Monday, August 31, 2009

taraweh: lapan atau doploh??

Assalamualaikum..

perbincangan ini agak lambat untuk dibangkitkan setelah 10 hari ramadan. namun kurasakan perlu kuluahkan rasa hati, kerana tekanan perasaan yang membebankan. menjadi imam kepada jemaah di kawasan yang ramai muslim, namun tiada kebanggaan pada title itu menyebabkan tampak mereka lebih kepada munafik/musyrik/kafir. tapi tidak boleh kuhukum mereka kerana mereka itu tetap muslim. perihal iman dan amal, milik Allah sepenuhnya.

diingatkan, ini adalah coretan berteraskan nafsu hati. bukan sabit pada hukum yang qat'ie.

8 rakaat
golongan yang menyokong mengatakan ini adalah paling hampir pada amalan Rasulullah berdasarkan hadith2 yang shahih. dan ada kalangan mereka menghukum 'bidaah' pada penambahan rakaat tarawih, walaupun ku tidak bersetuju dengan hukuman itu.

20 rakaat
penyokong pendapat ini pula berpendapat 20 rakaat ini dikerjakan oleh Umar alKhattab. dan kubersetuju dengan mereka, 20 rakaat adalah lebih elok, kerana ramadan datang setahun sekali, datang dengan rahmat dan syafaat yg sungguh besar.

namun begitu aku lebih suka 8 rakaat secara berjemaah. bakinya dibuat sendiri-sendiri. kerana seorang imam akan bersemangat dengan suaranya yang lunak, tidak mudah terasa letih. berbeza dengan makmum, 20 rakaat itu cukup panjang dan membebankan bagi mereka yg berpenyakit kronik spt gout.

tapi mengapa mesti lapan? mengapa tidak 20? kan yang sakit itu boleh duduk? solat sunat sahaja kan, tak perlu seksa diri berdiri.

ya betul memang itu yang sebaiknya. jangan diseksa diri sendiri. tapi.. bila kita terasa beban dengan kepayahan melampau, hati cepat goyah. "baru 10 rakaat ke? ada 10 lagi.." "lamanya imam ni baca surah, pendekkan la sikit, lenguh lutut dah nih" akhirnya hati tawar dan kecewa. yang jadi imam hari demi hari, hilang suara sedikit demi sedikit. yang jadi makmum, hari demi hari hilang dari saf makmum sedikit demi sedikit.

pasti ada yang mengatakan puak2 sebegini adalah mereka yang tak berharapkan hasil terbaik dari ramadan. tapi bagiku, mereka tetap inginkan hasil terbaik. cuma tidak sehebat semangat kita2 yang ingin 20 rakaat.


mengapa kukatakan 8 rakaat?
kerana ia lebih hampir pada keselesaan semua pihak. dengan kesibukan mengejar dunia, biarpun di malam hari tetap dunia itu dicari. namun, ramadan membuka peluang bagi mereka hampir pada perjuangan menempa akhirat. juga selari dengan mereka yang ingin berjinak2 menghidupkan malam dengan ibadah. dan sejajar dengan pakcik-pakcik (lebih kepada atuk-atuk) yang tentunya letih, penat dan lelah berdiri. masalah duduk tidak selesai dengan solat duduk, kerana bodohnya melayu menganggap duduk itu 'perkara asing' dalam solat. juga secocok dengan hati seorang imam yang perlu melontar suara membaca ayat-ayat alQuran.

jika anda tidak bersetuju, jadilah imam.
jika anda tidak bersetuju, jadilah mereka yang sedang kembali pada 'jalan fitrah'.
jika anda tidak bersetuju, tunggulah bila anda berumur 70, 80 tahun.

tapi bukan semua begitu. ada yang tetap pada 20 rakaat. sarananku, dan amalanku..8 rakaat secara jemaah. sambunglah baki yang anda mahukan itu pada baki malam anda secara sendirian (atau jemaah) yang inginkannya. jangan dibebankan semua. kerana mereka akan lari dari anda, tarawih dan Islam bila mereka dipaksa2..

semoga beroleh kebaikan yang bertepatan kehendak Allah dan RasulNya. jika tidak, abaikan coretan ini. jangan diambil peduli..

wassalam..

1 comment:

Anonymous said...

abeh ko jdk imam, ko wat 8 la eh?
aritu msjd aku ade jmput imam dr mesir
sheikh abdul karim, jd imam 1 mlm je..
bace sdap gile.. mcm org bace kt musabaqah..
cume agak pjg die bace.. 8 rakaat tu sparuh juzuk ade aku rs..