Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang dipenuhi barakah. Oleh itu, pergunakan dan eksploitlah peluang ini dengan sepenuh hati agar kita beroleh ketenangan dunia dan akhirat. Dengan kedatangan Ramadhan kali ini, seharusnya kita semua berusaha untuk memperbaiki keadaan ibadah kita. Sepertimana orang-orang mukmin yang senantiasa ternanti-nanti peluang untuk menambahkan amalannya supaya beroleh keredhaan Allah. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang rasa seronok, gembira dan teruja dengan datangnya Ramadhan, saya kira patutlah kita memeriksa diri semula. Mungkin terdapat sedikit kecelaruan pada jiwa.
Bulan barakah dan keampunan.
Sepertimana yang sedia diketahui, Ramadhan datang dengan membawa berjuta makna bagi mereka yang mahu, dan dikurniakan hidayah serta taufiq dariNya. Ramadhan telah memberi kesedaran dan keinsafan kepada segenap manusia. Bulan ini juga telah Allah tetapkan pelbagai peristiwa penting dalam Islam. Antaranya, termaktublah alQuran padanya. Besar sungguh peristiwa ini kerana alQuran itu adalah kalamAllah, tidak terbanding dengan mana-mana perkataan yang lain. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk 'tadabbur-alQuran', bukan hanya sekadar berlumba mengkhatamkan alQuran. Fahamkanlah isi alQuran itu. Jangan dibanggakan kuantiti terkhatamnya alQuran itu setiap kali datangnya Ramadhan. Ambillah pengajaran yang telah Allah selitkan dalam lembaran-lembaran alQuran. InsyaAllah PASTI Ramadhan kali ini lebih memberi kesan dan makna pada diri kita.
Dalam bulan ini juga banyak peristiwa lain yang berlaku. Antaranya perang Badar alKubra. Peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam. Padanya tersurat keperluan bagi setiap hambaNya untuk PERCAYA DENGAN PENUH KEYAKINAN YANG TEGUH bahawasanya MENANGNYA ISLAM BUKAN DENGAN JUMLAH MAJORITI/KELEBIHAN ZAHIRIAH, tapi MULIANYA ISLAM DENGAN HAKIKAT KEIMANAN DAN SOLEHNYA KITA PADANYA. Maka perbaikilah Iman, pulihkan Aqidah yang rosak, perbanyakkanlah Ilmu bermanfaat dan perhebatkan pengabdian diri padaNya. PASTI kita beroleh kejayaan, dengan izinNya.
Ramadhan dan ujian
Satu lagi kelaziman yang didengari adalah sinonimnya Ramadhan dengan ujian. Maka ingatlah kita bahawa akan senantiasa ujian itu datang, dan tidak tertakhluk hanya pada Ramadhan. Dengan kedatangan bulan ini, diri kita sepatutnya menjadi lebih baik dan lebih utuh dalam menghadapi ujian mendatang. Rugilah sesiapa yang apabila tamat sahaja 'madrasah Ramadhan' ini, tidak dia menjadi lebih baik, sebaliknya berubah menjadi lebih buruk. Semoga Allah lindungi kita semua dari keadaan ini.
Juga perlu diingat akan keadaan dan ujian yang tertimpa ke atas saudara-saudara kita di merata-rata pelusuk dunia. Yang tertindas, seperti di Palestin, haruslah kita bantu dengan sepenuh daya usaha diri kita. Yang teruji dengan kekurangan, hendaklah kita tolong dengan bantuan yang selayaknya dari kita kepada mereka. Yang dibebankan dengan keadaan yang mengusarkan, perlulah kita ringankan dengan apa yang dirasakan sesuai.
Semoga Ramadhan kali ini mendidik kita menjadi hamba yang lebih rapat padaNya, lebih utuh keImanannya, lebih hebat pekertinya, lebih berkualiti amalannya, lebih tinggi darjah ilmunya. InsyaAllah, sama-sama kita berusaha ke arah itu.
Kejayaan Ramadhan
Akhir sekali, perlu kita selidiki apa yang dikatakan kejayaan Ramadhan yang kita ingin kecapi dan harap-harapkan. Bersyukurlah selalu, bersabarlah senantiasa. InsyaAllah akan Dia balas dengan sesuatu yang teramat baik di akhirat nanti. Akhir kata, persiapkanlah diri menghadapi Ramadhan, berusahalah baiki diri sendiri, dan cubalah sedaya upaya capai wawasan Ramadhan yakni mencapai 'taqwa'.
Wassalam..

No comments:
Post a Comment