Assalamualaikum..
"Kita mesti selamatkan mereka yang datang ke masjid, surau, yang rapat kepada agama. Yang tidak mahu itu, kita biarkan sahaja.."
Demikian kata seseorang kepadaku suatu masa dahulu. Dan perkara ini masih ligat bermain-main di dalam otakku. Oh, sungguh 'bernas' idea itu. Hatiku tersentak ketika itu. Mengapa mesti bersifat sebegitu dalam dakwah? Mengapa perlu memilih-milih mereka yang layak diberi bimbingan? Apakah mereka terlupa yang diluar sana masih ramai yang inginkan cahaya dari Ilahi? Apakah itu sikap kita terhadap mereka yang kita rasakan tiada harapan untuk 'diselamatkan'? Mudahnya kita menentukan siapa yang berhak menerima hidayah, memperoleh rahmah Allah dan memasuki syurga.
Mereka katakan, mesti berperingkat. Membina individu Islam terlebih dahulu, dan diikuti oleh peringkat-peringkat yang seterusnya. Benar, mesti 'slow and steady', namun tetap tidak dapat kuterima sikap memilih yang melampau-lampau.
Hairan bila mereka mengagung-agungkan Imam Hassan al-Banna, tapi gagal memahami kesungguhannya dalam berdakwah. Hairan apabila tindakan Imam al-Banna sungguh kontra dengan perbuatan mereka.
Satu hari, Imam Hassan Al-Banna menangis. Orang di sekelilingnya bertanya:
“ Sheikh, kenapa kau menangis?”
Dia menjawab: “ Aku teringatkan orang-orang red indian di pendalaman. Aku risau mereka akan dipersoalkan di hadapan ALLAH akan sebab mereka tidak mendapat hidayah, dan mereka akan menjawab: Hassan Al-Banna tidak berusaha datang kepada kami menyampaikan kalimahMu”
Beliau juga telah bersusah payah menghantar surat-surat kepada pembesar-pembesar, golongan kaya, golongan pertengahan dan bawahan, demi menyampaikan mesej Islam yang HAQ. Tidak pula beliau memilih golongan pembesar Islamik, orang kaya Islamik, rakyat moderatis Islamik atau golongan miskin Islamik. Beliau telah sampaikan kepada SEMUA, tidak memilih.
Apakah beliau bersikap memilih dalam berdakwah? Tidak, tapi setahu diriku, beliau hanya memilih penggerak dakwah Islami agar menjadi penggerak yang berkualiti. Mereka yang terpilih telah dilatih dengan begitu baik sekali hingga boleh menggerak perjalanan jemaah walau dicampak ke penjuru mana sekalipun. Semua ini terjadi hanya bila orang yang berkualiti dipilih. Tapi bagaimana kita? Adakah kita memilih PENGGERAK JEMAAH atau memilih MAD'U?
Hatta Rasulullah, Muhammad yang kucintai, amat mementingkan ummatnya, hingga saat kewafatannya pun dibayangi dengan keresahan terhadap keadaan ummatnya. Jika baginda bersikap 'selective' terhadap mad'u, maka salahlah tindakan baginda menyuap makanan ke rongga mulut perempuan Yahudi yang senantiasa mencaci baginda. Jika baginda bersikap selective terhadap mad'u, maka salahlah tindakan baginda memujuk penduduk Thaif yang mencaci, menyeksa baginda ketika dakwah baginda ditolak.
Sungguh kupunya pendapatku sendiri, kalian bersama idea kalian. Namun, dalam hal ini, tidak kumampu bertoleransi. Kalau benar pendirian dan tindakan kalian, maka jangan dicampuri urusan ahli maksiat, biarkan sahaja mereka dengan maksiat mereka. Jangan dilawan mereka yang mencerca Islam kerana mereka sudah pasti ke neraka, tidak akan melibatkan kalian. Jangan dipeduli orang yang memalukan Islam atas tindakan mereka sendiri, kerana mereka yang mendapat balasan, bukan kalian, yang hebat-hebat dengan pemahaman dan amal agama kalian. Dan jangan dilayan perkataan mereka yang menentang idea dan pendirian kalian, kerana usaha dakwah mereka pun tertolak dan tidak diterima.
Semoga aku dan kalian diberi hidayah petunjuk tentang tatacara dakwah yang terbaik. Moga kita tidak tersalah tindakan, moga kita beroleh kejayaan dan rahmah dariNya baik di dunia juga di akhirat kelak.
Wasalam.

No comments:
Post a Comment