Thursday, August 27, 2009

'double-standard'

Assalamualaikum..

kala ini kutermangu memikirkan perihal sahabat yang kuanggap amat berani dalam perdebatan mengenai suatu isu yang sememangnya dilihat dan dijadikan modal menentang 'faith of Islam'.


inilah bukti bahawasanya mereka yang diluar kotak 'baik dengan Islam' pun turut mempunyai kesedaran dan sayang pada agama Islam. aku amat marah dengan mereka (yang menggelar diri pendakwah aktif) yang terus terang menghindar diri dari mendampingi mereka yang 'kurang rapat dengan Islam'. sedang sahabat ini begitu berani dan bertetap hati dengan pendirian Islamlah agama yang HAK, dan mereka akui, kelemahan ilmu agama itu menyebabkan mereka merasa diri amat rendah dan lemah. tapi tetap dalam percubaan sahabat itu melawan segala persoalan yang bertujuan melemahkan pegangan kita kepada Islam. bayangkan kita, sekiranya tidak berilmu (atau tidak 'alim dan soleh, seperti yang kita rasa diri kita sekarang ini) berdepan masalah ini, mampukah kita pertahankan kesucian Islam? pasti ada yang kata, "Boleh, semestinya boleh!" Alhamdulillah aku gembira dengan jawapan itu. tapi kita menjawap tatkala kita sudah berilmu. apa mungkin sama jawapan kita bila kita tidak berilmu, tidak hampir pada agama?

MEREKA JUGA ADA KECINTAAN PADA AGAMA

perkara ini memang senantiasa bermain di minda, tatkala kulihat mereka yang menggelar diri sebagai rockers, mat rempit dan sebagainya. kupernah dampingi mereka, ada yang tersentuh dan ingin kembali walaupun ada yang menyindir. namun kupasti, andai kita tidak bersikap 'double-standard' (DD) dalam dakwah, seperti mana kita dididik supaya tidak DD dalam memberi perkhidmatan kesihatan, maka sudah pasti mereka lebih mudah untuk kembali. lebih mudah untuk jadi soleh/solehah, alim dan macam-macam gelaran yang lazimnya kita-kita ni je pakai..

tapi sebab DD nilah, terpalitnya kesan yang menyebabkan mereka tidak gemar hampir pada Islam, pada jemaah-jemaah Islam, pada pengamalan Islam dan pada kecintaan yang tidak terbelah bahagi pada Islam.

lihat, fikir, analisa, dan bertindaklah sahabatku. jangan jadi dungu lagi. berubahlah. demi kebaikan semua, bukan diri kita sahaja..

No comments: