Saturday, August 1, 2009

keterbukaan media...

Assalamualaikum dan salam perjuangan..

Sedang surf www.thestar.com.my tiba-tiba ternampak top hit di laman tu, "Brothers, be just to your sisters". Klik dan baca!!

Bila dibaca, maka huraian Mr Eurofile Choi Tuck Wo ini, dapat dilihat cedokan rujukan dan hujah yang dihuraikan berdasarkan pendiriannya yang 'bias' kepada menolak hukuman rotan itu. Namun, bukan tujuan saya menghentam dia atau sesiapa yang ingin menulis mengatakan isu kemanusiaan, kesama-rataan hak lelaki dan wanita atau yang sewaktu dengannya.

Namun di akhir tulisannya, tercatit "Compelling obedience to God in this manner could suggest a failure in the way Islam is taught in this country." Sememangnya saya amat bersetuju dengan pandangan ini kerana jelas penerapan nilai-nilai Islam hanya pada kertas-kertas jawapan peperiksaan dan bukan lagi pada hati dan budi manusia itu sendiri.

Kemudian terjumpa satu laman web, yang pasti laman ini adalah laman anti-Hadith atau laman yang menolak kepenggunaan Hadith yang telah dikumpul oleh para sahabat dan tabi'in. Hujah mereka amat menarik bagi sesiapa yang ingin mencari ilmu perdebatan. Namun, ini tidak bermakna saya antiHadith. Cuma saya kagum dengan keberanian mereka mengutarakan pendapat yang sememangnya MENIMBULKAN KETEGANGAN PADA SENSITIVITI UMAT MELAYU ISLAM di Malaysia ini.


Maka saya rasa adalah amat perlu bagi kita yang serba 'kurang' ini, cuba mencari salah dan silap sendiri, selidik dan jana idea untuk mengatasi kesilapan yang telah kita temui agar kita mampu mengubah keadaan MUSLIM di Malaysia pada masa sekarang ini. Seterusnya kita suarakan dengan laungan sekuat mungkin. Moga kita mampu berubah dan menghasilkan perubahan KE ARAH KESEJAHTERAAN SEJAGAT.

Wassalam..

No comments: