Thursday, July 23, 2009

bila ia sudah berlalu..

Assalamualaikum...

hari ini, atau pada pagi khamis 13 Ogos 2009, telah berlalu EOS 4. Alhamdulillah berjaya juga kuharungi walaupun terpaksa menempuh banyak dugaan. tapi kuharap ia bakal menjadi suatu kenangan yang memberi pengajaran.

Peralihan Kuasa IMU Muslim Society
Telah berlalu tempoh perkhidmatanku secara rasmi dalam salah satu daripada banyak persatuan yang tertubuh di IMU. Sebagai presiden, begitu banyak kelemahanku. Aku akui terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki. Harapanku agar barisan kepimpinan yang baru dapat memberi khidmat yang terbaik dan akan berterusan hingga akhir hayat.

Berakhirnya penderaan akademik
End of Semester 4 exam kali ini lebih mencabar, akibat kelalaian diriku yang terbiasa dengan kemalasan untuk menelaah pelajaran akhirnya memakan diri. Secara keseluruhannya, aku dapat rasakan inilah yang paling teruk pernah kuhadapi. InsyaAllah akan kuusaha baikinya pada masa hadapan.

Permulaan baru
InsyaAllah akan kubuka lembaran baru bagi mengisi kekecewaan, kegusaran serta kegelisahan hati. Akan kupaksa diri ini menjadi seseorang yang tidak lagi menjadi mangsa tipu daya dunia. Akan kurelakan agama menjadi pemilikku, menggunakan daku sepenuhnya bagi meningkatkan martabat hidupku ini.

Perancangan masa depan
Kekecewaan kurasakan. Kini perlu kucari bagaimana menebusnya. Kuperlu beritahu keluarga. Kuharus menjelaskannya kepada mereka. InsyaAllah semuanya bakal menjadi suatu kebahagiaan buat mereka. Kemudian kan kuperhebatkan diri ini dengan ilmu, perbanyakkan diri ini dengan amal soleh, persibukkan diri ini dengan dakwah, percantikkan perilakuku dengan akhlak. Kuharus terus melangkah ke depan. Mendongak ke langit sambil menadah tangan, merayu padaNya agar ditetapkan iman.

wassalam...

No comments: