better Muslim community in IMU.

Thursday, July 2, 2009

concerns...

assalamualaikum

Sedar atau tak, sekarang da bulan TUJUH/JULY/JULIUS. Cepat sungguh masa berlalu. Lebih cepat dari ombak laut yang menghambat tepian pantai. Kala inilah rasanya perlu kupandang semula ke belakang. Melihat segala yang terjadi. Menilai setiap gerak geri.

Apa yang telah kulakukan. Apa natijah setiap perbuatan. Bagaimana aku boleh perbaiki yang kurang, perelok yang rosak, sempurnakan yang elok.

Pertama sekali pada diriku sendiri. Aku merasakan diri ini sudah mula timbul bibit panas baran yang dulu-dulu sememangnya sinonim dengan diriku. Setelah beberapa ketika aku pendam, rasanya dah mula nak melimpah ruah pulak. Hm, elok rasanya dialih kemarahan itu kepada sesuatu. Masalahnya, apakah 'sesuatu' itu? Nak ditala kepada manusia, memang tak patut. Nak dituju kepada beburung, kekucing dan tetumbuhan memang lagi tak tidak ada munasabahnya. Jadi ke mana nak dialirkan sungai kemarahan itu? Masih lagi menjadi tanda tanya. Tapi mungkin ada cara lain. Tak perlu alihkan, cuma lepaskan. Lepaskan dengan membuat sesuatu. Ya, mungkin ada baiknya. Menulis, mungkin. Menunggang 'kuda hitam' pun satu kebarangkalian yang pasti bermanfaat. Hm, inilah yang telah kupraktikkan dulu, tapi sekarang agak susah nak buat sebab 'banyak kerja'. Hm, insyaAllah boleh.. "JANGAN MARAH, JANGAN MARAH, JANGAN MARAH".

Kalau nak cerita peribadi sendiri memang banyak. 'Mental health' da sentuh. Let's go check physical condition.. Penambahan yang tak diinginkan. Terlalu banyak peningkatan berat badan. Pakcik-makcik n sepupu2 semua da tegur, walaupun mereka sendiri pun sama je. Tapi ini perlu. Aku kena kurangkan berat badan.. Haih, rasa macam perempuan pulak, nak concern pasal berat badan. Aduh..tapi perlu, aku tak mahu dihinggap atherosceloris, tak mahu dihurung blood hypertension, tak ingin dimamah bahaya vascular disease yang cukup menyeksakan. Prevention is better than cure. Nak sakit senang, nak ubatnye payah... Mudah-mudahan aku diberi kekuatan untuk menjaga kesihatan diri..

How about my spriritual aspect? Have I improved or maintaining the levels or maybe going downwards? Too complicated to explain. Nak kata improve, or maintain or declining? Susah susah susah. But never mind. It will be always nice to know that in life, there are always tests, continuously coming to you, until the death. You face it and walk/run/crouch through it. "Bertaqwa kepadaNya dan bertawakkal bulat2 juga padaNya. InsyaAllah, kejayaan pasti mendatang". May Allah grant us all His guidance and protect everyone of us from being kufr.

Now that everything about myself is done checking with, let's move on to my responsibility to my parents, my siblings, my grannies, my relatives and everyone around me.. Parents and siblings. Most important group of person in my life after Allah and his Messenger. What've I done to them, to make them happier, worried or not to care much about them. I envied my big bro, everyday spent hours speaking to my mom, whatever the issues raised, he never ever stop until my mom says salam. Hm, how could I emulate him? Maybe I'm not close to ummi like he did. But, deep in my heart, she's my best buddy. Exam pressure, she's the lifter. No money, she'll care for it. Fever, she's the comforter. Abah, though seems not to care much, I know he wanted me to be a better person, even better than himself. He beat me to make me a decent individual. He rotan me, so that I know Allah's punishment is far more painful. Thank you ummi, thank you abah. Rahimi x dapat nak balas jasa ummi n abah. Yang termampu hanyalah melawan dirimu berdua, yang terdaya hanyalah bermasam muka. Ampunkan rahimi..

"Ya Allah ampunilah mereka berdua, kasihanilah mereka, angkatlah segala beban yang mereka tanggung, permudahkan mereka. Kau berilah aku peluang untuk kujaga mereka, beri mereka keselesaan yang sememangnya layak buat mereka. Juga buat abang, kakak dan adik-adikku serta saudara-saudaraku.."

Beralih kepada agenda masyarakat. Mungkin ada yang berpendapat, waktu jadi student, "belajar..belajar..belajar..belajar..belajar..belajar..belajar..belajar......" Aik belajar je? abis tu tak payah buat benda lain? Ha, aku rasa, sekaranglah masa untuk belajar kesemuanya. Kan nanti nak jadi 'orang dewasa'. Belajar akademik tu, sudah pasti. Tapi belajar perkara-perkara lain. Belajar memasak, mengemas, mencuci dsb. Belajar jadi pemimpin, pengikut..jadi penganjur, peserta..jadi suami/isteri, bapa/ibu..belajar jadi contoh masyarakat, lebih-lebih lagi sebagai orang yang bakal terperap dalam hospital yang lazimnya dipandang tinggi. Banyak lagi yang boleh dipelajari, belajar merempit, rasa dikejar polis dsb..belajar peradaban dan budaya..banyak, banyak. tak terhad..semuanya dipelajari. InsyaAllah berguna untuk masa hadapan..masalah tak sempat, banyak kerja, tak mampu, tak pandai; "carilah peluang, cuba selagi termampu, buat selagi terdaya, tambah bila ingin sempurna.." Moga diberi kekuatan untuk menggapai kesempurnaan, walaupun tampak sangat-sangat mustahil..

Walau apa pun yang dikejar, moga kita senantiasa berada dibawah payung rahmahNya. Berdoalah dan berserah diri padaNya. Mohonlah segalanya dari Yang Maha Memberi.. Semoga penulisan kali ini memberi manfaat buat diriku dan semua yang inginkan kebaikan. Kuakhiri dengan ungkapan...

"Kehidupan itu suatu yang indah walaupun penuh ujian kepayahan, belajarlah untuk hargainya sebelum kau tidak lagi berpeluang merasainya.."

Wednesday, July 1, 2009

towards good oral health

Assalamualaikum...

To fulfill a part of my responsibility as a healthcare professionals (to-be), I would like to invite all of us to come to USIM Dental Clinic in Pandan Indah for a free oral check up. There will be subsequent services to the patients which are also free of charge. Feel free to go...



p/s: spread the messages..